Hari ini bertempat di Pantai Peranginan Teluk Senangin, khidmat sosial
korporat Hospital Pantai Manjung dengan kerjasama Majlis Perbandaran
Manjung sedang diadakan.
Ketua Pegawai Operasi (CEO) PHM Dr. Mohd
Norfahmi Bin Mohd Sohot mengetuai program turun padang bersama 60 orang
kakitangannya pada program membersih persisiran pantai daripada sampah
sarap.
Inisiatif yang berobjektifkan bagi mewujudkan persekitaran pantai yang bersih, ceria dan selamat dikunjungi disamping meningkat kesedaran awam terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan kawasan pantai.
Terima kasih diucapkan kepada Pihak Hospital Pantai Manjung. Tahniah.
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung
Pagi ini bertempat di Masjid Ar-Raudhah Perkampungan Tersusun Batu 7
Lekir telah diadakan program gotong royong membersih dan menceria
kawasan persekitaran masjid.
Jabatan Kesihatan Persekitaran dan
Perkhidmatan Bandar Majlis Perbandaran Manjung dan Pasukan Bomba dan
Penyelamat turut serta memberi bantuan logistik dan tenaga bersama
komuniti setempat didalam merencanakan pengindahan dan kebersihan
sempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan penuh barakah tidak lama
lagi.
Semoga program yang murni
ini dapat memupuk dan merapatkan lagi semangat persaudaraan dan ukhwah
yang sedia terjalin di antara agensi kerajaan dan komuniti.
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung
Throwback pada 29 Februari 2020. Program Gotong Royong mencantas
dahan pokok pelindung yang merbahayakan dan menanam pokok bunga bagi
keceriaan persekitaran di SMK Methodist (ACS) Sitiawan.
Program
anjuran SMK Methodist ACS Sitiawan dan PIBG turut disertai oleh pasukan
pemaju perumahan terkenal di Daerah Manjung Ling Bena Developer Sdn Bhd
dengan kerjasama Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Bandar dan juga Unit
Landskap Majlis Perbandaran Manjung.
Program bagi menjalankan tanggungjawab
sosial korporat untuk menghilangkan kegusaran pihak pentadbiran sekolah
dan komuniti terhadap dahan pokok yang merbahayakan bagi mengelak
ditimpa bencana sewaktu ribut dan hujan lebat.
Bagi tujuan keceriaan persekitaran sekolah Unit Landskap Majlis
Perbandaran Manjung turut menyumbangkan 10 pokok teduhan jenis Merawan
Siput Jantan dan 100 pokok bunga jenis Alamanda.
Semoga konsep
gotong royong dan penglibatan pihak korporat di Daerah Manjung untuk
turut serta meneruskan komitmen bagi mempertingkatkan kesejahteraan
komuniti setempat serta menjayakan program menghijaukan bumi Perak Darul
Ridzuan.
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung
Throwback pada 29 Februari 2020. Program mencantas dahan pokok dan
menceriakan persekitaran kawasan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)
Kampung Jering, Ayer Tawar.
Ahli Majlis Zon 17 Encik Lau Cheong
Loong turut serta bersama pentadbiran sekolah dan PIBG dengan kerjasama
Jabatan Kesihatan Dan Perkhidmatan Bandar dan Unit Landskap Majlis
Perbandaran Manjung.
Program adalah bagi memangkas dahan pokok yang membahayakan kepada komuniti sekolah disamping meningkatkan kebersihan dan keceriaan sekolah.
Objektif adalah bagi memupuk semangat kekitaan dalam kalangan warga
sekolah, menyemai nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar sekolah dan
yang paling utama konsep gotong royong yang diterapkan sejak zaman nenek
moyang kita dahulu dihidupkan bagi meningkatkan kerjasama dan
mengeratkan silaturahim antara warga sekolah serta masyarakat setempat.
Semoga usaha yang murni dan harapan agar para ibu bapa serta masyarakat
setempat akan terus memberikan sokongan padu terhadap setiap program
yang dijalankan di sekolah baik dalam bidang akademik mahupun bukan
akademik.
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung
Program Perak SADC Mini Agrofest 2020 anjuran Perbadanan Pembangunan
Pertanian Negeri Perak (PPPNP) masih berlangsung lagi pada hari ini
iaitu hari ke-2 dan penamat.
Majlis perasmian dan penutup telah
disempurnakan oleh Yang Berhormat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)
Pasir Panjang Tuan Haji Yahaya Bin Mat Noh selepas ucapan aluan yang
telah sampaikan oleh Tuan Haji Yahanis Bin Yahya, Ketua Eksekutif PPPNP.
Daerah Manjung Bandar Pelancongan Dan Maritim yang menjadi pembuka tirai
program pada tahun ini, terutama di Dataran Arena Square Taman Samudera
yang menjadi tapak Agrofest 2020 terus dikunjungi dan menjadi tumpuan
awam pelbagai lapisan masyarakat dan bangsa untuk mendapatkan dan
membeli produk-produk segar dengan harga yang murah dan berpatutan.
Program Mini Perak SADC Agrofest diadakan lagi pada tahun ini hasil
daripada kejayaan yang ditempa pada tahun 2019. Program yang diadakan
selama 2 hari pada setiap bulan di setiap daerah.
Usaha dan
objektif yang bertujuan untuk memperkenalkan kepada syarikat-syarikat
dalam dan luar Negeri Perak dan penduduk warga Negeri Perak untuk
mengenali lebih dekat PPPNP dan anak syarikat sebagai badan perniagaan,
perusahaan dan pembangunan pertanian di Negeri Perak.
Program
Agrofest 2020 dijalankan di 11 daerah serata Negeri Perak bertujuan
untuk memperkenalkan aktiviti perniagaan serta produk yang dihasilkan
oleh syarikat usahasama, penyewa, pemajak tanah serta para usahawan yang
terdapat di bawah payung PPPNP untuk memberi ruang dan peluang kepada
kumpulan sasar komuniti yang berpendapatan rendah, miskin dan miskin
tegar mendapatkan hasil segar daripada ladang dengan harga yang
berpatutan dan lebih murah.
Semoga inisiatif murni dan mulia yang
dilaksanakan oleh PPPNP ini terus mendapat sambutan komuniti di setiap
daerah hingga ke daerah penamatnya di Kinta nanti.
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung
Pusat Konservasi Dan Penerangan Penyu, Segari hari ini menerima
kunjungan 40 orang Pegawai dan kakitangan daripada Kilang Yamaha
Electronics Manufacturing (M) Sdn Bhd yang merasa bangga kerana dapat
melaksanakan (CSR) program khidmat masyarakat menanam pokok merambong,
membersih kawasan pantai dan 'memandikan' penyu.
Program
kerjasama Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Perkhidmatan Bandar, Unit
Landskap Majlis Perbandaran Manjung, Pusat Konservasi dan Penerangan
Penyu bersama Kilang Elektronik Yamaha yang berpengkalan di Ipoh.
YAMAHA Mfg. (M) Sdn. Bhd yang di wakili oleh Pengurus Kanan Jabatan
Sumber Manusia dan Hal Ehwal Am, Raja Azhar Bin Raja Abdul Aziz dan
Puan Azlina Binti Mohd Zabidi, Pegawai Perhubungan Awam dan Hal Ehwal Am
turut berbesar hati menyumbangkan 5 unit 'bench stone' untuk kegunaan
pengunjung dan melakukan pembelian tunai 50 unit pokok merambong
daripada Unit Landskap, Majlis Perbandaran Manjung.
Objektif
utama program adalah untuk menyemai dan memupuk rasa sayang terhadap
pemuliharaan alam sekitar dan hidupan marin seperti penyu yang perlu di
pelihara dan di jaga daripada kepupusan agar generasi akan datang dapat
mengenalinya secara nyata.
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung
Dewan Tertutup Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Manjung, Seri
Manjung pagi ini menjadi medan "pertempuran" Kejohanan Ping Pong
Berpasukan Tertutup Malaysia 2020 bagi merebut piala Dato' Roman Yek
Siew Lee.
Program anjuran bersama Majlis Perbandaran Manjung dan
Pertubuhan Ping Pong Perak berlangsung bermula pada hari ini dan bakal
berakhir pada keesokkannya.
Majlis perasmiannya telah dilakukan oleh Yang DiPertua Majlis Perbandaran Manjung, Tuan Syamsul Hazeman Bin Md Salleh.
Sebanyak 44 pasukan berentap bagi mengintai peluang ke perlawanan akhir
yang akan diadakan pada 23 Februari 2020 (Ahad) bagi membolot wang
tunai kemenangan keseluruhan yang berjumlah RM13,600.00 termasuk johan
yang akan membawa pulang wang tunai RM5,000.00.
Penyertaan yang
mendapat sambutan diluar jangkaan menarik minat pelbagai bangsa seluruh
Malaysia menjadi kayu pengukur bagi menarik minat serta kerjasama pihak
yang lain bagi mempertingkatkan kualiti sukan Ping Pong tanahair
sekaligus memberi nafas baru agar negara tidak ketandusan bakat-bakat
muda yang boleh diketengahkan.
Program ini adalah sebagai penjana
kepada kualiti dan kuantiti komuniti yang berkemahiran dalam sukan Ping
Pong yang bakal melahirkan atlet yang berkebolehan dan mampu bersaing.
