Monday, 16 April 2018
PROGRAM SEPAKAT KOMUNITI 1 MALAYSIA (KIM) DAERAH MANJUNG 2018
01:17
No comments
Majlis Makan Malam Peniaga-peniaga Kecil Daerah Manjung bersama YAB Dato' Seri Diraja Dr Zambry Bin Abdul Kadir, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan
Majlis Makan Malam Peniaga-Peniaga Kecil Daerah Manjung bersama YAB Dato' Seri Diraja Dr Zambry Bin Abdul Kadir, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan di bawah LA 21 dan MMS di Dewan EMV Hall Seri Manjung diadakan pada 13 April 2018 (Jumaat). terdapat Forum Perniagaan bertajuk Cabaran Peniaga.Program ini adalah penghargaan kepada peniaga-peniaga kecil Daerah Manjung atas usmbangan dan usaha serta inisiatif yang telah dijayakan bersama Majlis Perbandaran Manjung.
Monday, 9 April 2018
GOTONG ROYONG CEGAH DENGGI
8 April 2018 telah berlangsungnya Gotong Cegah Denggi bertempat di Kampung Deralik Sitiawan jam 8.00 hingga 11.30 pagi. Seramai 100 orang yang melibatkan warga komuniti Kampung Deralik Sitiawan dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung. Semoga usaha murni ini dapat memperindahkan kawasan Daerah Manjung menjadi Bersih dan Indah.
Thursday, 5 April 2018
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN PENIAGA DAN PENJAJA KECIL NEGERI PERAK CAWANGAN PANGKOR KALI KE -14 DAN SESI TOWN HALL BERSAMA PENIAGA DI KEJORA PANGKOR
4 April 2018 telah berlangsungnya Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Peniaga dan Penjaja Kecil Negeri Perak Cawangan Pangkor kali ke 14 dan Program Town hall Meeting bersama Peniaga di Kejora Pangkor. Antara isu,cadangan1. Permohonan Angkatan Pertahanan Awam bagi penggunaan
bangunan Pejabat di Jeti Pangkor, Pulau Pangkor (Pejabat Menara) Keputusan : YDP meluluskan secara prinsip.Tindakan : Unit Sewaan Follow Up APM untuk prosedur selanjutnya.2. Ruang niaga di Dataran Kurma Pulau Pangkor dinaiktaraf dan kebenaran sumber air dan
elektrik 3. Perletakkan gerai di laluan berbumbung.4. Menyelenggara longkang dan kumbahan di Teluk Nipah.5. Menaiktaraf gerai di Teluk Nipah.6. Mewujudkan one stop center di tepi Bangunan Menara Teluk
Nipah sebagai pusat persatuan penjaja.7. Permohonan padang futsal bersebelahan tandas awam Teluk
Nipah oleh pengusaha beach boy Pangkor.8. Bonggol di jalan jkr depan pejabat/tempat pemandu teksi
teluk nipah
Thursday, 22 March 2018
MIMBAR MADANI ANTARA PLATFORM MPM BERSAMA KOMUNITI
17:02
No comments
22 Mac 2018- ayer tawar
Mimbar madani antara platform MPM bersama komuniti
1. Dato Mohamad Fariz bin Mohamad Hanip Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung bersama komuniti Taman Sungai Wang dalam majlis bacaan yasin dibawah program mimbar madhani.
2. Merupakan sasaran untuk dekati komuniti pada tahun 2018.
3. Bagi memudahkan komuniti bersua muka dan berjumpa serta bertukar pandangan disamping meneliti aspek keperluan masyarakat dikawasan yang dijelajahi.
4. Merupakan sebahagian daripada mekanisma turun padang utk memenuhi kehendak dan keprluan komuniti setempat.
5. Program dengan usahasama kawasan rukun tetangga sungai wang ini dihadiri lebih 100 warga taman dan turut disertai peg majlis perbandran manjung dan en zaid pegawai perpaduan daerah manjung.
6. Dalam pada itu, mpm.turut menyumbang kotak makanan kepada 5 warga miskin bandar yang tersenarai dalam e kasih ditaman tersebut.
8. Dalam ucapan beliau turut menyatakan bahawa perkhidmatan kutipan sampah, pemotongan rumput serta cucian longkang menjadi keutamaan dan berhrap agar komuniti menjadi mata dan telinga kepada mpm untuk memantau dan menilai hasil.kerja kontraktor yg dilantik.
9. Beliau turut memaklumkan bahawa melalui program ini, ianya dapat memberi peluang kepada komuniti utk bersama pegawai2 mpm dan sebagai platform pemberian dan penerimaan ilmu secara dua hala iaitu ilmu duniawi mahupun ukhrawi.
10. Beliau juga berharap melalui penganjuran program ini dapat melahirkan rasa syukur dengan nikmat yang allah kurniakan.Serta mewujudkan sebuah masyarakat Perbandaran Manjung yang harmoni disamping memupuk nilai-nilai murni, berdisplin, bersatu padu menjurus kepada masyarakat penyayang demi kesejahteraan dan kemakmuran di perbandaran Manjung.
11. Beliau turut mengambil kesempatan didalam program ini dalam menerangkan berkenaan peluang perniagaan di kawasan taman taman bagi menampung perbelanjaan seharian melalui sewaan gerai majlis ataupun membuka ruang gerai di kawasan taman dengan syarat mematuhi peraturan perniagaan dan menjaga kebersihan persekitaran.
Thursday, 15 March 2018
BESKAL inisiatif dekati komuniti
17:42
No comments
SITIAWAN 14 MAC 2018
BESKAL inisiatif dekati komuniti
1. Majlis Perbandaran Manjung mengambil inisiatif menganjurkan program Berbasikal Bersama Komuniti Menyelami Isu Sosial (BESKAL) dimana ianya berkonsepkan riadah gaya hidup sihat sambil melihat isu sosial bersama komuniti.
2. Program ini diwujudkan sejajar dengan idea YAB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Bin Abdul Kadir Menteri Besar Perak yang telah melakukan kayuhan malam meninjau kawasan ipoh pada awal januari yang lalu.
3. Mohamad Helmi bin Arifin, Setiausaha Majlis Perbandaran Manjung menyatakan fokus utama program sebegini diadakan ialah merancakkan aktiviti berbasikal bersama masyarakat melalui amalan gaya hidup sihat disamping menyelami serta menyelesaikan isu-isu sosial dan teknikal di kawasan perbandaran Manjung disamping selari.usaha 3p YAB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Bin Abdul Kadir Menteri Besar Perak iaitu padang, perasaan dan penyelesaian.
4. Beliau turut memaklumkan bahawa melalui program ini, ianya dapat memberi peluang kepada komuniti utk bersama pegawai2 mpm dan memberikan idea disamping berkongsi masalah serta cadangan penambahbaikkan kepada mpm utk memperkasa kemudahan serta perkhidmatan kepada warga perbandaran dalam semua aspek seperti kemudahan awam, infrastruktur dalam taman serta pencahayaan.
5. Program ini juga selaras dengan usaha pihak majlis dalam menjayakan pelan bandar selamat di kawasan perbandaran. Melalui aktiviti ini, langkah pencegahan jenayah kecurian dan sosial dapat di buat serta mengurangkan risiko berlaku kejadian.
6. Beliau juga berharap melalui penganjuran program ini dapat mewujudkan sebuah masyarakat Perbandaran Manjung yang peka terhadap persekitaran setempat dengan mengambil inisiatif melaporkan kerosakan serta vandalisma disamping memupuk nilai-nilai murni, berdisplin, bersatu padu menjurus kepada masyarakat penyayang demi kesejahteraan dan kemakmuran di perbandaran Manjung.
7. Bagi sesi malam ini sejumlah 12 isu diperolehi dan 7 daripadanya telah diselesaikan manakala 5 isu lagi, pihak MPM akan meneliti dan menimbang permohonan yang telah dikemukan oleh wakil komuniti di kawasan perumahan setiawan barat kerana ia melibatkan keperluan peruntukan.
8. Selain itu, Mohamad Sharil Bin Salihan, Pegawai Komuniti MPM juga menyatakan bahawa program ini diadakan pada setiap bulan minggu kedua pada hari rabu bermula jam 9 malam di kawasan JKP/JPP/ KRT yang terlibat.
9. Mohamad Sharil Bin Salihan memaklumkan bahawa melalui program ini dapat mengeratkan hubungan kemasyarakatan diantara pihak Majlis Perbandaran Manjung melalui Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial bersama Ahli Majlis Majlis Perbandaran Manjung, komuniti perbandaran Manjung, Jawatankuasa Penduduk (JPP), Majlis Masyarakat Sivil (MMS), Perpaduan, Kejiranan Rukun Tetangga (KRT), pihak NGO serta pemimpin tempatan di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Manjung.
10. Dalam pada itu, wakil komuniti setempat, Tuan haji salleh bin hashim menyifatkan usaha ini sebagai salah satu mekasnime yang baik dan wajar dicontohi oleh agensi yang berkaitan dengan perkhidmatan kepada rakyat.
11. Selain itu, beliau menyatakan bahwa usaha ini merupakan satu usaha turun padang yang dinamik kerana menyasarkan 3 matlamat dalam satu aktiviti iaitu ke arah gaya hidup sihat, turun padang bersama masyarakat dan juga sebagai langkah pencegahan gejala sosial dalam taman perumahan dikalangan remaja.
12. Edisi kali ini melibatkan kerjsama NBOS jabatan perpaduan melalui pasukan ajk kawasan rukun tetangga dan srs (skim ronda sukarela) setiawan barat & pihak pdrm dimana tuan dsp chong boon kim turut berkayuh bersama 6 anggotanya. Beliau juga berharap agar masyarakat peka terhadap pencegahan jenayah kerana usha pencegahan ini bukan sahaja dibahu pihak berkuasa malah ia memerlukan kerjasama masyarakat setempat melalui pelaksnaan aktiviti kawalan sukarela.
Bahagian Kemasyarakatan,
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial,
Majlis Perbandaran Manjung.
Wednesday, 7 March 2018
PROGRAM PEMUKIMAN YAB MENTERI BESAR PERAK DI PARLIMEN LUMUT
19:04
No comments
PROGRAM PERMUKIMAN YAB MB PERAK DI PARLIMEN LUMUT(GOTONG ROYONG PERSISIRAN PANTAI TANJUNG KEPAH)
8 MAC 2018 TELAH DIADAKAN PROGRAM PERMUKIMAN YAB MB PERAK DI PARLIMEN LUMUT, ANTARA AKTIVITI YANG DIADAKAN IALAH GOTONG ROYONG PERSISIRAN PANTAI TANJUNG KEPAH DAN JAMUAN RAKYAT.
PROGRAM PERMUKIMAN YAB MENTERI BESAR PERAK DI PARLIMEN LUMUT
17:49
No comments
8 MAC 2018(KHAMIS) TELAH DIADAKAN PROGRAM PERMUKIMAN YAB MENTERI BESAR PERAK DI PARLIMEN LUMUT. PROGRAM YANG DIADAKAN IALAH SOLAT SUBUH BERJEMAAH DAN LAWATAN KE SK PANGKALAN TLDM DAN SK MP TLDM
Monday, 5 March 2018
Lawatan timbalan menteri pelancongan dan kebudayaan
pada 2 mac 2018 telah diadakan lawatan timbalan menteri ke daerah manjung. Antara tempat yang beliau kunjungi adalah seperti taman paya bakau,Teluk Senangin dan Pulau Pangkor. Kira-kira dalam lingkungan 15-20 orang telah bersama-sama menyertai lawatan tersebut. Semoga dengan lawatan yang di buat dapat menambahkan keindahan dan kecantikan tempat-tempat pelancongan yang terdapat di daerah manjung seterusnya dapat meningkatkan kedatangan pelancong dari dalam dan luar negara ke daerah manjung.
Sunday, 4 March 2018
LAPORAN SEMINAR GENIUS MATEMATIK BERSAMA ADI PUTRA
18:25
No comments
3 MARCH 2018 (SABTU) TELAH DIADAKAN PROGRAM SEMINAR GENIUS MATEMATIK BERSAMA ADI PUTRA BERTEMPAT DI MARINA COVE RESORT TELUK BATIK YANG DIBUAT KHAS BAGI PELAJAR TAHAP 5 DAN TAHAP 6. SEMINAR INI ANJURAN ANTAH KESUMA DENGAN KERJASAMA MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG. TERDAPAT JUGA SLOT PERKONGSIAN ANAK GENIUS OLEH IBU ADI PUTRA. KEMAHIRAN INI PENTING UNTUK MEMASTIKAN PARA PELAJAR DAPAT
MEMPEROLEH MARKAH YANG OPTIMUM UNTUK
SETIAP SOALAN YANG DIJAWAB. JUSTERU, SATU SEMINAR YANG DAPAT MEMBERIKAN
PENDEDAHAN YANG KHUSUS MEMBINCANGKAN TEKNIK MENJAWAB SOALAN INI PERLULAH
DILAKSANAKAN.
Subscribe to:
Posts (Atom)






























































