About

Tuesday, 24 November 2020

LAWATAN TURUN PADANG MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG BERSAMA AHLI MAJLIS ZON 14, SITIAWAN DAN AHLI MAJLIS ZON 15, LEKIR

 

LAWATAN TURUN PADANG MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG BERSAMA AHLI MAJLIS ZON 14, SITIAWAN DAN AHLI MAJLIS ZON 15, LEKIR
 
Selesai sahaja program turun padang Majlis Perbandaran Manjung bersama Ahli Majlis Zon 17 di Ayer Tawar.
 
Encik Mohd Helmi Arifin, Setiausaha Perbandaran Majlis Perbandaran Manjung menyambung kembali program tersebut di lokasi Encik Ding Siew Chee, Ahli Majlis Zon 14 (Sitiawan-Kampung Koh-Kampung Cina) dan di lokasi Puan Hajah Habibah Rasdi, Ahli Majlis Zon 15 (Lekir) dengan tujuan yang sama iaitu bagi meninjau permasalahan banjir kilat yang dihadapi oleh komuniti setempat di taman perumahan perbandaran yang akan terjejas apabila berlakunya hujan lebat.
 
YB Tuan Haji Yahaya bin Mat Nor, ADUN Pasir Panjang turut menyertai program turun padang pada pagi ini bersama-sama Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Perkhidmatan Perbandaran, Jabatan Kejuruteraan dan Penyelenggaraan Majlis Perbandaran Manjung dan syarikat konsesi Puncak Emas Infra Sdn Bhd.
 
Objektif program pada pagi ini adalah bagi mencari jalan penyelesaian setelah mengenal pasti punca-punca yang telah menyebabkan berlakunya banjir kilat apabila hujan lebat serta mengatasi isu dan permasalahan di peringkat perlaksanaan yang memerlukan keputusan pengurusan bersama agensi kerajaan yang lain.
 
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung
 





 
 
 

LAWATAN TURUN PADANG MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG BERSAMA AHLI MAJLIS ZON 17, AYER TAWAR

 

LAWATAN TURUN PADANG MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG BERSAMA AHLI MAJLIS ZON 17, AYER TAWAR.
 
Pagi ini bertempat di Taman Medan Seri Sentosa, Taman Ayer Tawar II, Ayer Tawar sedang berlangsung Program Turun Padang Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung yang bertujuan bagi meninjau permasalahan banjir kilat yang dihadapi oleh komuniti setempat di taman perumahan perbandaran susulan musim hujan yang kini telah bermula.
 
Tuan Syamsul Hazeman Md Salleh, Yang Dipertua Majlis Perbandaran turut sama turun padang menyertai program pagi ini bersama YB Puan Wong May Ing, ADUN Pantai Remis, juga turut disertai oleh Encik Mohd Helmi Arifin, Setiausaha Perbandaran, Encik Mohamad Zaini Hasbullah, Ahli Majlis Zon 17 (Ayer Tawar), Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Perkhidmatan Perbandaran, Jabatan Kejuruteraan dan Penyelenggaraan Majlis Perbandaran Manjung dan syarikat konsesi Puncak Emas Infra Sdn Bhd.





 
Objektif program pada pagi ini adalah bagi mencari jalan penyelesaian setelah mengenal pasti punca-punca yang telah menyebabkan berlakunya banjir kilat apabila hujan lebat serta mengatasi isu dan permasalahan di peringkat perlaksanaan yang memerlukan keputusan pengurusan bersama agensi kerajaan yang lain.
 
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung

Friday, 20 November 2020

PROGRAM MESYUARAT PENUBUHAN JAWATANKUASA PENDUDUK ZON 13 AHLI MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG

 

Pagi ini bertempat di Dewan Perumahan Awam Sitiawan, Sitiawan sedang berlangsung Program Mesyuarat Penubuhan Jawatankuasa Penduduk Zon 13 (Sitiawan/Taman Pegawai hingga ke Taman Limau).
Encik Irwan Fahmi bin Ideris, sebagai Ahli Majlis Perbandaran Manjung Zon 13 (Sitiawan) secara automatik menjadi Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Zon. 
 
Pengerusi JKP seumpama ADUN yang mempunyai DUN di bawahnya yang perlu dipertanggungjawabkan.
 
Program taklimat tentang peranan JKP dan perasmian mesyuarat telah disempurnakan oleh Encik Muhamad Shukri bin Ismail, Penolong Pegawai Tadbir Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial Majlis Perbandaran Manjung.
 
Jawatankuasa Penduduk Zon Ahli Majlis Perbandaran Manjung berperanan melaksanakan skop yang berikut :
1) Perbandaran Bersih meliputi aktiviti kitar semula, program 3R, gotong royong bersih indah, baja kompos dan pengasingan sampah.
2) Perbandaran Indah (Dibawah program Rakan Taman) - landskap kawasan lapang, kebun komuniti dan lain-lainnya.
3) Perbandaran Penyayang - kesihatan rakyat, pendidikan pengguna dan masyarakat penyayang.
4) Perbandaran Pro Aktif - prasarana dan kemudahan awam.
5) Perbandaran Prihatin dibawah kemiskinan bandar.
6) Perbandaran Selamat
 
Semoga hubungan dua hala di antara Jawatankuasa Penduduk Zon dan Majlis Perbandaran Manjung menjadi platform kerjasama yang dapat mewujudkan kawasan perbandaran yang maju, progresif dan makmur.





 
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung

Thursday, 19 November 2020

PROGRAM MESYUARAT JAWATANKUASA PENDUDUK ZON 18 AHLI MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG

 

Petang ini bertempat di Dewan Masjid Al-Falah, Ayer Tawar sedang berlangsung Program Mesyuarat Jawatankuasa Penduduk Zon 18 (Ayer Tawar) Ahli Majlis Perbandaran Manjung.

Kali ini giliran Encik Ahmad Azmi bin Ismail, Ahli Majlis Perbandaran Manjung @ area officer Zon 18 (Taman Biru hingga ke SJKT Sagomana) yang akan menubuhkan jawatankuasa penduduk bagi mewujudkan hubungan dua hala bersama Majlis Perbandaran Manjung.
 
Program taklimat fungsi JKP dan perasmian telah disempurnakan oleh Encik Issamudin bin Ibrahim, Ketua Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial Majlis Perbandaran Manjung.
Mekanisma pelaksanaan Jawatankuasa Penduduk Majlis Perbandaran Manjung adalah sebagai tempat rujukan komuniti berkenaan isu perkhidmatan dan perbandaran Majlis Perbandaran Manjung disamping menyampaikan maklumat berkenaan Majlis dan isu komuniti. 
 
JKP juga bertindak sebagai pelopor "community enggangement" di kawasan Zon 18 (Ayer Tawar) iaitu sebagai penggerak dan penyelaras aktiviti sosial dan kemasyarakatan serta pada masa yang sama membantu isu perbandaran agar mencapai titik persamaan bagi menyelesaikan isu-isu yang menyelubungi kemelut komuniti di kawasan perbandaran.
 
Semoga hubungan murni di antara Majlis Perbandaran Manjung bersama komuniti akan terus membuahkan cadangan bernas yang dapat membantu komuniti setempat di dalam aktiviti sosial dan ekonomi populasi penduduk.
 
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung





 

PROGRAM TURUN PADANG MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG DI TAMAN MURNI JAYA, SITIAWAN

 

Pagi ini sedang berlangsung Program Turun Padang Majlis Perbandaran Manjung bersama Jawatankuasa Penduduk Taman Murni Jaya, Sitiawan.

Program yang berlegar berkenaan isu berbangkit seperti jarak di antara longkang dengan kebun pokok kelapa sawit berhampiran, cover slip konkrit yang pecah akibat pengambilan buah kelapa sawit dan tanah mendap di kawasan padang permainan kanak-kanak serta scupper pipe jalan yang tidak dibersihkan menyebabkan air tidak dapat mengalir dengan lancar.
 
Program telah disertai oleh Encik Hamdan bin Mohamed Ahli Majlis Zon 10, Encik Jeyaraman A/L Sankaran, Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Murni Jaya, Encik Mohd Helmy bin Abd Hadi, Ketua Jabatan Perancang Bandar, Encik Issamudin bin Ibrahim, Ketua Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial, Cik Nadiah binti Mohd Saruan, Pegawai Khas Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung, Penolong Jurutera, Jabatan Kejuruteraan dan Penyelenggaraan dan pihak pemaju Destar Development Sdn Bhd.
 
Objektif program adalah bagi mencari titik persamaan antara komuniti perumahan setempat dan pemaju bagi menyelesaikan isu yang berbangkit dari ketidakpuasaan hati penduduk taman perumahan yang telah siap dan diduduki sejak tahun 2018.
 
Semoga program yang telah diadakan ini memberi jalan penyelesaian bagi kesejahteraan hidup komuniti setempat.
 
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung.





