About

Sunday, 17 February 2019

Majlis Perasmian Pusat Rukun Tetangga Taman Manjung Point, Seri Manjung


   
Majlis Perasmian Pusat Rukun Tetangga Taman Manjung Point, Seri Mnjung di bawah kelolaan pihak Pejabat Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Daerah Manjung /Perak Tengah telah berlangsung pada 17 Februari 2019 (Ahad), jam 3.00 petang di Pusat Rukan Tetangga Taman Manjung Point, Seri Manjung. Program ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Wira Dr. Md Farid B MD Rafik, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial). 


Dengan adanya Pusat Rukun Tetangga ini dapat memudahkan penduduk di Taman Manjung Point, Sri Manjung mengadakan pelbagai aktiviti bagi meningkatkan dan mengukuhkan semangat keselamatan, kebajikan, kesihatan, kesejahteraan ekonomi dan kualiti hidup. 

   





Tuesday, 5 February 2019

LAWATAN YAB MENTERI BESAR PERAK KE DAERAH MANJUNG DISAMPING MERASMIKAN DATARAN BERUAS


Program Lawatan YAB Menteri Besar Perak ke Daerah Manjung disamping merasmikan Dataran Pekan Beruas telah berlangsung pada 1 Februari 2018 (Jumaat), 3.00 petang di Dataran Beruas. Program ini turut dihadiri lebih 200 orang tetamu yang hadir melibatkan semua agensi kerajaan,NGO dan penduduk setempat.

Program ini merupakan program pemimpin bersama komuniti setempat khususnya kawasan Beruas disamping merasmikan Dataran Pekan Beruas sebagai ikon baru Pusat Aktiviti komuniti Beruas.








Sunday, 27 January 2019

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW TERTUTUP DAERAH MANJUNG



Pada 27 Januari 2019 telah berlangsungnya Kejohanan Sepak Takraw Tertutup Daerah Manjung anjuran Kelab Sepak Takraw. Program ini telah dirasmikan oleh Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli turut bersama memeriahkan program ialah Dato' Mohamad Fariz bin Mohamad Hanip. Sebnayak 34 pasukan telah menyertai Kejohanan ini.




PROGRAM GOTONG ROYONG JAWATANKUASA PENDUDUK ZON 12 PEKAN GURNEY SITIAWAN













PADA 26 JANUARI 2019 (SABTU), JAM 8.00 PAGI BERTEMPAT DI PEKAN GURNEY, SITIAWAN TELAH BERLANGSUNG PROGRAM GOTONG ROYONG JAWATANKUASA PENDUDUK ZON 12 PEKAN GURNEY SITIAWAN, PROGRAM INI TELAH DI DIHARI LEBIH 70 ORANG PENDUDUK DAN ANGGOTA MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG.




PROGRAM GOTONG ROYONG DI KAWASAN DESA MERBAU, AYER TAWAR


Program Gotong Royong sebelum Tahun Baru Cina telah diadakan pada 27 Januari 2019 (Ahad), jam 8.30 pagi di kawasan Desa Merbau, Ayer Tawar. Program ini telah dihadiri lebih kurang 60 orang penduduk dan anggota Majlis Perbandaran Manjung.

Dengan adanya program sebegini, ianya dapat membersihkan dan menceriakan kawasan persekitaran dan menjadikan perak bersih pada tahun 2019.







PROGRAM GOTONG ROYONG MEGA ANJURAN KAWASAN RUKUN TETANGGA PADUJATI




26 Januari 2019 (Sabtu), telah berlangsungnya Program Gotong Royong Mega Anjuran Kawasan Rukun Tetangga Padujati bersama Majlis Perbandaran Manjung pada jam 7.30 pagi di Taman Berpadu, Sitiawan. Kira-kira 75 orang penduduk turut bersama-sama menjayakan Program gotong royong bersama pihak MPM.Turut hadir bersama YB Cikgu Yahaya dan ahli Majllis Encik Khairil Azhar. Semoga usaha murni ini dapat memupuk semangat kerjasama dalam kalangan penduduk setempat seterusnya dapat memperindahkan kawasan tersebut.










