Sunday, 27 January 2019
PROGRAM GOTONG ROYONG JAWATANKUASA PENDUDUK ZON 12 PEKAN GURNEY SITIAWAN
PROGRAM GOTONG ROYONG DI KAWASAN DESA MERBAU, AYER TAWAR
Program Gotong Royong sebelum Tahun Baru Cina telah diadakan pada 27 Januari 2019 (Ahad), jam 8.30 pagi di kawasan Desa Merbau, Ayer Tawar. Program ini telah dihadiri lebih kurang 60 orang penduduk dan anggota Majlis Perbandaran Manjung.
Dengan adanya program sebegini, ianya dapat membersihkan dan menceriakan kawasan persekitaran dan menjadikan perak bersih pada tahun 2019.
PROGRAM GOTONG ROYONG MEGA ANJURAN KAWASAN RUKUN TETANGGA PADUJATI
26 Januari 2019 (Sabtu),
telah berlangsungnya Program Gotong Royong Mega Anjuran Kawasan Rukun Tetangga Padujati bersama Majlis Perbandaran Manjung pada jam 7.30 pagi di Taman Berpadu, Sitiawan. Kira-kira 75
orang penduduk turut bersama-sama menjayakan
Program gotong royong bersama pihak MPM.Turut hadir bersama YB Cikgu Yahaya dan ahli Majllis Encik Khairil Azhar. Semoga usaha murni ini dapat memupuk semangat
kerjasama dalam kalangan penduduk setempat seterusnya dapat
memperindahkan kawasan tersebut.
Tuesday, 22 January 2019
PROGRAM GOTONG ROYONG FASA 3A, SERI MANJUNG
21 Januari 2019 telah berlangsungnya Program Gotong Royong
Fasa 3A bersama MPM jam 8 pagi.Kira-kira 80 orang penduduk Taman Fasa 3A turut
bersama-sama menjayakan Program gotong royong bersama team MPM dan telah
dirasmikan oleh YB Cg Yahaya bin Mat Nor, Adun Pasir Panjang.
Semoga usaha
murni ini dapat memupuk semangat kerjasama dalam kalangan penduduk setempat
seterusnya dapat memperindahkan kawasan tersebut.
Monday, 21 January 2019
PROGRAM GOTONG ROYONG TAMAN FASA 2A
19 Januari 2019 (Sabtu) telah berlangsungnya Program Gotong Royong
Taman Fasa 2A bersama Majlis Perbandaran Manjung pada jam 8.00
pagi. Program ini telah disertai lebih 80 orang penduduk Taman Fasa 2A bersama-sama pihak MPM.Turut hadir bersama Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Manjung dan YB Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli bagi menjayakan program ini. Semoga usaha murni ini dapat memupuk
semangat kerjasama dalam kalangan penduduk setempat seterusnya dapat
memperindahkan kawasan tersebut.
Thursday, 17 January 2019
Projek Pemutihan Kawasan Blackspot tahun 2019
17 Januari 2019, Lawatan Tapak Cadangan Kawasan Bagi Projek Pemutihan Kawasan Blackspot tahun 2019 di kawasan The Store, Taman Terus Maju sehingga Taman Krishnan, Taman Dinding Ayer Tawar diketuai Jabatan Perancang Bandar dan Jabatan Kejuruteraan Penyelenggaraan. Lawatan ini turut bersama Ahli Majlis, Polis DiRaja Malaysia Daerah Manjung, turut serta KRT Sitiawan Bandar.
Monday, 3 December 2018
Program Pangkor Beach Fest 2018
Pada 1-2 Disember 2018 telah berlangsungnya Program Pangkor Beach Fest 2018 di Pulau Pangkor. Antara aktiviti yang telah diadakan adalah Pangkor Beach Run, Pangkor Beach Music dan Pekan Kartun Pangkor. Program ini merupakan anjuran P.O.R.T dengan kerjasama MPM dalam mencungkil bakat-bakat seni di kalangan komuniti disamping mempromosikan Pulau Pangkor sebagai produk pelancongan. Semoga aktiviti menarik sebegini dapat dijadikan program tahunan untuk mencungkil banyak lagi bakat-bakat seni sekaligus menarik minat para pelancong untuk berkunjung ke Pulau Pangkor.
Sunday, 2 December 2018
Program Pemuliharaan Laut dan Pantai oleh Pelajar UTP
Pada 1 Disember 2018 (Sabtu) telah berlangsung Program Pemuliharaan Laut dan Pantai oleh Pelajar UTP bersama Komuniti Teluk Batik di Teluk Batik.
Program ini dianjurkan oleh Pelajar dan Pensyarah dari Universiti Teknologi Petronas (UTP) dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung. Program ini bertujuan memberikan pendedahan kepada komuniti mengenai masalah kehakisan pantai yang sedang melanda Teluk Batik. Turut hadir bersama En. Mohamad Ismail bin Ibrahim wakil pegawai Bahagian Pelancongan (MPM).
Semoga usaha murni ini dapat memupuk semangat kerjasama dalam kalangan komuniti seterusnya dapat memperindahkan kawasan tersebut.
Bahagian Pelancongan
Jabatan Pemb. Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung
Jabatan Pemb. Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung
Monday, 19 November 2018
PROGRAM GOTONG ROYONG KAMPUNG TERSUSUN BATU 7 LEKIR
18/11/18 (Ahad) telah berlangsungnya Program Gotong Royong Kampung Tersusun Batu 7 Lekir bersama Majlis Perbandaran Manjung pada jam 8.00 pagi.Kira-kira 80 orang penduduk Kampung Tersusun Batu 7 turut bersama-sama menjayakan Program gotong royong bersama pihak MPM.Turut hadir bersama YB Cikgu Yahaya yang memberikan ucapan.Semoga usaha murni ini dapat memupuk semangat kerjasama dalam kalangan penduduk setempat seterusnya dapat memperindahkan kawasan tersebut.
Monday, 29 October 2018
KARNIVAL KESEDARAN DIABETES
16:49
No comments
28.10.2018 telah berlangsungnya Karnival Kesedaran Diabetes anjuran bersama Kelab Lion dan Lioness Zon 14 bersama Majlis Perbandaran Manjung. Program ini diadakan di City Habour International School, Seri Manjung jam 8.00 pagi sehingga 1.00 tengahari dan telah dirasmikan oleh YDH Toh Seri Bijaya LT. KOL. Dato' Shaharudin Bin Haji Nazari (B), dpmp.,PMP.,KAT.,AMP., PJM. Orang Besar Jajahan Manjung.Terdapat beberapa aktiviti menarik sepanjang program dijalankan seperti pemeriksaan mata,pemeriksaan darah, ceramah pemakanan seimbang,ceramah penjagaan kaki pesakit diabetes,senaman zumba, pameran narkotik PDRM dan acara mewarna bagi kanak-kanak.Program ini diadakan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat agar lebih menjaga kesihatan terutama dalam pengambilan makanan bergula dalam kehidupan seharian agar penyakit diabetes dapat dihindarkan.
Monday, 22 October 2018
PROGRAM GOTONG ROYONG DI SK KAMPUNG BARU (L), AYER TAWAR
20 Oktober 2018 telah berlangsungnya Program Gotong Royong di SK Kampung Baru (L), Ayer Tawar anjuran bersama Majlis Perbandaran Manjung. Turut hadir Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Manjung bagi menjayakan program ini. Semoga usaha murni ini dapat memperindahkan kawasan sekolah tersebut.
Monday, 8 October 2018
KEJOHANAN BOLA JARING SUKAN KERAJAAN TEMPATAN (SKTM 2018) MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG BERSAMA PIHAK BERKUASA TEMPATAN MALAYSIA (MALA)
17:27
No comments
5-7 Oktober 2018 telah berlangsungnya Kejohanan Bola Jaring Sukan Kerajaan Tempatan (SKTM 2018) Majlis Perbandaran Manjung Bersama Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA) yang melibatkan 24 pasukan di Dewan Tertutup Majlis Perbandaran Manjung. Terima kasih diucapkan kepada semua Ahli Jawatankuasa yang terlibat, Angkatan Pertahanan Awam Manjung, Kolej Vokasional Daerah Manjung, Persatuan Bola Jaring Negeri Perak dan yang terlibat secara langsung mahu pun tidak langsung.Tahniah kepada MBPJ (Johan),MBSA (Naib Johan), MP Bentong (Ketiga) dan MP Taiping (Keempat). Semoga melalui kejohanan ini dapat memupuk semangat kesukanan dan mengeratkan hubungan silaturrahim antara Pihak Berkuasa Tempatan
Subscribe to:
Posts (Atom)
























































