About

Tuesday, 22 November 2016

KEJOHANAN PING PONG BERPASUKAN TERTUTUP DAERAH MANJUNG DAN JEMPUTAN PIALA YANG DIPERTUA MPM 2016


12 NOVEMBER 2016 (SABTU) Kejohanan Ping Pong Berpasukan Tertutup Daerah Manjung dan Jemputan Piala Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung (MPM) Tahun 2016 telah diadakan pada jam 8.30 pagi di Dewan Tertutup, Kompleks Sukan Mini, MPM.
Kejohanan kali pertama anjuran MPM dan Kelab Ping Pong Arrow Ace ini diadakan untuk mencungkil bakat-bakat baru dalam sukan ping pong, meningkatkan semangat kesukanan di kalangan masyarakat khususnya bagi sukan ping pong serta merancakkan aktiviti berteraskan kecergasan dan kesihatan di samping mengeratkan hubungan kemasyarakatan di antara MPM bersama komuniti perbandaran Manjung.Terdapat 32 pasukan dari seluruh Perak yang menyertai kejohanan ini yang mempertandingkan kategori perseorangan dan beregu berpasukan.  Johan kejohanan ialah pasukan MPM/Arrow Ace A, membawa pulang piala pusingan dan wang tunai RM 500 beserta medal, diikuti pasukan MPM/Arrow Ace B di tempat kedua yang menerima wang tunai RM 300 beserta medal dan pasukan MPM/Arrow Ace C berkongsi kedudukan tempat ketiga bersama pasukan GS8 menerima wang tunai RM 150 beserta medal. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Encik Ismail Ibrahim, Setiausaha MPM.  Manakala Encik Mohamad Sharil Salihan, Pegawai Tadbir, Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial MPM pula telah menyempurnakan Majlis Penyampaian Hadiah kejohanan tersebut.












Monday, 14 November 2016

PROGRAM 6TH GEGOR MANJUNG BIKE WEEK 2016


Program 6th Gegor Manjung Bike Week 2016 anjuran Manjung Bikers Club dan Majlis Perbandaran telah diadakan pada 11 hingga 13 November 2016 di Bandar Lumut. Program ini telah dirasmikan oleh Yb Dato Rasyidi bin Ibrahim, Adun PAsir Panjang. Program ini telah disertai sebanyak 647 buah motosikal berkuasa tinggi.


Program ini bertujuan bagi menyemarakkan aktiviti sukan permotoran tempatan dengan penyertaan oleh Ngo, kelab permotoran tempatan dan luar negara. Ianya juga merupakan salah satu mempromosikan dan memperkasan Bandar Lumut 



Sunday, 13 November 2016

PROGRAM FIT MANJUNG


Program Fit Manjung adalah salah satu aktiviti kecergasan dan kesihatan di samping mengeratkan hubungan kemasyarakatan antara pihak Majlis Perbandaran Manjung bersama Komuniti Perbandaran Manjung, Jawatankuasa Penduduk, Majlis Masyarakat Sivil (MMS), Pihak NGO serta pemimpin tempatan di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Manjung. Program ini yang diadakan setiap sabtu ini bermula pada 7.30 pagi hingga 9.00 pagi bertempat di kawasan tempat letak kereta bowling padang, mini stadium Majlis Perbandaran Manjung.

                             
  
   

   







Sunday, 6 November 2016

Friday, 4 November 2016

MEMPERKENALKAN BUDAYA MELAYU KEPADA SISWAZAH NEGARA CHINA DI PULAU PANGKOR


Program mengetahui kebudayaan Melayu kepada Siswasah Negara China di Pulau Pangkor anjuran Ping Yang Ju Travel & Tour Sdn Bhd telah diadakan pada 1 November 2016 (Selasa) jam 6.00 petang di Pulau Pangkor.









Tujuan program ini ini ialah memperkenalkan kebudayaan kaum melayu di Malaysia kepada siswazah luar negara khususnya dari Negara China.



Wednesday, 26 October 2016

PROGRAM "RICKSHAW TOUR KE PULAU PANGKOR"


Program Kayuhan "Rickshaw Tour ke Pulau Pangkor" telah berkunjung ke Majlis Perbandaran Manjung pada 25 Oktober 2016 ( Selasa) jam 5.00 petang. Kayuhan yang bermula dari Kinta Riverwalk, Ipoh menuju ke Pulau Pangkor telah disertai seramai 14 orang dengan 7 unit"rickshaw".





Tujuan program ini adalah bagi mempromosikan destinasi tempat pelancongan negeri perak smpna Sambutan Tahun Melawat Negeri Perak 2017 dan secara tidak langsung mempromosikan dan memperkenalkan perkhidmatan "Rickshaw Tour" kepada orang di luar Bandar Ipoh. 




Tuesday, 25 October 2016

KARNIVAL JOM BRO (JALAN ORANG MUDA, BUSINESS, REALIZE,OPPORTUNITY) MAJLIS MASYARAKAT SIVIL SEKTOR: (PEMBANGUNAN KAPASITI,NGO, BELIA DAN WANITA)


Program Jom Bro ( Jalan Orang Muda, Business, Realize, Opportnity)  telah diadakan pada 22 (Sabtu).  Program ini diadakan di Dataran Putra Bandar Lumut, Perak bermula 9.00 Pagi hingga 11.00 Malam. Program ini merupakan anjuran Majlis Perbandaran Manjung dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya, Jabatan Penerangan, FAMA, Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung, P.O.R.T dan Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia. Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Rashidi bin Ibrahim. Program berbentuk majlis ilmu terutama dalam menggalakkan para peniaga terutama dalam kalangan golongan orang muda untuk menceburi bidang perniagaan serta dapat mengeratkan hubungan antara penduduk setempat.

