About

Friday, 30 September 2022

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT "LOVE OUR NATURE" KOLEJ POLY-TECH MARA IPOH DENGAN KERJASAMA MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG.

1 Oktober 2022 (Sabtu) - Bertempat di persisiran pantai peranginan Teluk Senangin telah diadakan program khidmat masyarakat pembersihan sampah-sarap persisiran pantai sebagai sumbangan sosial korporat Kolej Poly-Tech MARA Ipoh untuk kawasan peranginan awam di daerah Manjung.Program adalah anjuran dari 22 orang pelajar Diploma Digital Marketing Kolej Poly-Tech MARA Ipoh dan 2 orang pensyarah yang berkolaborasi bersama Jabatan Kesihatan Persekitaran...

AKTIVITI SUKARELA "PLOGGING" PANTAI TELUK SENANGIN UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS (UTP) SUATU AMALAN MULIA

1 Oktober 2022 (Sabtu) - "Kerja-kerja yang dilakukan oleh mereka adalah suatu yang baik dan perlu dicontohi. Kerja-kerja amal ini adalah suatu yang mulia" itulah kata-kata yang keluar dari mulut salah seorang dari pengunjung pantai perkelahan Teluk Senangin merujuk kepada sekumpulan mahasiswa dan mahasiswi dari Kelab IChemE - jurusan Kejuruteraan Kimia (Chemical Engineering) Universiti Teknologi Petronas (UTP) Seri Iskandar yang berjalan sepanjang...

Friday, 23 September 2022

"KOMUNITI SEPAKAT MEMBAWA BERKAT" INISIATIF PERSATUAN PENDUDUK FASA 2C DALAM PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA

24 September 2022 (Sabtu) - Bertempat di padang Taman Fasa 2C, Seri Manjung telah diadakan Program Gotong-Royong Perdana melibatkan Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Perkhidmatan Bandar Zon 1 (Lumut/Seri Manjung/Pangkor) dan Unit Penyelenggaraan Pokok, Unit Landskap Majlis Perbandaran Manjung, Pusat Kesihatan Sitiawan, Tenaga Nasional Berhad Cawangan Seri Manjung dan Ahli-ahli Jawatankuasa Persatuan Penduduk Fasa 2C.Majlis perasmian telah disempurnakan...

Thursday, 22 September 2022

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT JIWA MURNI OLEH MARKAS PEMERINTAHAN ARMADA BARAT TLDM DENGAN KERJASAMA MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG

Tempat : Persisir Pantai Sg Dinding, Lumut (Persisir Pantai Dataran Maritim hingga Gate TLDM)Objektif: Aktiviti gotong-royong bagi memastikan kawasan persisiran pantai Lumut bersih dan cantik untuk menerima kunjungan para pelancong pada hujung minggu. Gotong-royong dijalankan oleh para anggota Tentera Laut Diraja Malaysia dengan kehadiran seramai 27 orang termasuk 2 orang pegawai dengan kerjasama kakitangan MPM daripada Jabatan Pembangunan Komuniti...

Wednesday, 21 September 2022

INISIATIF PIHAK SWASTA THE BODY SHOP MALAYSIA (PERAK) DENGAN KERJASAMA MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG DALAM PROGRAM "PLOGGING" PANTAI PERANGINAN TELUK SENANGIN

22 September 2022 (Khamis)- Pantai peranginan Teluk Senangin, Lumut terus menjadi lokasi tumpuan untuk program "plogging".Pada kali ini inisiatif dari pihak swasta The Body Shop Malaysia (Perak) yang berpengkalan di Ipoh, Taiping, dan Manjung yang telah keluar seawal jam 5.00 pagi untuk hadir ke program ini.Aktiviti tersebut telah mendapat kerjasama daripada Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Perkhidmatan Bandar Zon 3, Jabatan Pembangunan Komuniti...

