About

Saturday, 12 October 2019

PROGRAM HARI SUKAN NEGARA BATU 7 LEKIR

Bertempat di perkarangan Dewan Orang Ramai Perkampungan Tersusun Batu 7 sedang berlangsung Program Hari Sukan Negara.

Program adalah anjuran bersama MPKK Batu 7, Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Zon 11 (Lekir) yang juga merangkap Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Manjung Puan Nik Noorazizah Binti Hamzah, Pejabat Kesihatan Manjung, SK Lekir, Tabika Kemas, Tabika Perpaduan dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung.

Program dihadiri dan dirasmikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Manjung (PPD) Encik Mohamad Akhir Bin Abdul Latif. 

Lain-lain pegawai agensi kerajaan yang turut serta adalah Penyelia KEMAS Kawasan Lumut, Penolong Pegawai Perpaduan Manjung, Pegawai Pejabat Kesihatan Manjung.

Pelbagai acara sukan yang menarik telah diadakan untuk murid-murid SK Lekir dan tabika bagi menyemarak Hari Sukan Negara.

Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung





PROGRAM GOTONG ROYONG HARI SUKAN NEGARA SMK PANTAI REMIS

Pagi tadi berlangsung Program Gotong Royong Hari Sukan Negara di SMK Pantai Remis dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Dan Perkhidmatan Bandar Zon 3, Majlis Perbandaran Manjung.

Sepertimana yang di isytiharkan seluruh negara bahawa setiap hari Sabtu minggu kedua pada bulan Oktober adalah khas sambutan Hari Sukan Negara.

SMK Pantai Remis mengambil langkah proaktif bagi mengerakkan setiap lapisan masyarakat bergerak aktif dalam acara sukan dan kecergasan pada hari tersebut.

Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Manjung Zon 3, Puan Wong Lay Keong yang mewakili bagi pihak Ahli Mesyuarat Negeri (Exco) Pengerusi Jawatankuasa Kesejahteraan Sosial, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat Cik Wong May Ing telah hadir dan merasmikan program tersebut.

Semoga usaha mewujudkan komuniti yang mengamalkan hidup secara sihat, aktif bersukan dapat melahirkan generasi akan datang yang aktif dan sihat untuk pembangunan negara.

Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung




PROGRAM SEPAKAT KOMUNITI HARAPAN MALAYSIA, AYER TAWAR

Throw back 12 Oktober 2019..(Ahad) telah dilaksanakan Program Sepakat@Komuniti, Komuniti Harapan Malaysia, Parlimen Beruas dan Ayer Tawar di Taman Disneyland, Kampung Baru Ayer Tawar, Ayer Tawar.

Program anjuran Pejabat Penerangan Daerah Manjung, Jabatan Penerangan Malaysia telah dihadiri dan dirasmikan oleh YB Dato' Ngeh Koo Ham, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang juga Ahli Parlimen Beruas.

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan termasuklah pameran dan perkhidmatan agensi kerajaan, ceramah anti dadah, ceramah kesedaran pembakaran terbuka dan langkah pencegahan kebakaran dirumah, kempen derma darah, kempen kitar semula, pemeriksaan kesihatan secara percuma, senamrobik sempena Bulan Sukan Negara, sukaneka kanak-kanak dan cabutan bertuah kepada orang ramai yang hadir.

Semoga usaha bagi memperkasakan semangat perpaduan dan kerjasama antara rakyat pelbagai kaum didalam komuniti dan memupuk semangat kesukarelaan dapat diterjemahkan didalam program yang dilaksanakan.

Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung






PROGRAM GOTONG ROYONG SK GUGUSAN LEKIR

Pagi ini di Sekolah Kebangsaan Gugusan Lekir, Simpang Dua, Sitiawan sedang berlangsung Program Gotong Royong Perdana.