Wednesday, 19 October 2016

MURAL PAINT @ LUMUT ASAH BAKAT SENI PELAJAR



Pada 13 Oktober 2016 (Khamis) hingga 14 Oktober (Jumaat) 2016 seramai 40 orang pelajar dari Kolej Komuniti Tapah dan Kolej Komuniti Teluk Intan telah menjayakan program Mural Paint @ Lumut.  Program anjuran Puspanita Kementerian Pendidikan Tinggi dengan kerjasama Kolej Komuniti Wilayah Perak, Majlis Perbandaran Manjung dan IM4U telah mendapat sambutan yang baik.  Objektif program ini diadakan untuk menerapkan sikap mencintai serta menjaga alam sekitar dengan sebaik mungkin.  Selain itu, dapat mengasah bakat seni terutama dalam kalangan remaja seterusnya dapat mengeratkan hubungan silaturahim serta semangat setia kawan yang tinggi apabila mereka bersama-sama berganding bahu berkongsi idea untuk menjayakan program ini.

Monday, 10 October 2016

PROGRAM 'GO GREEN' PULAU PANGKOR


Program Go Green Pulau Pangkor telah diadakan pada 8 Oktober 2016, jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari bertempat di Pantai Teluk Nipah, Pulau Pangkor. Program ini anjuran Lions Club Manjung Permai dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung. Program ini turut melibatkan penduduk tempatan, hotel-hotel dan murid-murid sekolah di sekitar Pulau Pangkor.


Tujuan program Go Green adalah untuk membersihkan kawasan pantai Pulau Pangkor.  Antara aktiviti lain yang turut diadakan adalah bantuan kepada sekolah seperti perabot dan bantuan kacamata kepada murid sekolah dan warga emas. 


Tuesday, 4 October 2016

PROJEK ERAT : SUMBANGAN UNTUK MASYARAKAT MISKIN INDIA DI DAERAH MANJUNG



PROJEK ERAT : Sumbangan Untuk Masyarakat Miskin India di Daerah Manjung.
Sumbangan anda boleh diserahkan kepada Jabatan Pembangunan Komuniti & Sosial Majlis Perbandaran Manjung 
sehingga 24 Oktober 2016

Monday, 26 September 2016

PROGRAM DUTCH FORT "CLEAN UP"


Program Dutch Fort "Clean Up" Pulau Pangkor diadakan pada 25 September 2016 (Ahad) jam 9.00 pagi. Program ini telah dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Manjung dan mendapat penglibatan dari pelancong dan penduduk setempat termasuk anggota Majlis Perbandaran Manjung.



Aktiviti-aktiviti yang diadakan adalah seperti gotong-royong pembersihan kawasan sekitar, pembersihan pokok tumbang dan pokok menumpang di kawasan Kota Belanda, Pulau Pangkor.










Saturday, 24 September 2016

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT PEMBERSIHAN PANTAI TELUK BATIK SEKOLAH KEB SUNGAI TIANG BAROH, SELEKOH DAN MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG


Program khidmat masyarakat pembersihan pantai Teluk Batik Sekolah Kebangsaan Sungai Tiang Baroh, Selekoh dan Majlis Perbandaran Manjung telah diadakan pada 25 September 2016 (Sabtu), jam 5.00 petang di kawasan sekitar Teluk Batik. Seramai 70 peserta yang terdiri dari murid sekolah, guru-guru dan anggota Majlis Perbandaran dalam menjayakan program gotong-royong tersebut.

                                    

Program gotong royong ini denagn secara tidak langsung dapat memberi pendedahan kepada murid-murid tahap 2 ke arah  alam sekitar. Ia juga bertujuan mengeratkan hubungan dan kerjasama diantara semua pihak.








.

PROGRAM GOTONG ROYONG 3K: KECERIAAN, KEBERSIHAN, KESELAMATAN


Program gotong-royong 3K; Keceriaan, Kebersihan, Keselamatan telah diadakan di SMJK Ayer Tawar pada 24 September 2016 jam 8.30 Pagi.  Program ini anjuran Majlis Perbandaran Manjung, Jawatankuasa Perwakilan Penduduk Zon 17 dan PIBG SMJK Ayer Tawar. Objektif program ini diadakan untuk menceriakan dan memperindahkan kawasan tersebut, apabila kawasan bersih, indah dan ceria secara automatik keselamatan turut terjaga.  Selain itu, dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara penduduk setempat.










Saturday, 10 September 2016

Majlis Penyerahan Kotak Makanan kepada warga miskin Perbandaran Manjung

Majlis Penyampaian Kotak Makanan Yayasan Bina Upaya (YBU) telah diadakan pada 9 September 2016 (Jumaat) jam 4.00 Petang di Perkarangan Lobi Majlis Perbandaran Manjung. Ia merupakan inisiatif MPM dalam membantu warga miskin dan miskin tegar di bandar dalam bentuk keperluan asas seperti gula, tepung, susu  dan sebagainya. Kotak Makanan ini telah disampaikan oleh wakil Ahli Majlis MPM iaitu En Morgan  A/L Kasinandan dan Puan Tang Soo Ding kepada 36 Penerima yang hadir.


Thursday, 8 September 2016

SENARAI PROGRAM PELANCONGAN KEMASYARAKATAN KEBUDYAAN DAN SUKAN DAERAH MANJUNG SEPTEMBER - DISEMBER 2016

SENARAI PROGRAM PELANCONGAN KEMASYARAKATAN KEBUDYAAN DAN SUKAN DAERAH MANJUNG SEPTEMBER - DISEMBER 2016