4 Februari 2018 telah diadakan satu Program Pemimpin Bersama Rakyat dan Perasmian Dewan Aman Jaya Fasa 2 Gabungan Bersama YAB Menteri Besar Perak di Dewan Aman Jaya dan Kawasan Sekitar jam 7.30 pagi hingga 6.00 petang. Program ini anjuran bersama Majlis Perbandaran Manjung. Terdapat juga aktiviti seperti senamrobik, acara sukan, pertandingan bola jaring, pertandingan gubahan bunga, pameran daripada agensi-agensi kerajaan. Program ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara pemimpin dan warga komuniti Perbandaran Manjung. Dalam masa yang sama, turut diadakan Perasmian Dewan Aman Jaya Fasa 2 Gabungan.
0 Comments:
Post a Comment