 

Tuesday, 17 November 2020

SUMBANGAN PROJEK ERAT MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG KEPADA WARGA MISKIN BANDAR

Sepanjang tahun 2020, pihak Majlis Perbandaran Manjung telah melaksanakan secara berterusan Projek Ekspedisi Rakyat Terbela (ERAT) di bawah Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) dengan menyampaikan bantuan keperluan makanan kepada semua masyarakat yang telah disenaraikan dan berdaftar di bawah e-Kasih termasuk masyarakat yang terkesan dengan penularan Pandemik Covid-19. 

 Pihak Majlis telah melaksanakan penyampaian secara berperingkat mengikut kawasan di seluruh daerah Manjung iaitu kawasan Mukim Lumut, Pulau Pangkor, Sitiawan, Seri Manjung, Ayer Tawar, Pantai Remis dan Beruas. 
 
Pihak Majlis berharap sumbangan ini dapat meringankan beban masyarakat dalam meneruskan kelangsungan hidup terutama menghadapi cabaran kini yang berdepan dengan penularan Pandemik Covid-19.
 
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung





Saturday, 14 November 2020

PROGRAM MESYUARAT PENUBUHAN JAWATANKUASA PENDUDUK ZON 3 AHLI MAJLIS

 

Sebentar tadi bertempat di Terumbu Cafe, Marina Island telah berlangsung program Mesyuarat Penubuhan Jawatankuasa Penduduk Zon 3 (Marina Island - Taman Lumut Mutiara 3) bagi kali yang pertama.
 
Kali ini Ahli Majlis Perbandaran Manjung Zon 3 Encik Mohd Azrien bin Mohd Salleh menubuhkan Jawatankuasa Penduduk Zon 3 yang akan mewujudkan hubungan dua hala diantara Majlis Perbandaran Manjung bersama Jawatankuasa Penduduk Zon 3.
 
Program taklimat dan perasmian telah disempurnakan oleh Encik Muhamad Shukri bin Ismail, Penolong Pegawai Tadbir Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial Majlis Perbandaran Manjung.
 
Objektif utama bagi penubuhan Jawatankuasa Penduduk Zon Ahli Majlis adalah bagi mewujudkan dan juga menggalakkan penyertaan serta penglibatan komuniti didalam aktiviti outreach peringkat perbandaran.
 
Selain daripada itu sebagai platform menerima dan menyampaikan maklumat aduan komuniti dan permasalahan yang boleh diselesaikan di peringkat perbandaran.
 
Penyaluran maklumat yang telus serta penerangan yang tepat, aktiviti, dasar dan serta perkembangan semasa Majlis Perbandaran Manjung kepada komuniti adalah salah satu tujuan penubuhan Jawatankuasa ini.
 
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung





 

Friday, 6 November 2020

PROGRAM GOTONG-ROYONG MESRA BERSAMA KOMUNITI DI GEREJA METHODIST TAMIL, KAMPUNG PUNDUT

 

Ahli Jawatankuasa Gereja Methodist Tamil, Batu 3 Kampung Pundut, Lumut pagi ini berbesar hati dan lega apabila menerima kedatangan pasukan Penyelenggaraan Pokok Teduhan, Unit Landskap Majlis Perbandaran Manjung, Syarikat konsesi Puncak Emas Infra Sdn Bhd dan syarikat sub kontraktor AH Bina Resources bagi melaksanakan program gotong-royong menebang pokok-pokok yang tinggi, membahayakan keselamatan komuniti gereja dan pengguna jalanraya di kampung tersebut.

Sebanyak 6 batang pokok membahayakan dengan ketinggian yang jauh melebihi ketinggian tiang elektrik ditebang pada program gotong-royong sebentar tadi.
 
Objektif program adalah bagi memupuk semangat bergotong-royong agar tidak di telan zaman dan menjadi ikutan generasi muda disamping menyemai semangat kejiranan dan hubungan akrab antara Pihak Berkuasa Tempatan, pihak kontraktor bersama komuniti setempat dalam menjalin hubungan kerjasama yang mesra komuniti.
 
Objektif lain adalah sebagai sumber mengeratkan hubungan silaturahim yang mesra untuk pembangunan komuniti daerah Manjung dalam agenda menggalakkan komuniti membangunkan keupayaan komuniti dalam menangani masalah dengan berusaha bersama-sama menangani keperluan secara kolektif.
 
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti & Sosial
Majlis Perbandaran Manjung
 
 








 

Thursday, 5 November 2020

PROGRAM GOTONG-ROYONG KEBERSIHAN PANTAI PERANGINAN TELUK BATIK

Pagi ini bertempat di Dataran Hadhari Pantai Peranginan Teluk Batik, Lumut sedang berlangsung program gotong-royong pembersihan di kawasan gerai peniaga Teluk Batik.

Program di hadiri oleh YB Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry bin Abd Kadir, ADUN Pulau Pangkor, Tuan Syamsul Hazeman bin Md Salleh, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung, Ybhg. Dato' Seri Azri bin Jaafar, Pegawai Khas ADUN Pangkor, Ahli Majlis Perbandaran Manjung Encik Mohd Azrien bin Mohd Salleh dan Tuan Haji Mohf Rafiq bin Haji Mohd, Encik Issamudin bin Ibrahim, Ketua Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial, Majlis Perbandaran Manjung, Encik Azri bin Johari, Pengerusi KILM, Encik Mohd Nor Safarin bin Mansor, Pengerusi Persatuan Penjaja Teluk Batik.
 
Turut hadir adalah Ybhg. Datin Hajah Maziah binti Rafie, Pengerusi Combi Teluk Muroh, Encik Sabdin bin Idris, Penghulu Mukim Lumut, Tuan Haji Salim bin Ghazali, JPKK Padang Tembak dan , ahli KILM dan peniaga-peniaga Teluk Batik.
 
Perasmian program telah disempurnakan oleh YB Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry bin Abd Kadir di dalam ucapan perasmian beliau menyatakan kecantikan, kebersihan dan keindahan Teluk Batik harus dikekalkan sebagai altenatif sebagai tumpuan pelancong selain ke Pulau Pangkor dan seterusnya komuniti daerah Manjung seharusnya bersyukur dengan pencapaian Majlis Perbandaran Manjung yang telah dinobatkan sebagai PBT No.1 terbaik negara kerana terbukti kesungguhannya untuk menjadikan daerah Manjung sebagai daerah pilihan pelancongan.
 
Natijah yang seharusnya diambil positif oleh seluruh warga daerah Manjung untuk meneruskan konsep Maju, Progesif dan Makmur. 
 
Tuan Syamsul Hazeman bin Md Salleh, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung didalam ucapannya alu-aluannya menyeru komuniti daerah Manjung dan peniaga-peniaga Teluk Batik agar menjaga kebersihan dan keindahan pantai peranginan Teluk Batik sebagai permata yang perlu digilapkan agar terus menjadi pantai mesra keluarga yang menarik.
 
Program gotong-royong turut disertai oleh Combi Teluk Muroh, badan bukan kerajaan Kelab Komuniti I Love Manjung dan ahli Persatuan Peniaga-Peniaga Teluk Batik dengan kerjasama Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Perbandaran Majlis Perbandaran Manjung.
 
#..Bulat air kerana pembentong..bulat manusia kerana muafakat.
 
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung
 








Sunday, 1 November 2020

PROGRAM MESYUARAT PENUBUHAN JAWATANKUASA PENDUDUK AHLI MAJLIS ZON 19

 

Petang ini bertempat di Bangunan UMNO Bahagian Beruas sedang berlangsung program mesyuarat kali pertama dan penubuhan Jawatankuasa Penduduk Zon 19.

Puan Hajah Salmah binti Sujak, Ahli Majlis Zon 19 (Kampung Kota-Kampung Banjar) secara automatik di lantik menjadi Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Zon 19 yang akan menjadi platform bagi menjalin hubungan dua hala di antara pihak komuniti zon bersama pihak Majlis Perbandaran Manjung.
 
Program mesyuarat Jawatankuasa Penduduk Zon 19 kali pertama ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Encik Issamudin bin Ibrahim, Pegawai Tadbir Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial yang turut memberikan taklimat tujuan penubuhan Jawatankuasa Penduduk Zon Ahli Majlis Perbandaran Manjung kepada ahli jawatankuasa yang dilantik daripada kalangan ketua-ketua masyarakat di kawasan kampung dan skim perumahan yang terdapat di kawasan zon 19.
 
Objektif program adalah bagi mewujudkan dan menggalakkan penglibatan dan penyertaan komuniti di Beruas dalam aktiviti outreach peringkat perbandaran kerana Jawatankuasa Penduduk merupakan medium penyampaian maklumat dan penerimaan permasalahan komuniti yang boleh diselesaikan di peringkat perbandaran. Penyaluran maklumat yang telus, penerangan yang tepat aktiviti dan program, dasar serta perkembangan semasa Majlis kepada komuniti.
 
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti & Sosial
Majlis Perbandaran Manjung.