Monday, 19 September 2022

"REZEKI YANG DIBERIKAN ALLAH DI KONGSI BERSAMA"..MAJLIS KESYUKURAN LUMUT PORT BULK BERSAMA MAAHAD TAHFIZ BAYT AL-IKHLAS TELUK MUROH, LUMUT

20 September 2022 (Selasa) - Bertempat di Maahad Tahfiz Bayt Al-Ikhlas, Teluk Muroh, Lumut sebentar tadi telah disempurnakan Majlis kesyukuran dan penyerahan dana hampir 10 juta bagi pembangunan maahad tahfiz tersebut."Apabila manusia meninggal dunia, maka terputuslah semua amalan kecuali 3 perkara"1. Sedekah Jariyah2. Ilmu yang bermanfaat3. Anak soleh yang mendoakannyaDiatas kapasiti dan keberkatan janji Allah tersebut pihak Lumut Port Bulk mengambil...

Friday, 16 September 2022

"DERMA DARAH, KUKUHKAN PERPADUAN" SAMBUTAN HARI PENDERMA DARAH SEDUNIA PERINGKAT HOSPITAL KLUSTER MANJUNG 2022

17.9.2022 (Sabtu), bertempat di Centre Court, AEON Mall Seri Manjung sedang diadakan Program Sambutan Hari Penderma Darah Sedunia Peringkat Hospital Kluster Manjung.Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Shamsul Ridzuan Idris, Pegawai Daerah Manjung yang turut dihadiri oleh Dr. Nordin Nasir, Ketua Hospital Kluster Manjung, Dr.Ngo Siuk Yung, Pengarah Hospital Changkat Melintang, Dr. Hajah Sabariah Mohd Noor, Ketua Perkhidmatan Perubatan Transfusi,...

PROGRAM KEMPEN KESEDARAN PENANAMAN POKOK BAKAU DENGAN KERJASAMA MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG

17 September 2022 (Sabtu), bertempat di Kampung Parit Haji Dollah, Sungai Tiram, Lekir, Sitiawan telah diadakan Program Kempen Penanaman Pokok Bakau bagi pemuliharaan kelestarian pesisiran pantai.Program anjuran Pertubuhan Sahabat Hutan Bakau Lekir (PSHBL) dibawah pimpinan Encik A.Hadi Kamil Ismail telah di sertai oleh 85 orang sukarelawan daripada Persatuan Sahabat Alam (KUASA), pelajar tahun 4,5 dan 6 Sekolah Rendah Agama Hidayah, penduduk Kampung...

Thursday, 15 September 2022

INISIATIF KOMUNITI TAMAN FASA 1D1/1D2 DAN 1D3 DALAM KEMPEN KIBARAN JALUR GEMILANG - SEMARAKKAN JIWA DAN SEMANGAT

16 September 2022 (Jumaat), bertempat di Surau An-Nur, Fasa 1D, Seri Manjung telah diadakan majlis penyampaian hadiah kemenangan kepada pemilik-pemilik premis kediaman yang telah menghiasi dan mereka bentuk premis kediaman dengan Jalur Gemilang dan bendera negeri Perak sempena Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022.Inisiatif pemilik premis kediaman telah mendapat perhatian daripada Ahli Kawasan Rukun Tertangga (KRT) Taman Fasa 1D dengan melaksanakan...

SAMBUTAN HARI PERPADUAN RAKYAT SEMPENA HARI MALAYSIA 2022 ANTARA NOSTALGIA DAN WARISAN KITA

16 September 2022 (Jumaat) - Tugas paling mendesak bagi rakyat Malaysia kini tanpa mengira perbezaan bangsa, agama dan fahaman adalah memastikan keharmonian kaum dan agama kekal utuh. Susulan itu, KRT Seri Bintang, Sitiawan telah mengadakan Program Sambutan Perpaduan Rakyat Sempena Hari Malaysia 2022 yang berlangsung di padang awam Taman Sitiawan, Sitiawan.Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Haji Mohd Som Ibrahim, Timbalan Pengerusi...