Majlis Perbadaran
Manjung mengucapkan jutaan terima kasih kepada DBE Gurney Resources Sdn.
Bhd kerana telah menyahut seruan kerajaan agar turut serta memberi
bantuan bagi meringankan beban serta memberi sokongan kepada frontliner
dalam membendung wabak covid-19 sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) ini.
Terima kasih juga diucapkan kepada pihak DBE Gurney
Resources Sdn Bhd kerana telah menyumbang sebanyak 7 tan sayur-sayuran pelbagai jenis seperti timun, sawi, kailan, salad, kobis dan
siew pokchoy segar daripada ladang di Cameron Highland kepada pasukan Fronliner dan golongan yang
memerlukan dalam tempoh PKP ini.
Pengagihan sayur-sayuran ini telah dilaksanakan oleh pihak Majlis
Perbandaran Manjung melalui Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
secara berperingkat supaya tiada terjadi perjumpaan berkelompok secara beramai-ramai dan mengekalkan
konsep social distancing.
1) MPM
2) PDRM
3) Bomba Dan Penyelamat
4) Hospital Daerah Manjung dan PKD Manjung
5) RELA
6) APM
7) TLDM
8) Pusat Tahfiz dan Pondok
9) Masjid dan Surau
10) Kawasan Rukun Tetangga , penerima projek E-kasih dan orang awam
#perangicovid-19 #sumbaganandapenghargaanbagikami #stayathome
Bahagian Kemasyarakatan