About

Sunday, 10 September 2017

PROGRAM SIMULASI HAJI KECIL 2017


Haji terdiri dari beberapa adat istiadat, yang dimaksudkan untuk melambangkan konsep-konsep penting dari rukun Islam, dan untuk memperingati tentang pengadilan terhadap Nabi Ibrahim dan keluarganya.Setiap Muslim dewasa yang sihat dan berkemampuan dari segi kewangan bolehlah melakukan perjalanan dan ibadah haji setidaknya sekali dalam seumur hidup. Oleh itu, pihak Permuafakatan Tadika Swasta Manjung telah mengambil inisiatif mengadakan program simulasi haji kecil 2017 pada 9 September 2017 bertempat di perkarangan Masjid Sultan Alang Iskandar Shah, Kg Dato' Seri Kamarudin, Seri Manjung. Program ini bertujuan mendidik kaum muda muslim tentang pentingnya haji dan menghilangkan rasa takut atau kegelisahan saat mereka melakukan ritual sebenarnya di sekitar ka'bah yang sebenar.  







Friday, 8 September 2017

PROGRAM PANGKOR HERITAGE FAMILIARISATION TRIP



              Program Pangkor Heritage Familiarisation Trip telah berlangsung pada 23 Ogos 2017 hingga 25 Ogos 2017. Program ini adalah inisiatif Koperasi Pemandu Teksi Pangkor dan Koridor Utara Malaysia (NCIA) , Tourism Malaysia dan Empire Putra dan juga Majlis Perbandaran Manjung.
         Familiarisation Trip ini bertujuan untuk memperkenalkan produk pelancongan berasaskan komuniti yang ditawarkan oleh Koperasi Pemandu Teksi Pangkor kepada agensi pelancongan dan pengusaha pelancongan yang berpotensi untuk tujuan pembangunan pakej pelancongan yang sesuai disamping mempromosikan Pangkor ke peringkat lebih jauh.
         Program ini turut dihadiri oleh Encik Mohamad Sharil bin Salihan , Pegawai Tadbir dan Pembangunan Komuniti MPM pada malam 24 Ogos 2017 di Kota Belanda bersama memberikan taklimat produk pelancongan Pangkor kepada semua penggiat industri pelancongan yang hadir.





















Tuesday, 5 September 2017

PROGRAM IBADAH KORBAN AIDIL ADHA


Program Ibadah korban Aidil Adha telah diadakan pada 4 September 2017 / 13 Zulhijjah 1438H di Perkarangan Stor MPM Zon 1 Seri Manjung ( Unit Bengkel ) . Program ini merupakan majlis mesra di antara pihak pengurusan Majlis, Ahli-ahli Majlis dan kakitangan Majlis serta masyarakat setempat. Dengan kata lain, berfungsi untuk merapatkan hubungan dan meningkatkan jalinan kerjasama berpasukan di dalam organisasi Majlis masyarakat Perbandaran Manjung.





Tuesday, 29 August 2017

PERASMIAN BANNER MERDEKA TERPANJANG DI DAERAH MANJUNG


Perasmian telah diadakan pada 28 Ogos 2017 di Simpang 4 Pagar LKIM. Program ini telah dirasmikan oleh ADUN Kawasan Pasir Panjang. Program ini diadakan sebagai tanda rasa cinta dan sayangkan Perbandaran Manjung dan Malaysia sejajar dengan tema kemerdekaan pada tahun ini iaitu keranamu sehati sejiwa. 




Tuesday, 22 August 2017

PROGRAM KONVOI BERBASIKAL SEMPENA SAMBUTAN PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN KE-60 PERINGKAT SEKOLAH 2017



Program Konvoi Berbasikal Sempena Sambutan Pelancaran Bulan Kemerdekaan ke 60 telah diadakan pada 23 Ogos 2017 di Sekolah Kebangsaan Sitiawan. Program ini berteraskan sokongan masyarakat terhadap usaha generasi muda kearah menzahirkan semangat Patriotik dan sayang kepada Negara di atas pengorbanan pejuang-pejuang kemerdekaan terdahulu bagi mempertahankan tanah air. Konvoi ini melibatkan murid dan guru Sekolah Kebangsaan Sitiawan yang melibatkan kawasan Perkarangan Surau dan Kampung Lumut Kiri. 





Monday, 21 August 2017

CERAMAH SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN : MENYINGKAP SEJARAH KEMERDEKAAN NEGARA


Ceramah Sempena Bulan Kemerdekaan : Menyingkap Sejarah Kemerdekaan Negara diadakan pada 19 Ogos 2017 (Sabtu) di Surau Taman Fasa 1D, Seri Manjung. Program Mimbar Madani adalah wadah keprihatinan dan kebertanggungjawaban pihak  Pengurusan Majlis di samping mengeratkan hubungan dan semangat silaturrahim di antara pelbagai masyarakat dan pihak berkepentingan dengan majlis Perbandaran Manjung. Selain itu, ianya sebagai platform pemberian dan penerimaan ilmu secara dua hala kepada warga Perbandaran Manjung serta melahirkan rasa syukur dengan nikmat kemerdekaan yang Allah berikan serta memberi manfaat untuk warga komuniti  Manjung.



PROGRAM JOM SINGGAH @ RAUDHAH: NASIONAL FM


Program Jom Singgah @ Raudhah : Nasional FM telah diadakan pada 19 Ogos 2017 (Sabtu) di Arena Harmoni, Kampung Bakar Bata, Ayer Tawar, Perak. Program ini anjuran Pejabat tanah dan Daerah Manjung, Nasional FM, RTM, Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta Majlis Perbandaran Manjung bagi menghimpunkan komuniti setempat khususnya penduduk di Kg. Bakar Bata, Ayer Tawar, Perak untuk bersama-sama beriadah dan melakukan aktiviti-aktiviti bermasyarakat.




PROGRAM SEMARAK NEGARAKU MALAYSIA SEMPENA HARI KEBANGSAAN YANG KE-60


Program ini telah diadakan pada 19 Ogos 2017 di Arena Samudera. Program ini  adalah bersempena dengan Hari Kebangsaan yang ke-60. Program ini adalah bertujuan untuk menyemai semangat kemerdekaan dan patriotisme dalam diri murid-murid Tadika tersebut agar terus mempertahankan kemerdekaan negara.



Wednesday, 16 August 2017

SESI TOWN HALL YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG BERSAMA PENDUDUK KAMPUNG BARU JERING, KAMPUNG BARU RAJA HITAM DAN KAMPUNG BARU MERBAU


Program ini telah diadakan pada 16 Ogos 2017 Rabu bertempat di Dewan Serbaguna Kampung Jering, Ayer Tawar. Program ini bertujuan bagi menyelami dan menyelesaikan masalah yang terdapat di kawasan tersebut. Antara kawasan yang terlibat adalah Kampung Jering, Kampung Raja Hitam, Kampung Merbau, dan kampung Baru Ayer Tawar





Tuesday, 15 August 2017

PERTANDINGAN WAU KAPAL TEGAK TERBUKA PERAK