About

Monday, 1 July 2019

PROGRAM INTERGRASI SOSIAL SAMBUTAN HARI RAYA MPM BERSAMA KOMUNITI

Sedang berlangsung Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 1440H komuniti Fasa 2C dan KRT Seri Manjung VII (Fasa 1D1, 1D2, 1D3) Program anjuran Persatuan Penduduk Taman Fasa 2C, dan di Fasa 1D anjuran KRT Fasa 1D bersama Surau An-Nur yang diadakan di perkarangan Dewan Kegiatan Masyarakat Fasa 2C dan di perkarangan Surau An-Nur. Semoga majlis dan usaha murni yang diadakan dapat mengukuh dan mengeratkan lagi hubungan ukhuwah sesama insan di komuniti Majlis Perbandaran Manjung.










Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung

PROGRAM KOMUNITI BERWAWASAN & GOTONG-ROYONG AADK & MASJID BATU 10 LEKIR

Pagi ini 29.6.2019, sedang berlangsung Program Komuniti Berwawasan dan Gotong Royong kawasan Masjid Batu 10 Lekir, Sitiawan. Program anjuran Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Manjung dengan kerjasama Jawatakuasa Pemulihan Dadah, kariah Masjid Batu 10,RELA dan Majlis Perbandaran Manjung. Objektif program adalah untuk menggerak ketiga-tiga unit teras AADK dalam mengadakan program dikawasan berisiko tinggi agar bersih dan selamat daripada ancaman dan permasalahan najis dadah. Penglibatan komuniti setempat didalam menggembeling tenaga untuk bersama-sama agensi kerajaan didalam menangani permasalahan najis dadah amatlah diharapkan untuk mencapai sasaran sifar dadah dikawasan komuniti. Kehadiran peserta seramai 80 orang terdiri daripada kakitangan AADK, Bomba dan Penyelamat, Majlis Perbandaran Manjung, kariah Masjid Batu 10 dan komuniti setempat. Semoga usaha murni yang dilaksanakan bakal melahirkan komuniti yang bebas dari najis dadah dan seterusnya menjadikan Manjung sebagai daerah harmonis.

Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung







Friday, 28 June 2019

PROGRAM BESKAL ( Berbasikal Bersama Komuniti Menyelesaikan Isu Sosial )

Sedang berlangsung sekarang Program BESKAL (Berbasikal Sambil Menyelesaikan Isu Sosial) kali ke-2/2019. Kali ini, Kampung Datuk Seri Kamaruddin (KDSK) , Seri Manjung menjadi lokasi tinjauan. Program anjuran Majlis Perbandaran Manjung bersama MPKK Kampung Dato Seri Kamaruddin. Program berbasikal disertai seramai 40 orang diketuai oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung Tuan Syamsul Hazeman Bin Md Salleh, Setiausaha, Tuan Mohd Helmi Bin Arifin, Ahli-Ahli Majlis Perbandaran Manjung Zon Seri Manjung Tuan Haji Abdull Hamid Bin Abdul Majid, Tuan Haji Badrul Bin Bulat dan Tuan Syed Najib Bin Syed Aziz
dan Ketua-Ketua Jabatan Kejuruteraan dan Penyelenggaraan, Penguatkuasaan, Pembangunan Komuniti dan Sosial, serta kakitangan Jabatan yang lain serta Ahli Jawatankuasa MPKK. Program turun padang pada waktu malam bagi melihat masalah yang mengaburi mata komuniti awam pada waktu siang hari seperti lampu jalan tidak berfungsi, aktiviti-aktiviti tidak sihat yang tidak menonjol di siang hari. Semoga usaha murni ketua jabatan dan Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Manjung yang bekerja tanpa mengira masa dapat memberi impak yang baik untuk menjadikan Manjung Bandar Selamat untuk diduduki dan mesra rakyat.


 Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung
 











Wednesday, 26 June 2019

TOWN HALL MEETING YANG DIPERTUA BERSAMA PENIAGA PASAR AWAM AYER TAWAR

Sedang berlangsung Program Perjumpaan Awam Perbandaran "Town Hall Meeting" Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung Bersama Peniaga-Peniaga Pasar Awam Ayer Tawar bertempat di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Ayer Tawar. Majlis dihadiri dan dipengerusikan oleh Yang Berhormat Dato' Ngeh Koo Ham, Speaker DUN Perak merangkap Ahli Parlimen Beruas, Tuan Mohd Helmi Bin Arifin, Setiausaha Majlis Perbandaran Manjung, Ahli-Ahli Majlis Perbandaran Manjung Zon Ayer Tawar, Ketua-Ketua Jabatan Majlis Perbandaran Manjung dan peniaga-peniaga Pasar Awam Ayer Tawar. Program dialog dan kerjasama dua hala yang bertujuan untuk mencari titik persefahaman diantara Pihak Berkuasa Tempatan dan komuniti setempat didalam menyelami isu dan masalah yang menyelubungi komuniti serta pelan tindakan mengatasinya. Program ini adalah platform untuk memberi ruang dan insentif kepada komuniti (peniaga-peniaga Pasar Awam) Ayer Tawar dengan bersemuka secara terus dengan kepimpinan peringkat tertinggi Majlis Perbandaran Manjung dengan memberi cadangan, aduan masalah dengan harapan mendapat maklumbalas positif daripada pihak yang berkaitan bagi kelancaran penyelesaian isu. Semoga usaha murni ini dapat mengeratkan lagi hubungan baik diantara Majlis Perbandaran Manjung dan komuniti setempat.

Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung








Monday, 24 June 2019

PROGRAM MATEMATIK PADU

Sedang berlangsung sekarang Program "Syoknya Matematik Padu" di Dewan Alamanda, Majlis Perbandaran Manjung. Program anjuran Majlis Perbandaran Manjung bersama Akademi Syoknya Cikgu Atik. Majlis dirasmikan oleh Tuan Syamsul Hazeman Bin Md Salleh, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung. Seramai 60 orang pelajar telah hadir terdiri daripada anak-anak kakitangan Majlis Perbandaran Manjung berusia 10 tahun hingga 12 tahun. Aktiviti latih tubi matematik diterapkan pada program selama 4 jam. Sesi bersama ibubapa dan pelajar diakhir program, cikgu atik memberi rumusan pencapaian pelajar-pelajar berasas pada "mini exam" yang diadakan. Pengukuhan asas telah tercapai pada program kali pertama ini.

Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung






Saturday, 22 June 2019

"Program Kempen Menanam Pokok 2019" - KAMPUNG BARU KPG JERING

Sedang berlangsung "Program Kempen Menanam Pokok 2019" di perkarangan Dewan Meihua Kampung Baru Kampung Jering, Ayer Tawar. Sebanyak 40 unit pokok jenis Felicium Decipiens (Kiara Payung) ditanam bagi menambah kecantikkan dan memperindahkan kawasan taman dan persekitaran. Tuan Yang Dipertua Majlis Encik Syamsul Hazeman Bin Md Salleh telah turun padang bagi mengetuai dan merasmikan program yang julung kali diadakan di lokasi ini yang turut disertai oleh Ahli-Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Manjung Zon 17 Encik Lau Cheong Loong dan Encik Tiang Ming Hoo, Encik Rozi Bin Dahalan Ketua Unit Lanskap, Encik Mohamad Shukri Bin Ismail, Penolong Pegawai Tadbir Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial, staf Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Perbandaran, Persatuan Penduduk Kampung Baru, Kampung Jering dan komuniti setempat seramai 80 orang yang turut serta menjayakan prospek kerjasama gotong royong ini. Semoga usaha dan keringat yang menitis ini bakal mewujudkan nilai tambah keceriaan kepada persekitaran bandar dan taman perumahan komuniti perbandaran.

Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung