About

Saturday, 13 August 2016

PROGRAM GERAK KERJA RAKAN TAMAN 2016


Rakan Taman merupakan satu inisiatif yang diperkenalkan oleh Jabatan Landskap Negara bagi menggalakkan masyarakat untuk aktif serta menyumbang tenaga dan buah fikiran dalam melaksanakan program-program berbentuk kemasyarakatan, rekreasi serta pengindahan kawasan lapang, taman-taman awam dan juga persekitaran taman perumahan dalam sesebuah taman perumahan.

Program Gerak Kerja Rakan Taman telah dilancarkan pada 13 Ogos 2016 (Sabtu) di kawasan lapang Fasa 2J, Seri Manjung yang dirasmikan oleh Encik Ismail bin Ibrahim, AMP Setiausaha, Majlis Perbandaran Manjung . Melalui inisiatif ini juga, ia dapat menjalinkan hubungan baik di antara pihak masyarakat, komuniti dengan Pihak Berkuasa Tempatan.


Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam program ini adalah seperti   pembersihan kawasan lapang dan persekitaran taman, pembersihan longkang, memesin rumput, aktiviti mengecat di Taman Permainan dan memperkenalkan tanaman berbentuk fertigasi dimana para penduduk taman akan di ajar cara penanaman dan penjagaan tamanan dalam sistem fertigasi dan pihak majlis berharap agar program ini dapat meningkatkan fahaman dan minat pendudk dalam pertanian bandar serta mendorong penduduk untuk menjana pendapatan sendiri melalui hasil pertanian tersebut.



Aktiviti penanaman pokok kunyit




Sunday, 7 August 2016

LAWATAN KERJA YAB DATO' SERI DIRAJA MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK, PERDANA MENTERI MALAYSIA KE DAERAH MANJUNG


YAB Dato' Seri DiRaja Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia telah mengadakan lawatan kerja ke Daerah Manjung pada 7 Ogos 2016 jam 2.00 petang. Beliau telah disambut oleh lebih 4000 orang di perkarangan Dewan Merdeka Majlis Perbandaran Manjung. Dalam waktu yang sama, Dato' Seri Diraja Dr. Zambri Bin Abdul Kadir, Menteri Besar Perak turut sama menyambut kehadiran Perdana Menteri ke daerah ini. Usai lawatan ini, Perdana Menteri telah mengumumkan memberi kelulusan untuk pembinaan dewan baru Dewan Merdeka kerana kapasiti dewan tersebut pada masa ini tidak lagi dapat menampung pertambahan jumlah pengguna.








Saturday, 6 August 2016

KARNIVAL & JELAJAH FT ROADPEDIA KEMENTERIAN KERJA RAYA 2016



Kementerian Kerja Raya telah melaksanakan satu program Karnival & Jelajah FT Roadpedia KKR 2016 pada Sabtu 6 Ogos 2016 yang bertujuan untuk memberi penerangan lebih jelas mengenai jalan-jalan persekutuan kepada masyarakat umum.

Program tersebut dihadiri dan dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Bin Abdul Kadir, Menteri Besar Perak bersama YB Dato' Sri Haji Fadhillah Haji Yusof.







Wednesday, 3 August 2016

SAMBUTAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI ORANG BESAR JAJAHAN MANJUNG




Tarikh 3 Ogos 2016 pada pukul 2.30 petang telah berlangsungnya Majlis Rumah Terbuka Sempena Aidilfitri Orang Besar Jajahan Manjung, YDH Toh Seri Bijaya Lt. Kol.(B) Dato' Shaharudin Bin Haji Nazari, D.P.M.P., P.M.P.,K.A.T., A.M.P., P.J.M.











Saturday, 30 July 2016

SAMBUTAN RAYA AIDILFITRI BERSAMA KOMUNITI DI TAMAN FASA 2J




Pada 30 Julai 2016, penduduk Taman Fasa 2J telah mengadakan majlis sambutan hari raya aidilfitri dan telah menjemput warga Majlis Perbandaran Manjung untuk bersama-sama meraikan majlis tersebut.

Pegawai Tadbir Jabatan Pembangunan Komuniti & Sosial Majlis Perbandaran Manjung, En. Mohd Sharil Bin Salihan telah merasmikan majlis tersebut dan telah beramah mesra dengan lebih 200 orang tetamu yang telah hadir.





Friday, 29 July 2016

SUASANA SEKITAR PROGRAM HARI TERBUKA PELAN TRANSFORMASI PBT DAN SAMBUTAN AIDILFITRI MPM





Pada 28 Julai 2016 pukul 2.45 petang, Majlis Perbandaran Manjung telah mengadakan Program Hari Terbuka Pelan Transformasi PBT dan Sambutan Aidilfitri 2016 di perkarangan lobi utama Majlis Perbandaran Manjung.

Dianggarkan seramai 3000 tetamu yang hadir memeriahkan majlis yang dirasmikan oleh Y.B. Dato' Rashidi Bin Ibrahim, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Pasir Panjang, Perak. Majlis tersebut turut dihadiri oleh jemputan-jemputan khas iaitu Orang Besar Jajahan Lumut, Yang Dipertua- Yang Dipertua Majlis, agensi-agensi kerajaan dan ramai lagi.

Y.B. Dato' Rashidi Bin Ibrahim telah berucap dan  melancarkan Pelan Transformasi PBT bagi Majlis Perbandaran Manjung dan pada waktu yang sama sebagai satu usaha transformasi pbt, Majlis Perbandaran Manjung turut melancarkan Radio Online MPM.






























Sunday, 3 July 2016

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2016/1437H