Program anjuran SK Gugusan Lekir dan PIBG sekolah di bantu oleh MPKK Felcra Gugusan Lekir, Angkatan Tentera Laut Malaysia menyumbang tenaga seramai 32 orang anggota dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Dan Perkhidmatan Bandar Zon 2 dan Unit Landskap Majlis Perbandaran Manjung yang turun membantu aktiviti kemasyarakatan di sekolah ini.

Encik Ling Jeng Chai, Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Manjung @ merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Zon 12 turut turun padang membantu komuniti kawasan dibawah seliaanya.

Program meliputi mengecat kawasan landskap, menanam pokok bunga dan renek untuk hiasan keceriaan sekolah, menanam pokok kelapa pandan di sekitar padang, memangkas dahan pokok dan membersih kawasan sekolah.

Semangat kerjasama yang ditonjolkan oleh semua peserta gotong royong perdana amat membanggakan dan berjaya memupuk semangat tolenrasi sesama agensi kerajaan.

Semoga usaha murni ini memberi impak yang positif bagi keceriaan sekolah dan penglibatan komuniti setempat dan agensi kerajaan yang bersatu hati dalam menjalankan tanggungjawab sosial.

Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung




PROGRAM GOTONG ROYONG MENEBANG POKOK DI TAMAN SERI BATIK

Pagi ini terlaksana Program Menebang Pokok yang diterajui oleh Komander Nordin Bin Ahmad Ismail (Bersara) Penyelaras DUN Daerah Manjung yang juga Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Manjung merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Zon 1 (Lumut) menjalankan aktiviti kemasyarakatan dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Dan Perkhidmatan Bandar Zon 1, (Lumut) Majlis Perbandaran Manjung menebang pokok-pokok yang membahayakan rumah kediaman dan komunitinya di Taman Seri Batik, Teluk Batik, Lumut.

Inisiatif yang baik dan terpuji telah dilakukan oleh Pengerusi Jawatankuasa Penduduk bagi menjaga dan menjamin keselamatan harta benda dan nyawa komuniti di bawah kawasan seliaannya.

Seperti kata pepatah " sediakan payung sebelum hujan" begitulah tujuan murni yang dilaksanakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Zon 1 (Lumut).

Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung




Wednesday, 9 October 2019

PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT SERI MANJUNG

Pagi ini berlangsung Program Gotong Royong Perdana di Balai Bomba Dan Penyelamat Seri Manjung.

Dua agensi kerajaan berganding bahu bagi membersih dan menceriakan persekitaran Kompleks Balai Bomba Dan Penyelamat Seri Manjung pada pagi ini iaitu Jabatan Bomba Dan Penyelamat dan Majlis Perbandaran Manjung.

Jabatan Kesihatan Dan Perkhidmatan Bandar Zon 1 (Seri Manjung) dan Unit Lanskap Majlis Perbandaran Manjung telah turut serta menjalinkan hubungan strategik antara agensi.

Balai Bomba Dan Penyelamat Seri Manjung menjadi wakil JBPM Negeri Perak pada Pengauditan Balai Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2019 yang akan berlangsung pada hari Jumaat 11.10.2019 ini.

Semoga usaha murni yang dilaksanakan dapat menceriakan persekitaran kompleks yang kondusif disamping dapat memupuk hubungan silatturrahim yang baik di antara agensi kerajaan.

Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung




Sunday, 6 October 2019

PROGRAM GOTONG ROYONG PERKAMPUNGAN TERSUSUN BATU 7, LEKIR (6.10.2019)

Program gotong royong membersih kawasan persekitaran Dewan Orang Ramai dan Sekolah Rendah Agama Rakyat Al Hidayah, Kampung Tersusun Batu 7, Lekir, Sitiawan. 

Program di bawah anjuran Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Zon 11 (Lekir) Puan Nik Noorazizah Binti Hamzah bersama Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Batu 7, Lekir. Tuan Haji Nizarrozani Bin Abd Rahim.

Program pembersihan dibantu oleh Jabatan Kesihatan Dan Perkhidmatan Bandar (JKPB) Majlis Perbandaran Manjung Zon 2.

Semoga usaha murni aktiviti gotong royong membersih dan menceriakan kawasan persekitaran mengeratkan lagi hubungan silatturahim sesama komuniti disamping dapat mewujudkansuasana bersih dan harmoni.

Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung




Saturday, 5 October 2019

PROGRAM KEAMANAN SEDUNIA - "LONGEST HUMAN PEACE CHAIN FOR PERAK 2019" (5 SEPT 2019)

Sambutan Hari Keamanan Sedunia anjuran MIRS Network sedang berlangsung di Stadium Manjung. Program "Longest Human Peace Chain For Perak 2019" (Rantaian Manusia) yang disertai oleh pelbagai agensi kerajaan, swasta, badan bukan kerajaan (NGO), pelajar sekolah dan orang awam.

Objektif adalah bagi menzahirkan Keamanan dan Pembangunan bagi memperbaharui komitmen nasional dan antarabangsa terhadap keamanan manusia sejagat dan menunjuk solidariti keamanan dan keharmonian dalam kalangan masyarakat.

Bahagian Kemasyarakatan/Pelancongan
Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung






Sunday, 29 September 2019

PROGRAM MENANAM POKOK DI MASJID ARFIAH BATU 3, SEGARI (29 SEPT 2019)

Throwback...29 September 2019 bertempat di perkarangan Masjid Arfiah, Batu 3, Segari, Lumut telah terlaksana program gotong royong membersih kawasan dan menanam pokok teduhan, renek dan bunga-bungaan.

Program anjuran Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Zon 3 (Segari) juga merangkap Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Manjung telah dirasmikan oleh Tuan Haji Badrul Bin Bulat, Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Manjung Zon 4 yang telah mewakili Yang Berhormat Timbalan Menteri Kementerian Pembangunan Usahawanan Datuk Wira Dr Mohd Hatta Bin Md Ramli.

Sebanyak 70 unit pokok teduhan jenis Jejawi telah disumbangkan oleh Unit Landskap Majlis Perbandaran Manjung dan telah selamat ditanam semuanya.

Semoga usaha untuk menambah keceriaan dan kecantikan kawasan landskap Masjid dapat melengkapkan lagi keindahan senibina masjid sedia ada.

Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung






Saturday, 28 September 2019

PROGRAM MENANAM POKOK - KPG BARU KPG MERBAU (28 SEPT 2019)

Throwback...28 September, 2019. Program Kempen Menanam Pokok telah diadakan di Kampung Baru Kampung Merbau, Ayer Tawar. 

Program anjuran Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Zon 17 (Kpg Baru Kpg Merbau- Kpg Baru Kpg Jering) merangkap Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Manjung Encik Lau Cheong Loong.

Menurut Pen Peg Pertanian Unit Landskap Encik Azmir Bin Zamzuri sebanyak 40 unit pokok teduhan, 21unit jenis Tacoma dan 19 unit jenis Penaga Lilin telah disumbangkan oleh Unit Landskap.

Semoga pokok sumbangan yang telah ditanam tersebut akan dapat menambah keindahan dan menjadikan kawasan persekitaran yang lebih menarik di kawasan komuniti.

Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung



Image may contain: 1 person, tree and outdoor

Wednesday, 25 September 2019

MANGSA BENCANA RIBUT DAERAH MANJUNG (25 SEPT 2019)

Sedang berlangsung ketika ini di Dewan Orang Ramai Fasa 3A penyelarasan segera yang tertumpu kepada kerosakan kediaman mangsa bencana musibah hujan lebat, ribut dan angin kencang petang tadi. 

Kehadiran ADUN Pasir Panjang YB Yahaya bin Mat Nor, Encik Issamudin bin Ibrahim, Ketua Jabatan, Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Sosial MPM, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Wakil Pembangunan Luar Bandar (PLB), Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Manjung telah hadir bagi memberi sokongan moral kepada komuniti yang di uji dengan musibah. 

Setakat ini seramai 150 orang telah dikenal pasti di timpa musibah tersebut. Kerosakan bumbung rumah paling banyak dikesan setakat malam tadi.

Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung