About

Thursday, 12 October 2017

PAMERAN DAN AKTIVITI KEMASYARAKATAN PROGRAM NEGARAKU SEHATI SEJIWA


Program Negaraku Sehati  Sejiwa telah diadakan pada 7  Oktober 2017 bertempat di Kampung Dato Seri Kamarudin yang telah dirasmikan oleh Menteri Besar Perak Darul Ridzuan. Terdapat pelbagai aktiviti yang melibatkan masyarakat setempat seperti pertandingan mewarna kanak-kanak, pameran, pertandingan gubahan bunga, pertandingan memasak, dan pertunjukan mrnrbar roti canai. Program ini di warnai dengan keakraban dan semangat permuafakatan rakyat pelbagai kaum. 






PROGRAM DIBAWAH AHLI MAJLIS MERANGKAP JAWATANKUASA PENDUDUK ZON 2


8 Oktober 2017
Program Dibawah Ahli Majlis Hj Jahari Mat Jahir Sebagai Area Officer merangkap Pengerusi Penyelaras Jawatankuasa Penduduk (JKP) MPM.
Diurusetia oleh JPP Pangkor Zon 2 & 3.
Program Santai bersama Ahli Majlis dan JPP, JKK, KRT, NGO Pangkor dan Komuniti Pangkor.
Kupasan kearah tranformasi komuniti perbandaran harmoni berpaksikan TN50
Panel terdiri daripada YBhg Dato Hj Azri bin Jaafar, Pegawai Khas ADUN Pangkor, En Mohd Helmi bin Arifin Setiausaha Majlis Perbandaran Manjung dan Ahli Majlis Hj Jahari Mat Jahid.
Bicara santai dimoderator oleh En Mohamad Sharil bin Salihan Pegawai Jabatan Pembangunan Komuniti & Sosial, MPM
Jabatan Pembangunan Komuniti & Sosial                                                             





Monday, 9 October 2017

PROGRAM NEGARAKU SEHATI SEJIWA



Program Negaraku Sehati  Sejiwa anjuran KRT Kg Dato Seri Kamaruddin dan Pejabat Belia & Sukan Daerah Manjung bersama Pejabat Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Daerah Manjung/ Perak tengah dan Majlis Perbandaran Manjung, telah diadakan pada 7  Oktober 2017 bertempat di Kampung Dato Seri Kamarudin,Seri Manjung. Antara acara yang diadakan pada hari tersebut ialah senam robik, Fun Run dan Ride.








Monday, 2 October 2017

PROGRAM GOTONG ROYONG PENGANJURAN PROGRAM MUKHAYYAM TARBAWI: PENGAPLIKASIAN USUL FIQH DALAM MENJAGA ALAM SEKITAR


Program gotong royong penganjuran program Mukhayyam Tarbawi: Pengaplikasian Usul Fiqh Dalam Menjaga Alam Sekitar pada 2 Oktober 2017 isnin di Tempat Penetasan Penyu Segari yang melibatkan kira-kira 200 orang pelajar daripada Univesiti Sultan Azlan Shah. Program gotong royong ini adalah salah satu indiketor dalam pembelajaran yang dipraktikkan dalam kehidupan seharian kerana menjaga kebersihan adalah amalan mulia dan amat dituntut dalam islam.   










PROGRAM GOTONG ROYONG CINTAI ALAM SEKITAR


Program gotong royong cintai alam sekitar telah diadakan pada 30.9.17 hingga 2.10.2017. Program ini anjuran pelajar-pelajar Kursus Usul Fiqh Universiti Sultan Azlan Shah bertepatan dengan pembelajaran yang diambil iaitu Mukhayyam Tarbawi: Pengaplikasi Usul Fiqh Dalam Menjaga Alam Sekitar. Tujuan program gotong royong ini bertujuan untuk memelihara alam sekitar serta memupuk sikap cintai alam sekitar dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi. Program ini telah dirasmikan oleh Encik Mohamad Sharil Bin Salihan Pegawai Tadbir Majlis Perbandaran Manjung. 







Sunday, 1 October 2017

MIMBAR MADANI CERAMAH PERDANA DATUK USTAZ KAZIM ELIAS


Sambutan Jubli Perak Kolej Vokasional Seri Manjung Perak telah diadakan pada 29-30 September hingga 1 Oktober. Antara salah satu intipati program adalah diadakan ceramah perdana Datuk Ustaz Kazim Elias pada 30 September 2017 Sabtu jam 9.00 malam hingga 11.00 malam. Ceramah yang disampaikan memfokuskan peranan ibu bapa dan tangungjawab ibu bapa terhadap anak-anak tajuk yang disampaikan amatlah sesuai kepada pengunjung yang hadir pada malam itu. Ibu bapa seharusnya memainkan peranan yang penting dan sebaiknya kepada anak-anak agar menjadi insan yang berguna kepada negara.






MALAM MUHIBBAH KANAK-KANAK LUMUT TAHUN KE-54




Malam Muhibbah Kanak-Kanak Lumut Tahun ke-54 di Padang Esplanade Lumut telah diadakan pada 30 September 2017. Program ini telah dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Kawsan Pasir Panjang. Program ini anjuran Persatuan Bekas Murid-Murid S.J.K(C) Eng Ling. Malam Muhibbah Kanak-kanak Lumut ini juga dikenali sebagai Pesta Tanglung(Mid-Autum Fest). Ramai kanak-kanak mengambil tanglung berarak mengelilingi Bandar Lumut dan membuat persembahan kebudayaan berbagai kaum untuk meraikan pesta tersebut. Tujuan diadakan program ini adalah untuk memupuk sikap perpaduan terutama dalam kalangan kanak-kanak. Antara aktiviti yang telah diadakan adalah persembahan 24 gendang, persembahan tarian tradisional, perarakan mengelingi Lumut dan pertandingan mewarna.





Monday, 25 September 2017

PROGRAM SEMARAK KOMUNITI: FIT MANJUNG BERSEMPENA PROGRAM CAR FREE DAY MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG



Program Semarak Komuniti Car Free Day atau lebih dikenali sebagai Pagi Tanpa Kenderaan telah diadakan pada 23 September 2017 (Sabtu), jam 8.00 pagi di perkarangan Majlis Perbandaran Manjung.  Program ini telah mendapat sambutan lebih 200 peserta yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat. Antara aktiviti yang diadakan ialah senamrobik, kayuhan santai, 3 on 3 Bola sepak (Street Soccer Kids) dan cabutan bertuah .

Objektif program ini diadakan adalah mewujudkan persefahaman dan semangat kesukanan di antara semua pihak ke arah kecemerlangan aktiviti sukan dan amalan gaya hidup sihat bagi semua golongan khususnya golongan belia di kawasan perbandaran Manjung.














Sunday, 24 September 2017

PROGRAM MERDEKA @ KOMUNITI DAERAH MANJUNG @ TAMAN SAMUDERA


Program Merdeka @ Komuniti Daerah Manjung @ Taman Samudera telah diadakan pada 24 September 2017 bertempat di Arena Samudera, Seri Manjung. Program ini anjuran Jabatan Penerangan Daerah Manjung dengan kerjasama Kawasan Rukun Tetangga, Majlis Perbandaran Manjung, Jabatan Kemas Daerah Manjung, Jabatan Kesihatan Daerah Manjung dan Jabatan Pengangkutan Jalan Daerah Manjung.Terdapat pelbagai jenis aktiviti diadakan seperti aktiviti memasak, kaunter bergerak, aktiviti mewarna bagi golongan kanak-kanak dan juga terdapat persembahan daripada clasicco buskers. Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara komuniti setempat serta menerapkan semangat kemerdekaan dalam kalangan komuniti setempat.




Tuesday, 19 September 2017

KURSUS PENGKOMPOSAN MENGGUNAKAN SISA MAKANAN(TAKAKURA METHOD)



Bahagian Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Awam dan Perkhidmatan Perbandaran Majlis Perbandaran Manjung telah mengambil inisiatif mengadakan Kursus Pengkomposan Menggunakan Sisa Makanan (Takura Method) pada 19/9/2017 bermula pada 8.00 pagi hingga 5.00 petang bertempat di Dewan Alamanda & Stor Kompos Majlis Perbandaran Manjung yang melibatkan sesi teori dan praktikal. Mengapa Perlu Kompos? manfaat alam sekitar dengan kitar semula sumber organik berharga, menjimatkan wang pada baja untuk tumbuh-tumbuhan, bertindak sebagai perapi tanah yang baik dan menambah jumlah nutrisi tanah, dan menjimatkan air dengan mengekalkan kelembapan dalam tanah. Peserta yang terlibat terdiri daripada wakil Taman Fasa 1D1, Seri Manjung dan Taman Fasa 2J.





Monday, 18 September 2017

PROGRAM PERTANDINGAN PERSAHABATAN SEPAK TAKRAW REMAJA MUKIM LEKIR DAN PERSEMBAHAN SILAT SEMPENA HARI MALAYSIA 2017






Program Pertandingan Persahabatan Sepak takraw Remaja Mukim Lekir Dan Persembahan Silat anjuran Pertubuhan Bekas Ahli 4B Malaysia dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung telah berlangsung pada 16 September 2017 (Sabtu), bermula jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang bertempat di Dataran Aman Jaya Batu 11 Lekir. Program ini merupakan salah satu inisiatif kepada warga belia bersempena Hari Malaysia 2017.  




Dengan adanya program ini ianya dapat mewujudkan persefahaman dan semangat kesukanan di antara semua pihak ke arah kecemerlangan aktiviti sukan dan amalan gaya hidup sihat khususnya bagi golongan belia