About

Wednesday, 21 June 2017

PROJEK ERAT SENYUMAN RAMADHAN DAN KERIANGAN SYAWAL




Projek ERAT Ekspedisi Rakyat Terbela Senyuman Ramadhan dan Keringan Syawal diteruskan lagi pada 21/6/2017 (Rabu) hingga 23/6/2017 (Jumaat). Terima kasih diucapkan kepada para penyumbang. Semoga sumbangan yang telah dihulurkan dapat meringankan beban serta memberi sinar pada lebaran yang akan bakal tiba tidak lama lagi.





MAJLIS IFTAR RAMADHAN SAMUDERA BERSAMA MAJLIS PERBANDARAN MAJLIS


Majlis Iftar Ramadhan Samudera anjuran Kawasan Rukun Tetangga Taman Samudera bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Manjung, Majlis Perbandaran Manjung dan juga Jabatan Perpaduan di Gelanggang Serbaneka Sukan Taman Samudera (Arena Samudera).
Istimewanya, program Bilal Muda turut diadakan. Program ini mampu menyuntik semangat anak muda untuk menjadi muazin dan berkhidmat di surau surau dan masjid masjid.
Selain itu, persembahan nasyid turut di dendangkan oleh para guru Pusat Pengajian Balqis Manjung.
Encik Mohamad Helmi bin Arifin, Setiausaha Majlis Perbandaran Manjung turut menyampaikan sumbangan Projek ERAT kepada 5 orang warga Samudera yang memerlukan. Turut bersama Pegawai Perpaduan Daerah Manjung dan juga wakil dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Manjung.
Program ini juga turut dijayakan bersama melalui Jawatankuasa Penduduk Zon 6 Ahli Majlis Khairul Azuan yang bersama memeriahkan program yang dianjurkan.
Bahagian Kemasyarakatan, Jabatan Pembangunan Komuniti & Sosial
Majlis Perbandaran Manjung




Monday, 19 June 2017

Tarikan di Lumut





Beroperasi setiap hari bermula jam 5.00 petang di Lumut Waterfront Marina Wing. Antara aktiviti menarik ialah seperti sewaan permainan basikal, motorsikal elektrik, basikal tiga penunggang, kereta kawalan dan belon buih sabun.




Friday, 16 June 2017

Ramah Mesra Pengusaha-Pengusaha Hotel & Resort Pulau Pangkor bersama YB Dato’ Nolee Ashilin bin Dato’ Mohammed Radzi Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia Negeri Perak


Sesi ramah mesra pengusaha-pengusaha Hotel & Resort Pulau Pangkor bersama YB Dato’ Nolee Ashilin bin Dato’ Mohammed Radzi  Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia Negeri Perak bersama Majlis Perbandaran Manjung telah diadakan pada 15 Jun 2017 (Khamis), 8.30 malam di Puteri Bayu Beach Resort, Pulau Pangkor.


Thursday, 15 June 2017

PROJEK ERAT SUMBANGAN KERUSI RODA

Image may contain: 3 people, people standing and outdoor

Senyuman Ramadhan keriangan Syawal jelas terpancar di wajah Abang Zaa ataupun nama sebenarnya Zawawi Aziz apabila menerima sumbangan kerusi roda inisiatif Projek Erat Majlis Perbandaran Manjung di rumah beliau, Kampung Teluk Kecil Pulau Pangkor.
Ahli Majlis Hj. Jahari Bin Mat Jahid bersama sama dengan Dato' Beh Chow Ning dan Encik Chin Boon Hock menyampaikan sumbangan tersebut sambil beramah mesra bersama Abang Zaa.


Beliau meyifatkan sumbangan ini amat bermakna dalam menyambut Syawal yang bakal menjelma. Terima kasih kepada semua yang menyumbang untuk projek Erat Majlis Perbandaran Manjung.

Image may contain: 8 people, people smiling, people standing

Image may contain: 3 people, people standing and outdoor

SENYUMAN RAMADAN KERIANGAN SYAWAL DI PULAU PANGKOR



Image may contain: 6 people, people smiling, people standing

15 Jun 2017-Senyuman Ramadan Keriangan Syawal diteruskan di Pulau Pangkor.
Berteraskan kepada konsep ramah mesra Ahli Majlis bersama komuniti, inisiatif sumbangan Projek Erat kepada golongan yang memerlukan di kg teluk kecil pulau pangkor.
Ahli Majlis Hj Jahari bin Mat Jahid bersama sama dengan Dato' Beh Chow Ning dan Encik Chin Boon Hock menyampaikan sumbangan berupa barangan keperluan harian kepada yang memerlukan sempena Syawal yang bakal menjelma.
Moga senyuman Ramadhan menzahirkan keriangan Syawal.

Image may contain: 5 people, people standing and wedding

Image may contain: 3 people, people smiling, people standing and indoor


Wednesday, 14 June 2017

PROJEK ERAT EKSPEDISI RAKYAT TERBELA


14 Jun 2017- Projek ERAT Ekspedisi Rakyat Terbela program yang menjurus kepada membantu warga miskin bandar yang memerlukan pakaian serta keperluan makanan harian bagi menyambut syawal yang bakal tiba. Program anjuran Majlis Perbandaran Manjung ini, mendapat sambutan baik daripada penyumbang yang terdiri daripada warga Perbandaran Manjung ini sendiri. Semoga para penyumbang mendapat pahala yang berkat pada bulan yang mulia ini dan semoga sumbangan tersebut dapat meringankan beban para penerima sumbangan.





PROGRAM SENYUMAN RAMADAN DAN KERIANGAN SYAWAL


14 Jun 2017- Program Senyuman Ramadan dan Keriangan Syawal diadakan di Tapak Bazar Ramadan Stadium, Majlis Perbandaran Manjung yang berkonsepkan sumbangan bubur lambuk kepada pengunjung bazar oleh Ahli Majlis, perkongsian poster dan maklumat berkaitan Projek ERAT, jualan stiker tempat letak kereta, promosi radio MPM dan ramah mesra Ahli Majlis.



BERBUKA PUASA @ KOMUNITI FASA 2 GABUNGAN SURAU AR-RAHMAN


14  Jun 2017, Jawatankuasa Perumahan Fasa 2 Gabungan mengambil pendekata mengadakan Majlis Berbuka Puasa di Surau Ar-Rahman tersebut. Pihak Majlis Perbandaran Manjung melalui pendekatan Jawatankuasa Penduduk (JKP) diwakili Ahli Majlis En Mohd Shahril Bin Yahaya turut bersama menyertai majlis berbuka bersama komuniti setempat. Usaha ini telah berjaya merapatkan hubungan sesama penduduk dengan lebih erat disamping dapat bersuai kenal dan berinteraksi dengan Ahli Majlis dan pegawai MPM yang hadir. Selain itu, penduduk juga berpeluang bertanya khabar antara satu sama lain, malah ini adalah salah satu cara untuk penduduk bersedekah kepada golongan yang tidak berkemampuan dengan membawa  juadah dan bahan makanan dari rumah untuk dimasak bersama.Sambutan yang diberikan amat menggalakkan dengan kehadiran seramai 150 orang penduduk setempat.










Sunday, 11 June 2017

PROGRAM AHLI MAJLIS SEBAGAI AREA OFFICER : PROGRAM INTERAKSI BERSAMA PEMIMPIN


Program Interaksi Bersama Pemimpin
Pulau Pangkor
11 Jun 2017
Sungai Pinang Besar

Seramai 85 penduduk tempatan khususnya kaum cina bersama hadir di Program Interaksi Bersama Pemimpin. 

Program ini merupakan satu inisiatif pelaksanaan melalui Jawatakuasa Penduduk dimana Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Manjung bertindak sebagai pengerusi penyelaras. 

Program ini diserta Ahli Majlis, YBhg Dato Beh Chew Ning yang merupakan Ahli Majlis bagi zon berkenaan dan bertindak melalui gerak kerja JKP MPM.






Melalui sesi ini, penduduk berpeluang mengemukakan aduan dan cadangan terua kepada Ahli Majlis.

PROGRAM BERBUKA PUASA BERSAMA PENDUDUK FASA 2J SERI MANJUNG


11  Jun 2017, Jawatankuasa Perumahan Fasa 2J mengambil pendekatan bergotong royong dan sumbangan ikhlas mengadakan Majlis Berbuka Puasa di kawasan tanah lapang perumahan tersebut. Pihak Majlis Perbandaran Manjung melalui pendekatan Jawatankuasa Penduduk (JKP) diwakili Ahli Majlis En Mohd Shahril Bin Yahaya turut bersama menyertai majlis berbuka bersama komuniti setempat.

Usaha ini telah berjaya merapatkan hubungan sesama penduduk dengan lebih erat disamping dapat bersuai kenal dan berinteraksi dengan Ahli Majlis dan pegawai MPM yang hadir. 

Selain itu, penduduk juga berpeluang bertanya khabar antara satu sama lain, malah ini adalah salah satu cara untuk penduduk bersedekah kepada golongan yang tidak berkemampuan dengan membawa  juadah dan bahan makanan dari rumah untuk dimasak bersama.

Sambutan yang diberikan amat menggalakkan dengan kehadiran seramai 150 orang penduduk setempat.












Saturday, 10 June 2017


Program Berbuka Puasa Bersama Perak Buskers Komuniti di Seri Manjung. Pihak MPM diwakili oleh Pegawai Komuniti, En Mohamad Sharil. Turut bersama Pengurus Besar People Remarkable of Talent (PORT).

Pihak MPM bersama PORT dan kumpulan buskers daerah Manjung telah melancarkan LAMAN SENI di Dataran Lumut pada tahun lepas sebagai sudut aktiviti busking dan anak seni berkarya...Aktiviti busking di Laman Seni Lumut ini setiap Jumaat dan Sabtu...

Tahniah Perak Buskers Komuniti. Bersama menyampaikan mesej PERAK YANG BERSIH...




#VISITPERAKYEAR2017
#manjungkumakmurbandarpelancongandanmaritim