Semoga usaha yang diketengahkan oleh Majlis Perbandaran Manjung dengan
kerjasama Persatuan Ping Pong Perak menjadi penanda aras bagi melahirkan
bakat baru yang boleh digilapkan kearah kecemerlangan dan menarik minat
komuniti menceburi sukan Ping Pong.
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung
Pagi tadi bertempat di Pantai Peranginan Teluk Senangin Program
Pengembangan Dan " Save Our Sea" Jabatan Perikanan Negeri Perak &
Malakoff Coperation Berhad dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung
telah diadakan.
Program telah disempurnakan perasmiannya oleh Pegawai Daerah Manjung Tuan Zulhisham Bin Ahmad Shukori.
Pelbagai aktiviti menarik diadakan antaranya pertunjukan bot peronda
laju milik Jabatan Perikanan Malaysia, pelepasan anak penyu ke laut
lepas dan penanaman pokok kelapa oleh Pegawai Daerah dan ketua-ketua agensi, swasta dan badan bukan kerajaan.
Selain itu aktiviti pembersihan pantai, pelepasan anak penyu, fish
scooping, pameran ikan dan penyu, pertandingan mewarna dan booth pameran
dan jualan produk perikanan serta uji rasa produk perikanan turut
diadakan kepada awam bagi memupuk tanggungjawab awam terhadap alam
sekitar iaitu aset yang perlu dijaga dan paling berharga.
Program
yang memberi kesedaran dan kefahaman kepada komuniti mengenai
kepentingan hidupan dan ekosistem marin bagi menerapkan rasa sayang
terhadap hidupan marin seperti penyu dan sebagainya.
Penglibatan
komuniti setempat dan luar diharapkan dapat membentuk jalinan kerjasama
yang baik bersama agensi kerajaan dan swasta di dalam penjagaan alam
sekitar dan ekosistem marin bagi memastikan generasi yang akan datang
dapat mewarisi keindahan dan dapat melihat hidupan marin bebas seperti
hari ini.
#kita tidak mewarisi alam sekitar daripada nenek moyang kita, tetapi kita meminjamnya daripada generasi akan datang.
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung
Pasukan 'skylift' Unit Landskap dan Jabatan Kesihatan Persekitaran
dan Perkhidmatan Bandar Majlis Perbandaran Manjung pagi ini melaksanakan
program memangkas pokok-pokok yang mengancam keselamatan komuniti
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Ayer Tawar.
Program anjuran bersama
SJKC Ayer Tawar, Persatuan Ibu Bapa Dan Guru dan Persatuan Alumni
sekolah dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung.
Inisiatif daripada belas ihsan pihak Majlis Perbandaran Manjung bagi meredakan kerisauan komuniti
sekolah mendapat maklum balas yang baik dari pihak ibubapa pelajar dari
segi keselamatan nyawa dan harta benda disamping meningkat kebersihan, keceriaan dan mengeratkan hubungan antara komuniti setempat.
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung
Mesyuarat Agung Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Dato' Seri
Kamaruddin, Seri Manjung merupakan agenda dwi tahunan bagi pemilihan
Ahli Jawatankuasa yang baharu dan perbincangan isu dan kebajikan
pelajar.
Hari ini bertempat di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan
Dato' Seri Kamaruddin, Seri Manjung. Majlis Perasmian Mesyuarat Agung
Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) bagi kali ke-9 tahun 2020 telah
disempurnakan perasmiannya oleh Encik Issamudin Bin Ibrahim, Ketua
Jabatan, Jabatan Pembangunan Komuniti
Dan Sosial, Majlis Perbandaran Manjung yang mewakili bagi pihak Yang
DiPertua Majlis Manjung yang telah mempunyai program yang lain.
Majlis telah dihadiri oleh Yang DiPertua PIBG, Encik Puzelan Bin Isa,
Pengetua sekolah, Puan Roslina Binti Ishak, Ahli Majlis Perbandaran
Manjung, Tuan Haji Jamahari Bin Abu Bakar dan pengurusan kanan sekolah,
guru-guru serta ibu bapa pelajar.
Di dalam perasmian beliau
menyarankan penglibatan aktif komuniti didalam program-program yang
dianjurkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan dan peranan Jabatan Pembangunan
Komuniti Dan Sosial sebagai pemudahcara bagi membantu komuniti
melaksanakan program-program selaras dengan kehendak semasa.
Semoga maklumat tepat yang diperolehi dan hubungan dua hala yang
dijalinkan oleh dua agensi membuahkan nilai yang baik kearah keakraban
yang boleh menyumbang kemakmuran kepada komuniti di Daerah Manjung.
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung