About

Wednesday, 25 October 2017

PROGRAM WALKABOUT AYER TAWAR KOPERASI PERSALAM MANJUNG BERHAD SEMPENA PROGRAM PERMUKIMAN YAB MENTERI BESAR PERAK


Program Walkabout Pasar Malam Ayer Tawar Koperasi Persalam Manjung Berhad Sempena Program Permukiman YAB Menteri Besar Perak Di Daerah Manjung pada 25.10.2017 (Rabu) 5.30 petang di Pasar Malam Ayer Tawar.



KURSUS FRONTLINERS SEMPENA PERMUKIMAN YAB MENTERI BESAR




Kursus Frontliners sempena permukiman YAB Menteri Besar Perak bertempat di Marina Resort, Lumut . Perasmian oleh YB Dato' Nolee Ashilin Binti Dato' Mohammed Radzi pada 25 Oktober 2017(Rabu).




.

PELANCARAN PAPAN TANDA PENGGUNA BIJAK SERTA PERANGI DADAH HABIS HABISAN


Permukiman YAB Menteri Besar @ Beruas.
YAB Menteri Besar Bersama YB Exco Pengguna merasmikan Papan Tanda Pengguna Bijak di Pasar Awam Beruas


                                        


PELANCARAN PAPAN TANDA PENGGUNA BIJAK SERTA PERANGI DADAH HABIS HABISAN






Permukiman YAB Menteri Besar @ Beruas.
YAB Menteri Besar Bersama YB Exco Pengguna merasmikan Papan Tanda Pengguna Bijak di Pasar Awam Beruas

SAMBUTAN PRA 100 TAHUN PEKAN BERUAS DAN CITRA WARISAN BERSAMA WARGA BERUAS




Permukiman YAB Menteri Besar @ Beruas dibawah Teras Pelancongan oleh YAB Menteri Besar Perak melancarkan Sambutan Pra 100 Tahun Pekan Beruas dan Citra Warisan bersama warga Beruas diadakan pada 25 Oktober 2017.Turut dilancarkan Fun Map Daerah Manjung dan Penyampaian Penghargaan Kepada Tamar Jalis (Siri Bercakap dengan Jin) dan juga Penyampaian Geran Milik Mukim Beruas.







Tuesday, 24 October 2017

ZIARAH KASIH 10 BUAH RUMAH DI KAMPUNG KILANG, BERUAS


Ziarah kasih 10 Buah Rumah di Kampung Kilang, Beruas. Telah diadakan pada 25 Oktober 2017 (Rabu). YAB Menteri Besar Perak dan YB Dato' Rusnah Kassim mendekati rakyat sehingga ke peringkat akar umbi bagi merapatkan lagi ikatan silaturrahim dalam kalangan penerima bantuan dengan masyarakat setempat. Dalam masa yang sama, membantu mereka yang dihimpit kesusahan serta mereka yang masih hidup di bawah paras kemiskinan. Semoga program ini dapat memberikan sinar kebahagiaan dan dapat bersama-sama meringankan beban mereka.

                                



PROGRAM PERAK YANG BERSIH @ MANJUNG/BERUAS


Perak Yang Bersih sempena Permukiman YAB Menteri Besar Perak Darul Ridzuan di Daerah Manjung telah diadakan pada 25 Oktober 2017 (Rabu).YAB Menteri Besar Perak menanam Pokok Beruas dan mengecat bangunan di Pekan Beruas. Program gotong royong di sekitar Pekan Beruas ini betepatan dengan hasrat Perak yang Bersih dan memupuk sikap mencintai alam sekitar dalam kalangan masyarakat setempat serta dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara pemimpin dan masyarakat.Turut bersama YB Dato' Rusnah Kassim, YB Dato' Nolee Ashilin, YB Dato' Samsudin, YB Dato' Dr Amin, YB Dato' Abdul Manaf, YB Dato' Ghazali Pegawai Kewangan Negeri





MAJLIS MEMBUDAYAKAN PERPADUAN MERAIKAN KEPELBAGAIAN SEMPENA PROGRAM PERMUKIMAN YAB MENTERI BESAR PERAK KE DAERAH MANJUNG


Majlis Membudayakan Perpaduan Meraikan Kepelbagaian sempena Program Permukiman YAB Menteri Besar Perak ke Daerah Manjung di laluan berbumbung Pulau Pangkor merupakan salah satu inisiatif Ahli Majlis selaku Pengerusi Penyelaras Jawatankuasa Penduduk (JKP) dalam menggalakkan masyarakat bersama-sama terutamanya golongan muda mengorak langkah dan tidak meninggalkan khazanah kebudayaan yang dimiliki sekian lama terutama golongan masyarakat belia cina pada 24 Oktober 2017 (Selasa). Kira-kira lebih 500 masyarakat cina yang membanjiri laluan berbumbung tersebut.





PROGRAM KESEDARAN KESELAMATAN KEBAKARAN BERSAMA KOMUNITI MANJUNG





Program Bomba dan Komuniti Setiawan Manjung sempena Permukiman YAB MB Perak dirasmikan oleh Toh Seri Bijaya Lt a(101Kol (B) Dato' Shaharudin Nazari, OBJ Manjung bagi mewakili YB Dato' Rusnah Kassim. Selepas Tapah/Kmpar, ini kesinambungan selanjutnya memperkasakan maahad tahfiz dan sekolah pondok tentang kesedaran ilmu kebakaran dan penyelamat. Selain itu, komuniti setempat juga diraikan bersama sebagai anggota sukarela bomba di penempatan masing2.










"DARI HATI KE HATI" PEMIMPIN BERSAMA OKP DUN PENGKALAN BARU


Program "Dari Hati ke Hati" Pemimpin Bersama OKP Dun Pengkalan Baru telah diadakan pada 24 Oktober 2017 (Selasa) bertempat di Arena Square, Pengkalan Baru. Program menyelami hati rakyat serta membantu rakyat adalah intipati program ini diadakan semoga usaha sebegini dapat diteruskan lagi supaya kemesraan antara rakyat dan pemimpin terjalin akrab.





DIALOG TRANSFORMASI NASIONAL 2050 PERSPEKTIF ISLAM


Kita perlu bersedia menghadapi tempoh 30 tahun akan datang. Dunia akan jauh berbeza dari sekarang dalam tahun 2050- Apakah yang akan membimbing kita? itulah intipati yang diterapkan dalam hala tuju (TN 50) oleh itu melalui Permukiman YAB Menteri Besar Perak Di Daerah Manjung Program Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN 50) yang bertajuk perspektif islam telah  berlangsung pada 24 Oktober 2017 (Selasa) 9.00 malam. Program ini dihadiri oleh pelbagai golongan terutama golongan belia. Ahli Panel YAB Dato' Seri Diraja Menteri Besar Perak,YB Dato' Hj Abdul Manaf Hashim,Ybhg Dato' Hj Mohd YB Dato' Drs Nizar Zakaria,Ybhg CEO MAIPK. Moderator oleh
Ybhg Dato' Hj Mohd Yusop Hj Hussin.










PERKESO PRIHATIN BERSAMA PEMIMPIN MASYARAKAT DAERAH MANJUNG SEMPENA PROGRAM PERMUKIMAN YAB MENTERI BESAR PERAK


24 Okt 2017 (Selasa) jam 9.00 pagi. Majlis Perasmian Program PERKESO Prihatin Bersama Pemimpin Masyarakat Daerah Manjung bersempena Program Pemukiman YAB Menteri Besar Perak 2017 di Dewan Anjung Perdana Majlis Perbandaran Manjung. Program ini telah dirasmikan oleh YB Tuan Haji Aznel Bin Haji Ibrahim ADUN Pengkalan Hulu.