About

Friday, 20 October 2017

MAJLIS SAMBUTAN HARI DEEPAVALI MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG 2017

Majlis Sambutan Hari Deepavali Majlis Perbandaran Manjung 2017 telah diadakan pada 20 Oktober 2017 (Jumaat) jam 2.45 petang di Perkarangan Pejabat MPM. Program ini turut dihadiri oleh Yang Berhormat Dato’ Rashidi bin Ibrahim, ADUN Kawasan Pasir Panjang, Tuan Yang Dipertua, Tuan Setiausaha, Ketua Jabatan, Ketua Unit dan seluruh warga perbandaran Manjung.  

Program ini melibatkan penyampaian sumbangan Projek Erat ' Expedisi Rakyat Terbela' kepada anggota-anggota dan warga kerja MPM dari kaum India. Tujuan penyampaian ini adalah untuk meringankan sedikit beban penerima-penerima supaya lebih bersemangat dan ceria khususnya dalam suasana dalam perayaan ini serta mengeratkan hubungan kerjasama antara pihak pengurusan tertinggi dan anggota-anggota MPM. 



0 Comments:

Post a Comment