About

Monday, 19 August 2019

SEMINAR KEUSAHAWANAN "IDEA" PULAU PANGKOR BEBAS CUKAI

Pada hari ini, 19 Ogos 2019 di KEJORA GARDEN RESORT, Pasir Bogak, Pulau Pangkor berlangsungnya Seminar Keusahawanan "IDEA".

Yang Berhormat Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Wira Dr Mohd Hatta bin Md Ramli menghadiri dan seterusnya merasmikan program seminar ini.

Program yang dihadiri oleh pengiat ekonomi Pulau Pangkor yang terdiri daripada peniaga gerai penjaja skala kecil hingga kepada yang berskala besar pengusaha perhotelan, pelancungan seumpamanya.

Program meliputi dua sesi utama taklimat dan penerangan oleh Jabatan Pelesenan Majlis Perbandaran Manjung, Jabatan Kastam, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perak dan lain-lain jabatan dan pameran untuk kemudahan para usahawanan mendapat maklumat.

Ucapan aluan disampaikan oleh Setiausaha Majlis Perbandaran Manjung Encik Mohd Helmi bin Arifin, antara lain menyentuh peluang dan ruang yang perlu direbut oleh komuniti Pulau Pangkor sempena kearah Pulau Pangkor Bebas Cukai 2020 bagi menepati LA21 Majlis Perbandaran Manjung dan sokongan agensi kerajaan bagi membantu meningkat produktiviti para usahawan.

Program anjuran Pusat Khidmat Parlimen Lumut dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung dihadiri oleh pelbagai agensi2 kerajaan Negeri Perak dan Daerah Manjung, Badan Bukan Kerajaan (NGO), swasta dan pengiat ekonomi setempat.

Diantara saranan yang disentuh oleh YB TM Pembangunan Usahawanan dan memerlukan komitmen segera warga Pulau Pangkor untuk berdaya saing adalah sepertimana berikut :

1) Warga Pulau Pangkor perlu melakar sejarah untuk mengguna kelebihan yang sediada di Pulau Pangkor dan perlu kepada tindakan segera. Pendekata daripada kosong (zero) kepada hero yang mempunyai matlamat dan ilmu keusahawanan.

2) Mempelajari dan membuat kajian Pulau Pangkor Pulau Bebas daripada tempat-tempat lain yg sediaada seperti Pulau Langkawi, Pulau Tioman dan sebagainya.

3) Menggunakan apa sahaja yang ada di Pulau Pangkor untuk digemblengkan atau diterjemahkan oleh warga Pangkor kepada pengunjung luar. Warga Pulau Pangkor perlu mengambil peluang dan ruang yang ada.

4) Menjadikan Pulau Pangkor tumpuan untuk pembangunan dengan adanya usahawan yang beretika dan berintergriti tinggi.

5) Saranan YAB Pendana Menteri Malaysia untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara keusahawanan dengan memiliki budaya usahawanan tinggi dikalangan komuniti setempat khasnya golongan muda agar bidang usahawanan menjadi cita-cita.

6) Sokongan kemudahan infrastruktur dan ekosistem yg baik.

7) Kemudahan modal kepada para usahawan dan insentif yang menarik untuk usahawan berjaya dan berdaya saing.

8) Mempromosikan Pulau Pangkor kepada dunia luar. Pulau yang mempunyai phasarana yang baik.
9) Menggunakan "local product & Nature product" untuk menarik tumpuan pelancong luar.

10) Para usahawanan memerlukan etika memasar produk pangkor yang baik, berkualiti dengan tawaran harga yang menarik.

Semoga peluang dan ruang yang telah ditawarkan kepada pengiat ekonomi Pulau Pangkor ini menepati aspirasi dan bersama bergandingan dengan agensi kerajaan untuk mengapai kejayaan.

Bahagian Kemasyarakatan/Pelancongan
Jabatan Pembangunan dan Komuniti
Majlis Perbandaran Manjung






Sunday, 18 August 2019

Program Gotong Royong dan Demonstrasi Pembuatan Baja Kompos

Fasa 2J hari ini di Kawasan lapang program gotong royong menambak tanah bagi meratakan padang oleh warga Persatuan Penduduk Badan Kebajikan Taman Fasa 2J, Seri Manjung.

