Sedang berlangsung sekarang Program BESKAL (Berbasikal Sambil
Menyelesaikan Isu Sosial) kali ke-2/2019. Kali ini, Kampung Datuk Seri
Kamaruddin (KDSK) , Seri Manjung menjadi lokasi tinjauan. Program
anjuran Majlis Perbandaran Manjung bersama MPKK Kampung Dato Seri
Kamaruddin. Program berbasikal disertai seramai 40 orang diketuai oleh
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung Tuan Syamsul Hazeman Bin Md
Salleh, Setiausaha, Tuan Mohd Helmi Bin Arifin, Ahli-Ahli Majlis
Perbandaran Manjung Zon Seri Manjung Tuan Haji Abdull Hamid Bin Abdul Majid, Tuan Haji Badrul Bin Bulat dan Tuan Syed Najib Bin Syed Aziz
dan Ketua-Ketua Jabatan Kejuruteraan dan Penyelenggaraan, Penguatkuasaan, Pembangunan Komuniti dan Sosial, serta kakitangan Jabatan yang lain serta Ahli Jawatankuasa MPKK. Program turun padang pada waktu malam bagi melihat masalah yang mengaburi mata komuniti awam pada waktu siang hari seperti lampu jalan tidak berfungsi, aktiviti-aktiviti tidak sihat yang tidak menonjol di siang hari. Semoga usaha murni ketua jabatan dan Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Manjung yang bekerja tanpa mengira masa dapat memberi impak yang baik untuk menjadikan Manjung Bandar Selamat untuk diduduki dan mesra rakyat.
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung