About

Wednesday, 7 February 2018

PROGRAM BERBASIKAL BERSAMA KOMUNITI MENYELESAI ISU SOSIAL (BESKAL)


Program Berbasikal Bersama Komuniti Menyelesai Isu Sosial (BESKAL) pada 7 Februari 2018 (Rabu), jam 9.00 malam di sekitar kawasan Fasa 1D1, 1D2 dan 1D3, Seri Manjung  Seramai 22 orang yang terlibat dan diketuai oleh Encik Mohamad Sharil bin Salihan, Penolong Pegawai Persekitaran Cawangan Zon 1, Penolong Pegawai Kesihatan Bahagian Perlesenan, Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial, Jabatan Penguatkuasaan, Unit Korporat dan Perhubungan Awam,  KRT dan SRS. 







Monday, 5 February 2018

PROGRAM PEMIMPIN BERSAMA RAKYAT DAN PERASMIAN DEWAN AMAN JAYA FASA 2 GABUNGAN BERSAMA YAB MENTERI


4 Februari 2018 telah diadakan satu Program Pemimpin Bersama Rakyat dan Perasmian Dewan Aman Jaya Fasa 2 Gabungan Bersama YAB Menteri Besar Perak di Dewan Aman Jaya dan Kawasan Sekitar jam 7.30 pagi hingga 6.00 petang. Program ini anjuran bersama Majlis Perbandaran Manjung. Terdapat juga aktiviti seperti senamrobik, acara sukan, pertandingan bola jaring, pertandingan gubahan bunga, pameran daripada agensi-agensi kerajaan. Program ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara pemimpin dan warga komuniti Perbandaran Manjung. Dalam masa yang sama, turut diadakan Perasmian Dewan Aman Jaya Fasa 2 Gabungan.









Thursday, 1 February 2018

GOTONG ROYONG BERSIH INDAH @ KAMPUNG MASJID PULAU PANGKOR


program gotong royong bersih indah di Kampung Masjid, Pulau Pangkor 2/2/2018(Jumaat).Semoga semangat positif antara masyarakat terutamanya untuk memastikan menjaga kebersihan adalah tangungjawab bersama.





PROGRAM GOTONG ROYONG TAMAN RPA 1 DAN 2 AYER TAWAR


Program gotong royong bersih dan indah di kawasan Taman RPA 1& 2, Ayer Tawar 2/2/2018 (Jumaat). Marilah bersama-sama memupuk budaya mencintai alam sekitar dan bersama-sama mengekalkan kebersihan dan kecantikan alam sekitar.




GOTONG ROYONG BERSIH INDAH @ TAMAN FASA 2A



Program gotong royong bersih indah di Taman Fasa 2A 2/2/2018(Jumaat).Semoga semangat positif antara masyarakat terutamanya untuk memastikan menjaga kebersihan adalah tangungjawab bersama dapat diterap dan diteruskan sebagai amalan dalam kehidupan kerana menjaga kebersihan adalah tangunggjawab bersama.



Wednesday, 31 January 2018

GOTONG ROYONG KAMPUNG BHARU, AYER TAWAR



Gotong royong bersih indah di Kampung Bharu,Ayer Tawar telah diadakan pada 31/1/2018 (Rabu).Semoga usaha murni ini dapat diteruskan agar menjadikan Perbandaran Manjung Bersih dan Indah serta dapat menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes.

GOTONG ROYONG BERSIH INDAH @ KAMPUNG JERING AYER TAWAR




Gotong royong bersih indah di Kampung Jering,Ayer Tawar telah diadakan pada 31/1/2018 (Rabu).Turut diadakan aktiviti kitar semula kepada warga komuniti.Semoga usaha murni ini dapat diteruskan agar menjadikan Perbandaran Manjung Bersih dan Indah serta dapat menghapuskan tempat-tempat pembiakan aedes.



GOTONG ROYONG BERSIH INDAH @ KLINIK KESIHATAN AYER TAWAR



Gotong royong bersih indah di klinik kesihatan,Ayer Tawar telah diadakan pada 31/1/2018 (Rabu).Antara Aktiviti yang telah diadakan ialah membersihkan kawasan longkang dan  mencuci kawasan persekitaran.Semoga usaha murni ini dapat diteruskan agar menjadikan Perbandaran Manjung Bersih dan Indah serta dapat mengelakkan daripada pembiakan nyamuk aedes daripada berleluasa.




Monday, 29 January 2018

PROGRAM GOTONG ROYONG DI RPA SITIAWAN


26 JANUARI 2018 (JUMAAT) SATU  PROGRAM GOTONG ROYONG BERSIH INDAH TELAH DI KAWASAN RPA SITIAWAN. PROGRAM INI BERTEPATAN DENGAN KONSEP PERAK YANG BERSIH. ANTARA AKTIVITI YANG DIADAKAN IALAH KUTIPAN SAMPAH PUKAL, MELAKSANAKAN PEMBERSIHAN AWAM IAITU PENCUCIAN LONGKANG DAN PEMOTONGAN RUMPUT. SEMOGA USAHA MURNI SEPERTI INI DAPAT DITERAPKAN DALAM KALANGAN MASYARAKAT SETEMPAT. 






Sunday, 28 January 2018

PROGRAM GOTONG ROYONG BERSIH INDAH @ TELUK KETAPANG PULAU PANGKOR


26 JANUARI 2018 (JUMAAT) TELAH DIADAKAN PROGRAM GOTONG ROYONG BERSIH INDAH @ TELUK KETAPANG PULAU PANGKOR. ANTARA AKTIVITI YANG DIADAKAN IALAH PEMBERSIHAN SAMPAH PUKAL, PEMOTONGAN RANTING/DAHAN POKOK DAN PEMBERSIHAN KAWASAN.SEMOGA PROGRAM GOTONG ROYONG INI DAPAT MENJADIKAN KAWASAN PERBANDARAN MANUNG BERSIH DAN INDAH. 




GOTONG ROYONG BERSIH INDAH@ KAMPUNG BHARU AYER TAWAR


26 JANUARI 2018 (JUMAAT) BERTEMPAT DI KAMPUNG BHARU AYER TAWAR TELAH DIADAKAN PROGRAM GOTONG ROYONG BERSIH INDAH. ANTARA AKTIVITI YANG DIADAKAN IALAH PEMBERSIHAN SAMPAH PUKAL. TURUT DIHADIRI OLEH AHLI MAJLIS PCK, AHLI MAJLIS PANG HIN CHAI DAN AHLI MAJLIS IR.ONG. SEMOGA MELALUI AKTIVITI GOTONG ROYONG INI DAPAT MENCANTIKKAN DAN MENGINDAHKAN KAWASAN TERSEBUT.