About

Monday, 23 January 2017

PROGRAM SEMARAK 2017(SEMARAK BERSAMA MASYARAKAT) & HARI TANPA KERETA


Program Semarak 2017 (Semarak Bersama Masyarakat) & Hari Tanpa Kereta telah diadakan pada 21 Januari 2017 (Sabtu) jam 7.00 pagi hingga 10.00 pagi bertempat di Jalan Pinang Raja (Berhadapan Majlis Perbandaran Manjung). Antara aktiviti yang telah diadakan ialah jualan preloved manjung dan makanan ,Senamrobik Mega, Menanam Pokok sepanjang jalan, Sepak Raga, Skateboard dan Roller Blade, serta Street Soccer. Program ini selaras dengan Pelan Tranformasi Pihak Berkuasa Tempatan " PBT di Hati Rakyat" di mana ianya dapat merapatkan lagi hubungan dan jalinan kerjasama diantara semua pihak khususnya warga perbandaran Manjung disamping menyemai semangat usahasama dan inisiatif yang boleh dijayakan bersama Majlis Perbandaran Manjung.






Wednesday, 18 January 2017

Monday, 16 January 2017

"PROGRAM KEPENGGUNAAN PEMULIHARAAN PANTAI TANGGUNGJAWAB KITA"


Program Kepenggunaan ‘Pemuliharaan Pantai Tanggungjawab Kita’ anjuran Kementerian Perdangangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Manjung dan Majlis Perbandaran Manjung diadakan pada 14 Januari 2017 (sabtu), jam 8.00 pagi di Teluk Batik. Program ini adalah berbentuk program gotong-royong pembersihan pantai yang telah disertai lebih 100 orang anggota dari KPDNKK dan MPM.


Dengan adanya program ini, ianya dapat meningkatkan lagi kebersihan pantai dan secara tidak langsung dapat memupuk semangat berpasukan diantara satu sama lain. 






Friday, 13 January 2017

PROGRAM BERBASIKAL BERSAMA KOMUNITI MENYELAMI ISU SOSIAL (BESKAL)


Program Berbasikal bersama komuniti menyelami isu sosial (BESKAL) telah diadakan pada 11 Januari 2017 (Rabu), jam 9.00 Malam bertempat di Perkarangan Surau Ar-Rahman, Fasa 2 Gabungan, Fasa 2D, Seri Manjung. Program ini diadakan Untuk menyelami isu-isu sosial di kawasan Perbandaran Manjung Khususnya di Kawasan Rukun Tetangga. Di samping, dapat mengeratkan hubungan antara masyarakat dengan pihak Majlis Perbandaran Manjung. Mencegah masalah sosial yang berlaku di Kawasan Rukun Tetangga terutama pada waktu malam. Mencegah masalah jenayah yang berlaku pada waktu malam terutama di Kawasan Rukun Tetangga serta melibatkan Penglibatan antara masyarakat, SRS, dan Warga Perbandaran Manjung .







Sunday, 8 January 2017

PROGRAM FIT MANJUNG







Program Fit Manjung adalah salah satu aktiviti kecergasan dan kesihatan di samping mengeratkan hubungan kemasyarakatan antara pihak Majlis Perbandaran Manjung bersama Komuniti Perbandaran Manjung, Jawatankuasa Penduduk, Majlis Masyarakat Sivil (MMS), Pihak NGO serta pemimpin tempatan di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Manjung. Program yang diadakan setiap hari sabtu ini bermula pada 7.30 pagi hingga 9.00 pagi bertempat di kawasan tempat letak kereta bowling padang, mini stadium Majlis Perbandaran Manjung. Marilah beramai-ramai menyertai Progam Fit Manjung ini kerana dapat mencergaskan minda dan menyihatkan tubuh badan.










Tuesday, 6 December 2016

COMMUNITY POLICING MEGA TAHUN 2016 PERINGKAT DAERAH MANJUNG




Program Community Policing Mega Tahun 2016 Peringkat Daerah Manjung telah diadakan pada 5 Disember 2016 Isnin jam 8.00 malam bertempat di Stadium Mini Majlis Perbandaran Manjung.
Program anjuran Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung ini telah disertai kira-kira 100 peserta kawad yang terdiri daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung, Majlis Perbandaran Manjug, Tentera Laut Diraja Malaysia Lumut, Pejabat Daerah dan Tanah Manjung, AMANITA dan JKKK Manjung. Program ini telah dirasmikan oleh  Yang Amat Berhormat Dato' Seri Diraja Dr. Zambry bin Abdul Kadir Menteri Besar Perak.








Monday, 5 December 2016

PROGRAM "KDP GO GREEN' DI TELUK BATIK



Program "KDP Go Green" anjuran KD Pelandok, Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung telah diadakan pada 6 Disember 2016 (Selasa) jam 7.30 pagi di Teluk Batik dan telah disertai seramai 100 orang peserta. 


Program  aktiviti gotong-royong dan pembersihan kawasan sekitar pantai Teluk Batik ini juga dapat memupuk semangat sikap tolong-menolong dan semangat cintai alam sekitar kepada para peserta. Ianya juga dapat merapatlan hubungan silaturahim antara satu sama lain.


Aktiviti gotong-royong bermula

Monday, 28 November 2016

JAWATAN KUASA PROMOSI 5S

JAWATAN KUASA PROMOSI 5S 2017 SEDANG DALAM KEMAS KINI

PERHIMPUNAN KENDERAAN KLASIK KALI KE-6 2016


Perhimpunan Kenderaan Klasik Antarabangsa Kali Ke-6 Tahun 2016 telah diadakan pada 25,26 dan 27 November 2016 di Dataran Hadhari Teluk Batik. Program ini dianjurkan oleh Persatuan Pemilik Vespa Manjung dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung dan telah dirasmikan oleh Dato' Azhar (Kelab Vespa Johor).  


Program ini merupakan acara tahunan yang diadakan sejak tahun 2011 dan peserta yang menghadiri perhimpunan ini adalah terdiri daripada pemilik-pemilik kenderaan klasik dari seluruh negara jiran seperti Thailand, Indonesia, Brunei, Vietnam dan Singapura yang mana lebih kurang seribu peserta membanjiri Dataran Hadhari, Teluk Batik.



Tujuan program ini diadakan supaya masyarakat dapat mellihat secara dekat dan memperhalusi sesebuah kenderaan klasik yang kekal walaupun telah berusia beberapa dekad dan menaikkan martabat kenderaan klasik di mata masyarakt. Ianya secara tidak langsung dapat mempromosikan Bandar Lumut dan Teluk Batik kepada pelancong luar.

Sunday, 27 November 2016

MANJUNG YOUTH 2016 INVITATIONAL TAEKWONDO CHAMPIONSHIP


Manjung Youth 2016 Invitational Taekwondo Championship telah diadakan pada 25 November hingga 27 November 2016 di dewan tertutup, Majlis Perbandaran Manjung. Program ini anjuran kelab Taekwondo (WTF) Chonkwon Manjung Perak dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Manjung dan Majlis Perbandaran Manjung. Program ini telah dirasmikan oleh Encik Mohamad Sharil bin Salihan Pegawai Tadbir Majlis Perbandaran Manjung. Seramai lebih 200 orang peserta yang mewakili kelab daripada negeri masing-masing seperti Pahang, Kedah dan Pulau Pinang.













Friday, 25 November 2016

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA PASUKAN BOLA SEPAK MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG



Pada 25 November 2016 (Khamis) bertempat di Stadium Majlis Perbandaran Manjung, pasukan bola sepak Majlis Perbandaran Manjung telah berjaya menewaskan pasukan bola sepak  ICP dengan jaringan gol 1- 0 yang telah disumbangkan oleh Mohamad Syamer sekali gus dapat melayakkan pasukan bola sepak Majlis Perbandaran Manjung ke perlawanan akhir Piala Liga Perdana Manjung.
 " Seorang Pemenang Selalu Berpikir Tentang Kerjasama, Sementara seorang Pecundang Akan Selalu Berpikir Bagaimana Untuk Menjadi Yang Berkuasa"
Semoga sikap kerjasama yang telah diterapkan dalam diri setiap pemain bola sepak pasukan Majlis Perbandaran Manjung membuahkan hasil kejayaan. Cuba sehabis baik dan selamat maju jaya.




PROGRAM “TOWN HALL MEETING” SIRI 4 JELAJAH KOMUNITI MANJUNG @ AYER TAWAR






Program Town Hall Meeting” Siri 4 Jelajah Komuniti Manjung @ Ayer Tawar telah diadakan
pada 23 November 2016 (Rabu), JAM 2.15 Petang bertempat di Arena Square, Kampung Sungai Wangi, Ayer Tawar. Panel pada program tersebut ialah Tuan Mohamad Fariz Bin Mohamad Hanip PMP., AMP., Tuan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung, Encik Pang Chok King, PMP., AMP., PJK.,Ahli Majlis, Majlis Perbandaran ManjungAsisten Komisioner Tengku Mohd  Zailan bin Tengku Ahmad Shah Ketua Polis Daerah Manjung, Encik Ismail bin Ibrahim Setiausaha Majlis Perbandaran Manjung, dan Encik V.Thangaraj wakil Jabatan Pengangkutan Jalan Cawangan Kecil Seri Manjung. Fokus utama program  Town Hall Meeting” Siri 4 Jelajah Komuniti Manjung @ Ayer Tawar kali ini adalah berkaitan aspek pengangkutan awam di kawasan Ayer Tawar. 





















Tuesday, 22 November 2016

GOTONG ROYONG MEGA BERSEPADU PERANGI AEDES PERINGKAT DAERAH MANJUNG 2016


Program Gotong Royong Mega Bersepadu Perangi Aedes Peringkat Daerah Manjung 2016 telah diadakan pada 20 November 2016 ahad bertempat di Taman Seri Lekir. Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Rashidi bin Ibrahim ADUN Pasir Panjang. Program ini anjuran Pejabat Kesihatan Daerah Manjung, RELA, dan Majlis Perbandaran Manjung. Program ini bertujuan untuk perangi AEDES, Selain itu, dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara penduduk di samping dapat memperindahkan kawasan tempat tinggal mereka.