PROGRAM JIWA MURNI TLDM DAN MPM DI PANTAI TELUK BATIK
Pada 12 Mei 2016, telah berlangsung Program Jiwa Murni Deport Senggara Armada TLDM bersama Majlis Perbandaran Manjung di pantai Teluk Batik. Program ini turut disertai oleh Komander Chong Chin Aun dari Deport Senggara Armada TLDM dan juga En. Mohamad Sharil Bin Salihan, Ketua Jabatan Pembangunan Komuniti dan sosial Majlis Perbandran Manjung.
Program dimulakan dengan majlis perasmian dan ucapan aluan pada pukul 8.00 pagi dan seterusnya aktiviti gotong royong dilakukan bertujuan untuk membersihan kawasan pantai Teluk Batik. Lebih menarik, anggota-anggota Deport Senggara Armada TLDM ini mencantikkan lagi pantai Teluk Batik dengan membuat buaian menggunakan tali kapal dan kepakaran mereka. Program yang bertujuan untuk memberi kesedaran umum mengenai kepentingan menjaga alam sekitar ini tamat pada pukul 1.00 petang.
0 Comments:
Post a Comment