About

Wednesday, 28 February 2018

SUMBANGAN KERUSI BATU DI KAWASAN ZON 14 AYER TAWAR, PERAK




28 Februari 2018 telah diadakan penyerahan Kerusi Batu untuk kemudahan komuniti. Inisiatif kepada penduduk setempat oleh Encik Morgan A/L Kasinandan Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Manjung merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penduduk (JKP) Zon 14 bertempat di Taman Nesa, Sitiawan dan Taman Sungai Wang, Ayer Tawar.



Sunday, 25 February 2018

GOTONG ROYONG PERDANA ANTI DENGGI KAWASAN RUKUN TETANGGA (KRT) TAMAN SUNGAI WANG AYER TAWAR



Gotong Royong Perdana Anti Denggi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Sungai Wang, Ayer Tawar diadakan pada 25 Februari di Taman Sungai Wang bertujuan untuk menggalakkan masyarakat bersama-sama memupuk budaya cintai alam sekitar seterusnya menjadikan perak yang bersih. Selain itu, dapat memberi kesedaran kepada masyarakat akan pentingnya mencintai alam sekitar dalam kehidupan seharian. Program tersebut dilihat sebagai salah satu usaha untuk mengurangkan sampah yang boleh mencemarkan pandangan dan persekitaran serta boleh mengelakkan pembiakan nyamuk aedes.






PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA PEMBERSIHAN KAWASAN MENCEGAH DENGGI DAN PROJEK PENANAMAN KELAPA PANDAN



25 Februari 2018 telah diadakan Program Gotong Royong Perdana Pembersihan Kawasan Mencegah Denggi  dan Projek Penanaman Kelapa Pandan di Sekolah Kebangsaan Sungai Ramai, Ayer Tawar. Dengan adanya program sebegini, sekolah yang ceria dan indah dapat dilihat daripada keadaan fizikal luar dan dalam. Fizikal luar yang bersih, indah dan ceria dapat mencerminkan identiti warganya yang mampu mencapai kegemilangan dalam pelbagai aspek terutamanya dalam bidang akademik seterusnya kokurikulum dan sahsiah.






PROGRAM CERAMAH PERDANA , MEMBUDAYAKAN ISLAM DALAM KEHIDUPAN


25 Februari 2018 telah diadakan Program Ceramah Perdana, Membudayakan Islam Dalam Kehidupan di Gelanggang Futsal Tertutup Taman Fasa 3C.Program ini anjuran bersama TNB Janamanjung, KRT Taman Fasa 3C, dan Majlis Perbandaran Manjung. Ceramah ini telah disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Wan Hizam. Pada penghujung majlis, Datuk Shamsul, Pengarah Urusan TNBJ telah menyampaikan cenderamata kepada Ustaz Wan Hizam.Dengan adanya program ceramah agama sebegini, ianya dapat menambah ilmu pengetahuan dan pemahaman terutama kepada warga komuniti dan penduduk di Perbandaran Mannjung seterusnya dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan masyarakat dan jiran tetangga.







PROGRAM PERASMIAN BAKTISISWA KE PULAU PANGKOR 2018


24 Februari 2018 (Sabtu) telah diadakan Program Perasmian Baktisiswa anjuran bersama Kolej Vokasional Lebuh Cator dengan Majlis Perbadaran Manjung telah diadakan di Surau Kampung Teluk Kecil, Pulau Pangkor. Program ini telah dirasmikan oleh Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Manjung Tuan Haji Jahari bin Mat Jahid. Program ini diadakan bagi memastikan golongan belia lebih bersifat keterbukaan mengenai sejarah Pulau Pangkor.





Thursday, 22 February 2018

PERJUMPAAN AWAM PERBANDARAN TOWN HALL MEETING MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG


PROGRAM TOWN HALL MEETING TELAH DIADAKAN PADA 22 FEBRUARI 2018(KHAMIS) BERTEMPAT DI DEWAN KOMUNITI SAMUDERA, SERI MANJUNG.PROGRAM INI BERTUJUAN UNTUK MEWUJUDKAN PERSEFAHAMAN DAN SEMANGAT KERJASAMA DI ANTARA SEMUA PIHAK KE ARAH PERBANDARAN YANG MAKMUR DAN SEJAHTERA.PROGRAM INI TELAH DIRASMIKAN OLEH DATO' MOHAMAD FARIZ BIN MOHAMAD HANIP PEGAWAI DAERAH MERANGKAP YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG. PENDUDUK DIBERI PELUANG UNTUK BERTANYAKAN BERKENAAN KEMUDAHAN AWAM, PERANCANGAN PERBANDARAN SERTA SEBAGAI RUANG MEMBERI IDEA DAN CADANGAN KEPADA MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG.





PROGRAM MIMBAR MADANI (BACAAN YASSIN)


Program Mimbar Madani telah diadakan pada 22 Februari 2018 (Khamis) bertempat di Surau Al-Ittihad Taman Kiara Lekir. Program ini berkonsepkan wadah keprihatinan dan kebertanggungjawaban pihak Pengurusan Majlis disamping mengeratkan hubungan dan semangat silaturrahim di antara pelbagai masyarakat dan pihak berkepentingan dengan majlis Perbandaran Manjung. Selain itu, ianya sebagai platform pemberian dan penerimaan ilmu secara dua hala kepada warga Perbandaran Manjung serta melahirkan rasa syukur dengan nikmat kehidupan berkeluarga dan kasih sayang antara komuniti setempat yang Allah berikan serta memberi manfaat untuk warga komuniti Manjung.








Monday, 19 February 2018

KARNIVAL BELIA NEGARAKU DAN PUSAKA ULTIMATE FIGHT 8



   Karnival Belia Negaraku Dan Pusaka Ultimate Fight 8 yang diadakan bertempat di Dataran Hadhari Teluk Batik disambut meriah dengan penyertaan ramai pesilat-pesilat handalan yang berentap bagi mengungguli gelaran Juara. Kejohanan ini turut di serikan dengan penganjuran Karnival Belia Negaraku sepanjang tempoh Kejohanan dari 15 Februari hingga 18 Februari 2018.

    Acara ini dianjurkan bersama oleh PSSPGM Daerah Manjung,Gabungan Belia Ukhwah Manjung dan Gabungan Ekonomi Remaja Negeri Perak,dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perak.

    Acara ini dianjurkan bertujuan bagi mendedahkan remaja kepada pelbagai peluang-peluang  yang telah disediakan oleh kerajaan dan agensi-agensi bagi membantu mereka untuk terus maju dan membina platform dari minat, aktiviti dan sukan yang mereka ceburi kepada peluang kerjaya dan juga perniagaan. Yang mana ianya juga sebagai satu usaha kita untuk mendekatkan lagi golongan Belia dengan Kerajaan.







Sunday, 11 February 2018

PROGRAM HIMPUNAN NGO NEGARAKU SEHATI SEJIWA DAN PELANCARAN KELAB VETERAN MAYC DAERAH MANJUNG


10 Februari 2018 (Sabtu) bertempat di Dewan SMK Raja Shariman Beruas Perak satu Program Himpunan NGO Negaraku Sehati Sejiwa dan Pelancaran Kelab Veteran MAYC Daerah Manjung ini diadakan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara pemimpin dan warga komuniti setempat serta boleh beramah mesra dengan lebih dekat antara pemimpin dan masyarakat turut diadakan perasmian Kelab Veteran MAYC Daerah Manjung.