About

Monday, 2 May 2016

KEMPEN MINGGU HIJAU OOCL 2016 "GOING GREEN FOR SUSTAINABILITY"

KEMPEN MINGGU HIJAU OOCL 2016 "GOING GREEN FOR SUSTAINABILITY"

Pada 1 Mei 2016 yang lalu , Oriental Overseas Container Line (Malaysia) Sdn. Bhd. (OOCL) telah mengadakan Kempen Minggu Hijau OOCL 2016 bertempat di Teluk Senangin, Lumut, Perak. Kempen yang bertemakan "Going Green for Sustainability" itu bertujuan memupuk pemuliharaan alam sekitar dan menyumbang kepada pemuliharaan alam sekitar yang sihat dan mampan.

Program tersebut disertai oleh 150 orang dari agensi dan badan swasta seperti Majlis Perbandaran Manjung, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Teluk Senangin dan Swiss Garden Beach Resort Damai Laut.

Wednesday, 27 April 2016

KEJOHANAN SUKAN KHAS OKU PERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 2016


Kejohanan Sukan Khas OKU Peringkat Negeri Perak Tahun 2016 dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung telah diadakan pada 26 April 2016 bertempat di Mini Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Manjung.


Kejohanan ini diadakan bertujuan untuk pemilihan peserta OKU mewakili Negeri Perak ke Kejohanan Sukan Khas OKU Peringkat Kebangsaan pada 16 hingga 20 Mei 2016 di Kompleks Sukan MSN Kuala Lumpur.  Seramai 250 orang yang terdiri daripada Orang Kurang Upaya kategori Masalah Pembelajaran dari Pusat Pemulihan dalam komuniti (PDK) seluruh Negeri Perak bagi acara Olahraga(Balapan dan Padang), Badminton, Bocce dan Futsal.

Kejohanan Sukan Khas OKU Peringkat Negeri perak Tahun 2016 ini telah dirasmikan oleh Encik Syed Nazzarol Shah bin Syed Chear Setiausaha Kelab Sukan Majlis Perbandaran Manjung .

Thursday, 21 April 2016

PROGRAM "JOM KOMPOS"


Program siri bengkel JOM KOMPOS telah diadakan di Pusat Informasi Pelancongan (TIC), Pulau Pangkor pada 20 April 2016 yang lalu dimana program tersebut adalah usahasama di antara Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) dengan Majlis Perbandaran Manjung. 


Tuesday, 19 April 2016

PANGKOR INTERNATIONAL RUN 2016






PENANGGUHAN PROGRAM 'JOM BRO' YANG DIJADUALKAN PADA 23 DAN 24 APRIL 2016

PEMBERITAHUAN

PROGRAM 'JOM BRO' YANG DIJADUALKAN PADA 23 DAN 24 APRIL 2016 DI TANGGUHKAN PADA TARIKH YANG AKAN DIMAKLUMKAN KEMUDIAN

HARAP MAAF

TERIMA KASIH

JABATAN PEMBANGUNAN KOMUNITI DAN SOSIAL
MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG

Monday, 4 April 2016

SEMINAR PERCAMBAHAN MINDA 7 APRIL 2016 (KHAMIS)


Seluruh warga belia komuniti perbandaran Manjung dijemput menyertai Seminar Percambahan Minda anjuran Stradford College dan Majlis Perbandaran Manjung bertempat di dewan Anjung Perdana Majlis Perbandaran Manjung pada seperti butiran berikut :

Tarikh : 7 April 2016
Masa : 8.00 - 9.00 pagi pendaftaran
Lokasi ; Dewan Anjung Perdana, Majlis Perbandaran Manjung

Belia lepasa SPM amat digalakkan menyertai seminar ini.

"Memperkasa minda belia berwawasan"

Inisiatif bersama Jawatankuasa Penduduk & Masyarakat Sivil Majlis Perbandaran Manjung

Friday, 1 April 2016

PROGRAM PELANCONGAN, SUKAN DAN KEMASYARAKATAN BULAN APRIL 2016




Sunday, 13 March 2016

KEMPEN KEBERSIHAN DI PANTAI PASIR PANJANG, SEGARI BERSAMA PARA PELAJAR SEKOLAH TINGGI YIK CHING

Tarikh : 13 Mac 2016 (Ahad)
Masa : 9.30 pagi hingga 11.00 tengahari

Program Kempen Kebersihan anjuran Yik Ching High School dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung telah diadakan di Pasir Panjang, Segari . Seramai 150 orang peserta yang telah menyertai kempen kebersihan di Pantai Pasir Panjang, Segari. Pihak Majlis Perbandaran Manjung turut membantu dari segi aspek penyediaan plastik sampah dan lori sampah bagi menjayakan program tersebut. Objektif yang dapat diperolehi untuk memberi kesedaran dan mengetahui kepentingan perlindungan alam sekitar kepada para pelajar.

Program ini selaras dengan Pelan Tindakan Jawatankuasa Kecil Pelancongan Local Agenda 21 Majlis Perbandaran Manjung berkaitan pemeliharaan kawasan persekitaran produk pelancongan di kawasan Perbandaran Manjung. 

Program ini turut mendapat penglibatan daripada Encik Chua Hock Boon, Ahli Majlis MPM, Ir. Ong Kean Sing, Ahli Majlis MPM, serta Penduduk Kampung Pantai Pasir Panjang, Segari. Sewaktu program ini, taklimat berkaitan kitara semula kepada para pelajar turut diadakan oelah Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Bandar, Majlis Perbandaran Manjung.





Thursday, 10 March 2016

JIWA MURNI MARKAS KEJURUTERAAN MARKAS TLDM DI TAMAN PAYA BAKAU, LUMUT

Program Jiwa Murni Markas Kejuruteraan Markas Tentera Laut Diraja Malaysia bersama Jawatankuasa Kecil Bersih Indah Local Agenda 21 dan Jawatankuasa Kecil Pelancongan Local Agenda 21 sserta Majlis Masyarakat Sivil Majlis Perbandaran Manjung telah diadakan di Taman Paya Bakau, Lumut pada 10 Mac 2016 (Khamis) bermula jam 8.30 pagi hingga 12.00 tengahari.
           
Program Jiwa Murni berkonsepkan aktiviti gotong royong ini hasil cetusan dan inisiatif pihak Markas Kejuruteraan TLDM dan ianya selara dengan Pelan Tindakan JK Pelancongan dan Bersih Indah Local Agenda 21 MPM serta Pelan Tindakan Majlis Masyarakat Sivil MPM berkaitan pemeliharaan produk pelancongan serta melibatkan komuniti serta organisasi dalam menyumbang tenaga untuk membersihakn persekitaran kawasan pelancongan Paya Bakau. Dengan penglibatan sejumlah 70 anggota Markas Kejuruteraan TLDM dan turut disertai 12 anggota MPM serta  20 Ahli Jawatankuasa Local Agenda serta ahli MMS dan penduduk setempat.

Objektif yang dapat diperolehi daripada program ini ialah  bukan sahaja dapat membersihkan kawasan Taman Rekreasi Paya Bakau, secara tidak langsung memupuk semangat kerjasama sesama sendiri dan memelihara produk pelancongan daerah Manjung.




Saturday, 23 January 2016

PELANCARAN PROGRAM KESELAMATAN TERJAMIN, PENDUDUK BAHAGIA bersama JPP Zon 10


23 Januari 2016 (Sabtu)

8.00 pagi hingga 1.00 petang

Program Keselamatan Terjamin, Penduduk Bahagia bersama penduduk, JPP Zon 10 dan KRT Taman Melati diadakan di perkarangan Surau Nadwah Islamiah Taman Melati, Lumut. Program ini juga turut mengadakan pelancaran Program Pertanian Bandar Peringkat Daerah Manjung. Program  ini telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang, YB Dato’ Rashidi bin Ibrahim.  Aktiviti cabutan bertuah turut diadakan bagi penduduk Taman Melati. Tujuan program tersebut dapat memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa mencegah penyakit dapat menjamin keselamatan hidup.

Antara yang terlibat :        
a.     Penduduk Taman Melati
b.    Majlis perbandaran Manjung
c.     Jawatankuasa Perwakilan Penduduk
d.    Pasukan Bomba dan Penyelamat

Monday, 11 January 2016

PERASMIAN AGENSI PELANCONGAN PULAU PANGKOR (PING YANG JU TRAVEL & TOURS SDN BHD)

11 Januari 2016 (Isnin)

11.00 pagi

PERASMIAN AGENSI PELANCONGAN PULAU PANGKOR (PING YANG JU TRAVEL & TOURS SDN BHD) oleh Encik Mohamad Sharil bin Salihan, Pegawai Local Agenda 21 Majlis Perbandaran Manjung
Menggalakan pelaksanaan usaha promosi pelancongan di daerah Manjung.


Thursday, 24 December 2015

MALAM APRESIASI MANJUNGKU PERBANDARAN MAKMUR BERSAMA MMS-NGO, LOCAL AGENDA 21, JPP, MEDIA DAN KOMUNITI PERBANDARAN

PELAPORAN SIRI TOWN HALL MEETING MPM 2015  

PROGRAM                   :MALAM APRESIASI MANJUNGKU PERBANDARAN MAKMUR BERSAMA MMS-NGO, LOCAL AGENDA 21, JPP, MEDIA DAN KOMUNITI PERBANDARAN

MAKLUMAT AKTIVITI : 

Tarikh
Aktiviti Dilakukan
Penglibatan Agensi

23 Disember 2015 (Rabu)

8.00 malam - 11.30 malam









1.     Program Malam Apresiasi Manjungku Perbandaran Makmur diadakan di Dewan Merdeka, Majlis Perbandaran Manjung.

2.     Perasmian oleh Tuan Azizan bin Hj. Abd. Muin Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung

3.     Program ini anjuran Majlis Perbandaran Manjung.

4.     Objektif program ini mengeratkan hubungan dan kerjasama diantara pihak Majlis Perbandaran Manjung bersama pihak NGO, pemimpin serta media di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Manjung.

5.     Majlis Perbandaran Manjung memberi anugerah kepada 10 kategori terpilih melibatkan komuniti perbandaran :
a.     Anugerah Individu Komited
b.    Anugerah Komuniti Sejahtera
c.     Anugerah Agensi Kerajaan Terbaik Sepanjang Tahun 2015
d.    Anugerah Landskap Perumahan Terbaik
e.      Anugerah Usahawan Ibu Tunggal Terbaik
f.      Anugerah Usahawan Khas OKU Terbaik
g.    Anugerah Usahawan Belia Terbaik
h.     Anugerah Media Terbaik
i.      Anugerah Jawatankuasa Perwakilan Penduduk Aktif Terbaik
j.      Anugerah Ahli Majlis Majlis Perbandaran Aktif Manjung Terbaik
k.     Sumbangan Laptop pada Komuniti Terbaik


300 peserta merangkumi :-
a.     40 Orang Majlis Perbandaran Manjung (Ketua Jabatan, Unit, Pegawai)
b.    23 Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Manjung
c.     69 Ketua Jabatan Daerah Manjung
d.    25 Ahli Jawatankuasa Majlis Masyarakat Sivil (NGO) 
e.     30 Ahli Local Agenda 21 Manjung           
f.     48 Pengerusi-Pengerusi & Setiausaha Jawatankuasa Perwakilan        Penduduk (JPP) 2014/2015
g.    55 Pengerusi-Pengerusi/Su/AJK kawasan Rukun Tetangga            (KRT) didalam Kawasan  pentadbiran MPM
h.     10 orang Rakan-Rakan Media di daerah Manjung        




Wednesday, 23 December 2015

LAWATAN TAPAK CADANGAN KEBUN KOMUNITI FASA 2G

PELAPORAN PROGRAM

PROGRAM                   :  LAWATAN TAPAK CADANGAN KEBUN KOMUNITI FASA 2G

MAKLUMAT AKTIVITI   :  

Tarikh
Aktiviti Dilakukan
Penglibatan Agensi

23 Disember 2015 (Rabu)

12.00 tengahari – 1.00 petang  









1.     Program lawatan tapak cadangan kebun komuniti diadakan Fasa 2G, Seri Manjung,

2.     Program ini anjuran Majlis Perbandaran Manjung.

3.     Program ini merupakan perjumpaan dan sesi penerangan kepada wakil jawatankuasa penduduk, KRT dan Majlis Perbandaran Manjung untuk mengenalpasti tempat cadangan kebun komuniti.




a.     Majlis Perbandaran Manjung
b.    Jawatankuasa penduduk
c.     KRT
d.    Penduduk kawasan fasa 2G





PELAKSANAAN PROGRAM PERTANIAN BANDAR


PELAPORAN PROGRAM

PROGRAM                     :  PELAKSANAAN PROGRAM PERTANIAN BANDAR
 MAKLUMAT AKTIVITI   :

Tarikh
Aktiviti Dilakukan
Penglibatan Agensi

23 Disember 2015 (Rabu)

8.30 pagi – 12.00 Tengahari









1.     Program berlangsung di Taman Melati, Lumut

2.     Perasmian Oleh Pegawai Jabatan Pertanian Daerah Manjung.

3.     Program ini anjuran Jabatan Pertanian Daeran Manjung dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung.

4.     Objektif program ini adalah :
a.   Menggalakkan komuniti bandar menanam dan mengeluarkan sendiri bahan makanan.
b.   Usaha menarik penyertaan komuniti bersama pihak Majlis dalam mengindahkan taman / padang awam.
c.   Menyokong usaha kerajaan ke arah Bandar Hijau
d.   Memupuk kesedaran dan minat terhadap pertanian sebagai penyumbang kepada kesejahteraan serta keceriaan persekitaran.



a.     Jabatan Pertanian daerah Manjung
b.    Majlis Perbandaran Manjung
c.     Rakan Taman (JPP MPM)


Thursday, 3 December 2015

MARI BERSAMA LAKUKAN GOTONG ROYONG.. I love Pangkor

Kepada warga Pangkor, ayuh lakukan gotong royong menjaga persekitaran kawasan produk pelancongan. Pulau Pangkor, sebuah pulau yang indah dan menarik untuk dikunjungi. Kepada para pelancong, PASTIKAN ANDA MENJAGA KEBERSIHAN PULAU PANGKOR...


Mesej khidmat sosial dibawakan oleh LA21 Pelancongan Majlis Perbandaran Manjung