Tanah kawasan lapang yang mendap akibat kesan geologi yang asalnya kawasan ini mempunyai kolam besar dan berpaya menurut warga taman ini.

Akibat daripada berlaku mendapan tanah tersebut tapak tempat permainan kanak-kanak mengalami kerosakan.

Pada masa yang sama juga diadakan program pembuatan baja kompos teknik "takakura" daripada bahan buangan sisa makanan kepada golongan wanita warga taman ini.

Demonstrasi di sampaikan oleh Puan Siti Fathonah binti Sattar daripada Jabatan Kesihatan Dan Perkhidmatan Bandar.

Semoga usaha yang baik ini memberi peluang kepada warga Taman Fasa 2J berkongsi ilmu seterusnya dapat mengatasi masalah pembuangan sisa makanan.

Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung






Friday, 16 August 2019

WAYANG PACAK GAMIT MEMORI..Sedang berlangsung sekarang di Padang Sukan Komuniti Teluk Muroh, Lumut. Program Santai Minda (Tayangan Wayang Pacak - Paskal The Movie). 

Program anjuran Persatuan Penduduk Teluk Muroh yang didokongi oleh Leftenan Kolonel (B) Dato' Hj Nazli bin Hj Alias telah dihadiri oleh YB Tim Menteri Pembangunan Usahawan merangkap Ahli Parlimen Lumut Datuk Wira Dr Mohd Hatta bin Md Ramli. 

Turut hadir Ahli Majlis Perbandaran Manjung, Jabatan Penerangan Manjung, CEO Binazrin, Team Paskal TLDM, Veteran Tentera Malaysia, Kelab Motosikal Manjung Bikers Club dan warga komuniti Teluk Muroh yang datang meriahkan suasana bulan kemerdekaan.

Program patriotik yang diadakan amatlah bermakna bagi menyemai semangat cintai tanah air tumpah darah Malaysia ku tercinta kepada generasi muda agar mengetahui pengorbanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang sanggup berkorban untuk tanah air tercinta.

Tayangan wayang pacak Paskal The Movie menepati citarasa generasi muda bagi mengimbau dan mengenang jasa pengorbanan tentera negara hingga detik manis kemerdekaan dicapai.

Sayangi Malaysiaku : Malaysia Bersih.

Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung





Saturday, 10 August 2019

PROGRAM GOTONG ROYONG KAMPUNG CINA

Pagi ini, 10 Ogos 2019 (Sabtu) di SRJK(C) UK ING, Kg Cina, Sitiawan. Program Gotong Royong membersih kawasan persekitaran sepanjang jalan Kampung Cina.
Program Anjuran MPKK Kampung Cina dan Pengerusi




Jawatankuasa Penduduk Zon 9 @ Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Manjung Encik Cheong Ngin Koong.
Turut hadir YB Astaka Encik Teoh Yee Chern dan Ahli Majlis Zon 12, Encik Ling Jeng Chai bersama pelajar sekolah dan pasukan sukarelawan RELA Sitiawan.
Semoga program gotong royong kebersihan yang dijalankan ini dapat mendidik komuniti setempat agar tidak sesuka hati membuang sampah sepanjang jalan dan bersama menjaga kebersihan dan keindahan persekitaran.

Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung

Monday, 5 August 2019

TOWN HALL MEETING MPM BERSAMA KOMUNITI PERNIAGAAN PULAU PANGKOR

5 Ogos 2019, sesi Town Hall bersama YB Timbalan Menteri Keusahawanan Datuk Wira Dr Mohd Hatta bin Md Ramli di adakan di Kejora Garden Resort, Pasir Bogak, Pulau Pangkor.
Sesi Pendengaran Awam atau Town hall berkenaan Pangkor kearah Pulau Bebas Cukai diteruskan ke lokasi Pulau Pangkor sendiri bagi mendapatkan maklum balas daripada komuniti peniaga yang terdiri daripada pelbagai lapisan dan jenis perniagaan.

Antara perhatian dan luahan warga Pulau Pangkor adalah berharap agar produk produk perniagaan Pulau Pangkor sedia ada terjaga walaupun dengan kehadiran saingan akibat kemasukan produk-produk luar yang memasuki pasaran bebas cukai Pulau Pangkor.
Para komuniti perniagaan Pulau Pangkor berharap perniagaan mereka dapat berkembang dengan diwujudkan pelbagai kemudahan mesra perniagaan dari segi kemudahan lesen perniagaan dan lain-lain kemudahan.

Bagi memastikan kelestarian alam sekitar terpelihara, pihak komuniti perniagaan pelancongan Pulau Pangkor meminta pihak berkuasa kerajaan mengekalkan keasliannya dan dimiliki oleh rakyat sebagai pemilik tunggal yang kekal dan tidak dimonopoli secara kekal oleh syarikat-syarikat besar.
Input pasaran bebas cukai bakal diwujudkan di Pulau Pangkor seiring limpahan yang bakal hadir daripada kebanjiran pelancong ke pulau bebas cukai yang akan di bebas daripada gelaran pulau percutian semata-mata.

YB Datuk Wira Dr Mohd Hatta bin Md Ramli dalam ucapannya menyampaikan hasrat untuk terus merancakkan potensi Pulau Pangkor menjadi destinasi pelancongan dan menjadi tumpuan pelancong sementalah ahli-ahli perniagaan tempatan perlu mengambil kesempatan peluang dan ruang dari Pulau Bebas Cukai Pangkor pada tahun 2020.

Pelbagai bentuk peluang dan ruang perlu diraih oleh komuniti perniagaan Pulau Pangkor dengan kerjasama penuh akan diberikan oleh pihak kerajaan dan badan badan kerajaan yang lain dalam memastikan projek pembangunan di Pulau Pangkor berterusan.

Menurut YDP MPM, Tuan Syamsul Hazeman bin Md Salleh, dalam usaha membangunkan Pulau Pangkor sebagai pulau bebas cukai iaitu kawalan keatas barangan luar yang masuk ke pulau pangkor akan dikenakan cukai tetapi pada masa yang sama produk asal keluaran pulau pangkor dikecualikan daripada dikenakan cukai sebagai langkah menjaga kepentingan produk dan punca pendapatan penduduk Pulau Pangkor terjamin.

Bagi memelihara komuniti perniagaan Pulau Pangkor sediada berkembang keperluan kepada input dua hala dari semua pihak khususnya warga komuniti perniagaan Pulau Pangkor itu sendiri.
Pendekata komuniti perniagaan Pulau Pangkor memerlukan jati diri untuk bangkit bersaing dan berusaha mewujudkan pelbagaian perniagaan didalam arus pasaran terbuka.

Bahagian Kemasyarakatan/pelancongan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung










Sunday, 4 August 2019

KAYUHAN SANTAI... KPJ KPKT DAN MPM

Sedang berlangsung seawal jam 6.30 pagi tadi...Kayuhan Santai Berbasikal Bersama YBhg Dato' Noor Ikhsan bin Che Mat, Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan KPKT di Pulau Pangkor.

Selain daripada Ybhg KPJ KPKT Dato' Noor Ikhsan, program kayuhan santai tersebut disertai juga oleh pegawai-pegawai tertinggi Majlis Perbandaran Manjung yang diketuai oleh Yang Dipertua Majlis Tuan Syamsul Hazeman bin Md Salleh, Setiausaha Majlis Encik Mohd Helmi bin Arifin, Pengarah Jabatan Perbendaharaan Encik Razali bin Hj Mat Nayan, Ketua Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial Encik Issamudin bin Ibrahim, Ketua Jabatan Penguatkuasaan Encik Mohd Zahrizan bin Dinin.

