About

Wednesday, 18 May 2016

TOWN HALL MEETING SIRI 1 2016 MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG



Majlis Perbandaran Manjung telah mengadakan Town Hall Meeting Siri 1 2016 bersama komuniti yang bertempat di Dewan Merdeka, Majlis Perbandaran Manjung pada pukul 8.45 malam. Program yang dianjurkan ini bertujuan untuk membincangkan isu-isu berkaitan penduduk bagi perbandaran Manjung. Antara ahli panel yang hadir ialah Tuan Mohamad Fariz  Bin Mohamad Hanip, Pegawai Daerah Manjung merangkap Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung, Asisten Komisioner Tengku Mohd Zailan Bin Tengku Ahmad Shah, Ketua Polis Daerah Manjung dan Encik Omar Bin Ismail, Ketua Cawangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, (KPDNKK)Seri Manjung.

Antara isu-isu yang dibangkitkan dan dibincangkan oleh komuniti dan pihak perbandaran adalah seperti isu ekonomi, pelancongan, kesihatan, keselamatan dan lain-lain. 











Sunday, 15 May 2016

AKTIVITI ZUMBA DRAMA SANGAT TV3,TV9 BERSAMA KOMUNITI PERBANDARAN MANJUNG




Pada 14 Mei 2016 telah berlangsungnya aktiviti zumba dan senam robik selebriti-selebriti terkenal bersama Komuniti perbandaran Manjung. Program yang bermula pada pukul 8.30 pagi iti dianjurkan oleh Jelajah Drama Sangat Tv3,Tv9 bersama Majlis Perbandaran Manjung di Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Manjung.

Program ini diadakan bertujuan untuk memupuk amalan hidup sihat dikalangan komuniti di samping aktiviti beramah mesra bersama selebriti- selebriti terkenal seperti Mia Ahmad, Zahirah McWilson, Syafiq kyle, Mimi Lana dan ramai lagi.









Friday, 13 May 2016

PROGRAM KEMASYARAKATAN, PELANCONGAN DAN SUKAN MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG BULAN MEI 2016


Sebarang pertanyaan boleh hubungi Majlis Perbandaran Manjung di talian : 05-6898831

Thursday, 12 May 2016

PROGRAM JIWA MURNI TLDM DAN MPM DI PANTAI TELUK BATIK

                   PROGRAM JIWA MURNI TLDM DAN MPM DI PANTAI TELUK BATIK



Pada 12 Mei 2016, telah berlangsung Program Jiwa Murni Deport Senggara Armada TLDM  bersama Majlis Perbandaran Manjung di pantai Teluk Batik. Program ini turut disertai oleh Komander Chong Chin Aun dari Deport Senggara Armada TLDM dan juga En. Mohamad Sharil Bin Salihan, Ketua Jabatan Pembangunan Komuniti dan sosial Majlis Perbandran Manjung.

Program dimulakan dengan majlis perasmian dan ucapan aluan pada pukul 8.00 pagi dan seterusnya aktiviti gotong royong dilakukan bertujuan untuk membersihan kawasan pantai Teluk Batik. Lebih menarik, anggota-anggota Deport Senggara Armada TLDM ini mencantikkan lagi pantai Teluk Batik dengan membuat buaian menggunakan tali kapal dan kepakaran mereka. Program yang bertujuan untuk memberi kesedaran umum mengenai kepentingan menjaga alam sekitar ini tamat pada pukul 1.00 petang.








Monday, 2 May 2016

KEMPEN MINGGU HIJAU OOCL 2016 "GOING GREEN FOR SUSTAINABILITY"

KEMPEN MINGGU HIJAU OOCL 2016 "GOING GREEN FOR SUSTAINABILITY"

Pada 1 Mei 2016 yang lalu , Oriental Overseas Container Line (Malaysia) Sdn. Bhd. (OOCL) telah mengadakan Kempen Minggu Hijau OOCL 2016 bertempat di Teluk Senangin, Lumut, Perak. Kempen yang bertemakan "Going Green for Sustainability" itu bertujuan memupuk pemuliharaan alam sekitar dan menyumbang kepada pemuliharaan alam sekitar yang sihat dan mampan.

Program tersebut disertai oleh 150 orang dari agensi dan badan swasta seperti Majlis Perbandaran Manjung, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Teluk Senangin dan Swiss Garden Beach Resort Damai Laut.

Wednesday, 27 April 2016

KEJOHANAN SUKAN KHAS OKU PERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 2016


Kejohanan Sukan Khas OKU Peringkat Negeri Perak Tahun 2016 dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung telah diadakan pada 26 April 2016 bertempat di Mini Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Manjung.


Kejohanan ini diadakan bertujuan untuk pemilihan peserta OKU mewakili Negeri Perak ke Kejohanan Sukan Khas OKU Peringkat Kebangsaan pada 16 hingga 20 Mei 2016 di Kompleks Sukan MSN Kuala Lumpur.  Seramai 250 orang yang terdiri daripada Orang Kurang Upaya kategori Masalah Pembelajaran dari Pusat Pemulihan dalam komuniti (PDK) seluruh Negeri Perak bagi acara Olahraga(Balapan dan Padang), Badminton, Bocce dan Futsal.

Kejohanan Sukan Khas OKU Peringkat Negeri perak Tahun 2016 ini telah dirasmikan oleh Encik Syed Nazzarol Shah bin Syed Chear Setiausaha Kelab Sukan Majlis Perbandaran Manjung .

Thursday, 21 April 2016

PROGRAM "JOM KOMPOS"


Program siri bengkel JOM KOMPOS telah diadakan di Pusat Informasi Pelancongan (TIC), Pulau Pangkor pada 20 April 2016 yang lalu dimana program tersebut adalah usahasama di antara Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) dengan Majlis Perbandaran Manjung. 


Tuesday, 19 April 2016

PANGKOR INTERNATIONAL RUN 2016






PENANGGUHAN PROGRAM 'JOM BRO' YANG DIJADUALKAN PADA 23 DAN 24 APRIL 2016

PEMBERITAHUAN

PROGRAM 'JOM BRO' YANG DIJADUALKAN PADA 23 DAN 24 APRIL 2016 DI TANGGUHKAN PADA TARIKH YANG AKAN DIMAKLUMKAN KEMUDIAN

HARAP MAAF

TERIMA KASIH

JABATAN PEMBANGUNAN KOMUNITI DAN SOSIAL
MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG

Monday, 4 April 2016

SEMINAR PERCAMBAHAN MINDA 7 APRIL 2016 (KHAMIS)


Seluruh warga belia komuniti perbandaran Manjung dijemput menyertai Seminar Percambahan Minda anjuran Stradford College dan Majlis Perbandaran Manjung bertempat di dewan Anjung Perdana Majlis Perbandaran Manjung pada seperti butiran berikut :

Tarikh : 7 April 2016
Masa : 8.00 - 9.00 pagi pendaftaran
Lokasi ; Dewan Anjung Perdana, Majlis Perbandaran Manjung

Belia lepasa SPM amat digalakkan menyertai seminar ini.

"Memperkasa minda belia berwawasan"

Inisiatif bersama Jawatankuasa Penduduk & Masyarakat Sivil Majlis Perbandaran Manjung

Friday, 1 April 2016

PROGRAM PELANCONGAN, SUKAN DAN KEMASYARAKATAN BULAN APRIL 2016




Sunday, 13 March 2016

KEMPEN KEBERSIHAN DI PANTAI PASIR PANJANG, SEGARI BERSAMA PARA PELAJAR SEKOLAH TINGGI YIK CHING

Tarikh : 13 Mac 2016 (Ahad)
Masa : 9.30 pagi hingga 11.00 tengahari

Program Kempen Kebersihan anjuran Yik Ching High School dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung telah diadakan di Pasir Panjang, Segari . Seramai 150 orang peserta yang telah menyertai kempen kebersihan di Pantai Pasir Panjang, Segari. Pihak Majlis Perbandaran Manjung turut membantu dari segi aspek penyediaan plastik sampah dan lori sampah bagi menjayakan program tersebut. Objektif yang dapat diperolehi untuk memberi kesedaran dan mengetahui kepentingan perlindungan alam sekitar kepada para pelajar.

Program ini selaras dengan Pelan Tindakan Jawatankuasa Kecil Pelancongan Local Agenda 21 Majlis Perbandaran Manjung berkaitan pemeliharaan kawasan persekitaran produk pelancongan di kawasan Perbandaran Manjung. 

Program ini turut mendapat penglibatan daripada Encik Chua Hock Boon, Ahli Majlis MPM, Ir. Ong Kean Sing, Ahli Majlis MPM, serta Penduduk Kampung Pantai Pasir Panjang, Segari. Sewaktu program ini, taklimat berkaitan kitara semula kepada para pelajar turut diadakan oelah Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Bandar, Majlis Perbandaran Manjung.





Thursday, 10 March 2016

JIWA MURNI MARKAS KEJURUTERAAN MARKAS TLDM DI TAMAN PAYA BAKAU, LUMUT

Program Jiwa Murni Markas Kejuruteraan Markas Tentera Laut Diraja Malaysia bersama Jawatankuasa Kecil Bersih Indah Local Agenda 21 dan Jawatankuasa Kecil Pelancongan Local Agenda 21 sserta Majlis Masyarakat Sivil Majlis Perbandaran Manjung telah diadakan di Taman Paya Bakau, Lumut pada 10 Mac 2016 (Khamis) bermula jam 8.30 pagi hingga 12.00 tengahari.
           
Program Jiwa Murni berkonsepkan aktiviti gotong royong ini hasil cetusan dan inisiatif pihak Markas Kejuruteraan TLDM dan ianya selara dengan Pelan Tindakan JK Pelancongan dan Bersih Indah Local Agenda 21 MPM serta Pelan Tindakan Majlis Masyarakat Sivil MPM berkaitan pemeliharaan produk pelancongan serta melibatkan komuniti serta organisasi dalam menyumbang tenaga untuk membersihakn persekitaran kawasan pelancongan Paya Bakau. Dengan penglibatan sejumlah 70 anggota Markas Kejuruteraan TLDM dan turut disertai 12 anggota MPM serta  20 Ahli Jawatankuasa Local Agenda serta ahli MMS dan penduduk setempat.

Objektif yang dapat diperolehi daripada program ini ialah  bukan sahaja dapat membersihkan kawasan Taman Rekreasi Paya Bakau, secara tidak langsung memupuk semangat kerjasama sesama sendiri dan memelihara produk pelancongan daerah Manjung.




Saturday, 23 January 2016

PELANCARAN PROGRAM KESELAMATAN TERJAMIN, PENDUDUK BAHAGIA bersama JPP Zon 10


23 Januari 2016 (Sabtu)

8.00 pagi hingga 1.00 petang

Program Keselamatan Terjamin, Penduduk Bahagia bersama penduduk, JPP Zon 10 dan KRT Taman Melati diadakan di perkarangan Surau Nadwah Islamiah Taman Melati, Lumut. Program ini juga turut mengadakan pelancaran Program Pertanian Bandar Peringkat Daerah Manjung. Program  ini telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang, YB Dato’ Rashidi bin Ibrahim.  Aktiviti cabutan bertuah turut diadakan bagi penduduk Taman Melati. Tujuan program tersebut dapat memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa mencegah penyakit dapat menjamin keselamatan hidup.

Antara yang terlibat :        
a.     Penduduk Taman Melati
b.    Majlis perbandaran Manjung
c.     Jawatankuasa Perwakilan Penduduk
d.    Pasukan Bomba dan Penyelamat

Monday, 11 January 2016

PERASMIAN AGENSI PELANCONGAN PULAU PANGKOR (PING YANG JU TRAVEL & TOURS SDN BHD)

11 Januari 2016 (Isnin)

11.00 pagi

PERASMIAN AGENSI PELANCONGAN PULAU PANGKOR (PING YANG JU TRAVEL & TOURS SDN BHD) oleh Encik Mohamad Sharil bin Salihan, Pegawai Local Agenda 21 Majlis Perbandaran Manjung
Menggalakan pelaksanaan usaha promosi pelancongan di daerah Manjung.