 










Tuesday, 22 January 2019

PROGRAM GOTONG ROYONG FASA 3A, SERI MANJUNG


 
 
  
21 Januari 2019 telah berlangsungnya Program Gotong Royong Fasa 3A bersama MPM jam 8 pagi.Kira-kira 80 orang penduduk Taman Fasa 3A turut bersama-sama menjayakan Program gotong royong bersama team MPM dan telah dirasmikan oleh YB Cg Yahaya bin Mat Nor, Adun Pasir Panjang.

 Semoga usaha murni ini dapat memupuk semangat kerjasama dalam kalangan penduduk setempat seterusnya dapat memperindahkan kawasan tersebut.





Monday, 21 January 2019

PROGRAM GOTONG ROYONG TAMAN FASA 2A





19 Januari 2019 (Sabtu) telah berlangsungnya Program Gotong Royong Taman Fasa 2A bersama Majlis Perbandaran Manjung pada jam 8.00 pagi. Program ini telah disertai lebih 80 orang penduduk Taman Fasa 2A bersama-sama pihak MPM.Turut hadir bersama Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Manjung dan YB Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli bagi menjayakan program ini. Semoga usaha murni ini dapat memupuk semangat kerjasama dalam kalangan penduduk setempat seterusnya dapat memperindahkan kawasan tersebut.


Thursday, 17 January 2019

Projek Pemutihan Kawasan Blackspot tahun 2019




17 Januari 2019, Lawatan Tapak Cadangan Kawasan Bagi Projek Pemutihan Kawasan Blackspot tahun 2019 di kawasan The Store, Taman Terus Maju sehingga Taman Krishnan, Taman Dinding Ayer Tawar diketuai Jabatan Perancang Bandar dan Jabatan Kejuruteraan Penyelenggaraan. Lawatan ini turut bersama Ahli Majlis, Polis DiRaja Malaysia Daerah Manjung, turut serta KRT Sitiawan Bandar.





Monday, 3 December 2018

Program Pangkor Beach Fest 2018

Pada 1-2 Disember 2018 telah berlangsungnya Program Pangkor Beach Fest 2018 di Pulau Pangkor. Antara aktiviti yang telah diadakan adalah Pangkor Beach Run, Pangkor Beach Music dan Pekan Kartun Pangkor. Program ini merupakan anjuran P.O.R.T dengan kerjasama MPM dalam mencungkil bakat-bakat seni di kalangan komuniti disamping mempromosikan Pulau Pangkor sebagai produk pelancongan. Semoga aktiviti menarik sebegini dapat dijadikan program tahunan untuk mencungkil banyak lagi bakat-bakat seni sekaligus menarik minat para pelancong untuk berkunjung ke Pulau Pangkor.




Bahagian Pelancongan
Jabatan Pemb. Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung

Sunday, 2 December 2018

Program Pemuliharaan Laut dan Pantai oleh Pelajar UTP

Pada 1 Disember 2018 (Sabtu) telah berlangsung Program Pemuliharaan Laut dan Pantai oleh Pelajar UTP bersama Komuniti Teluk Batik di Teluk Batik.  

 Program ini dianjurkan oleh Pelajar dan Pensyarah dari Universiti Teknologi Petronas (UTP) dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung. Program ini bertujuan memberikan pendedahan kepada komuniti mengenai masalah kehakisan pantai yang sedang melanda Teluk Batik. Turut hadir bersama En. Mohamad Ismail bin Ibrahim wakil pegawai Bahagian Pelancongan (MPM).



Semoga usaha murni ini dapat memupuk semangat kerjasama dalam kalangan komuniti seterusnya dapat memperindahkan kawasan tersebut.

Bahagian Pelancongan
Jabatan Pemb. Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung

Monday, 19 November 2018

PROGRAM GOTONG ROYONG KAMPUNG TERSUSUN BATU 7 LEKIR




18/11/18 (Ahad) telah berlangsungnya Program Gotong Royong Kampung Tersusun Batu 7 Lekir bersama Majlis Perbandaran Manjung pada jam 8.00 pagi.Kira-kira 80 orang penduduk Kampung Tersusun Batu 7 turut bersama-sama menjayakan Program gotong royong bersama pihak MPM.Turut hadir bersama YB Cikgu Yahaya yang memberikan ucapan.Semoga usaha murni ini dapat memupuk semangat kerjasama dalam kalangan penduduk setempat seterusnya dapat memperindahkan kawasan tersebut.