Bukan sekadar kayuhan santai...tetapi yang lebih penting kesihatan tubuh badan terjaga disamping cetusan idea didalam kelestarian alam sekitar dengan berbasikal serta menjalin jaringan kerjasama yang lebih erat diantara KPKT dan Majlis Perbandaran amnya dan Majlis Perbandaran Manjung khususnya.

Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung









Saturday, 3 August 2019

GOTONG ROYONG PERDANA BERSAMA PIBG SMK BATU 10 LEKIR

Hari ini 3 Ogos 2019 berlangsung Program Gotong Royong Perdana Bersama PIBG SMK Batu 10 Lekir, Sitiawan. Program diadakan di kawasan sekolah bagi memangkas dahan pokok dan membersih kawasan sekitar.

Program di hadiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Zon 11 (Lekir) Puan Nik Noorazizah binti Hamzah, Penolong Pegawai Tadbir Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial, Encik Muhamad Shukri bin Ismail dan kakitangan Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Bandar dan Unit Landskap Majlis Perbandaran Manjung serta anggota RELA kawasan Lekir.

Semoga usaha yang baik ini dapat meningkatkan kebersihan, keceriaan dan keselamatan di kawasan sekolah.

Bahagian Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran
Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan
Manjung





SIMULASI HAJI KECIL PERINGKAT DAERAH MANJUNG 2019

Labbaikallahumma Labbaik...(Aku memenuhi panggilanMu)...berlangsung sekarang Program Simulasi Haji Kecil 2019 peringkat Daerah Manjung di Arena Square, Taman Samudera, Seri Manjung, Perak Darul Ridzuan.

Program anjuran Pertubuhan Pendidikan Antah Kesuma dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung.

Majlis dihadiri dan dirasmikan oleh YDH Toh Seri Bijaya Lt. Kol (B) Dato' Shaharudin bin Haji Nazari, Orang Besar Jajahan Manjung. Turut hadir Ustaz Tuan Haji Mohd Ali Sabri bin Abdul Rahman yang bertindak sebagai Muttawif, Tuan Mohd Helmi bin Arifin, Setiausaha Majlis Perbandaran Manjung, wakil Pengurus Tabung Haji Cawangan Sitiawan Puan Hajjah Nor Syahidah binti Ismail, Eksekutif Kewangan LTH, Pegawai Tadbir Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial Majlis Perbandaran Manjung Encik Issamudin bin Ibrahim dan Pengerusi Pertubuhan Pendidikan Antah Kesuma Encik Muhammad Syafiq bin Nordin.

Objektif program adalah untuk memberi kefahaman dan penghayatan kepada anak-anak kecil semuda usia 6 - 9 tahun merasai pengalaman mengerjakan ibadat haji dengan melaksanakan 6 Rukun Haji seterusnya membuka dan menanam minat untuk mengerjakan ibadat Haji apabila mereka dewasa kelak.

Semoga usaha yang murni ini dapat memberi pengalaman yang berguna kepada anak-anak dan ibubapa untuk melaksanakan rukun islam ke-5 suatu hari nanti.

Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung






 

Thursday, 1 August 2019

RUKYAH HILAL 1 ZULHIJJAH 1440

Sedang berlangsung sekarang tanggung jawab fardu kifayah bagi umat islam seluruh negara Majlis Rukyah Hilal Zulhijjah 1440 bagi menentukan permulaan 1 zulhijjah.

Di negeri Perak pusat mencerap anak bulan adalah di Pantai Pasir Panjang, Segari, Lumut, Perak. Taklimat ringkas kaedah mencerap anak bulan disampaikan oleh Al fadil Ustaz Faizal Bin Jani, Pegawai Falak daripada Jabatan Mufti negeri Perak.

Majlis dihadiri oleh Timbalan Mufti negeri Perak, Tuan Haji Zamri Bin Hashim, Orang Besar Jajahan Manjung (OBJ) YDH Toh Seri Bijaya Dato' Lt.Kol (B) Shaharudin Bin Haji Nazari serta Pegawai-pegawai Agama Kerajaan Persekutuan dan Negeri, mahasiswa dan mahasiswi daripada Politeknik Tunku Omar, Ipoh serta orang awam.

Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung