About

Monday, 30 November 2015

FESTIVAL KRAF MANJUNG

PELAPORAN PROGRAM

PROGRAM                   :  FESTIVAL KRAF MANJUNG


MAKLUMAT AKTIVITI : 

Tarikh
Aktiviti Dilakukan
Penglibatan Agensi

28 hingga 30 November 2015

8.30 pagi - 10.30 malam









1.     Program Festival Kraf Manjung diadakan di Dewan Serbaguna Kg. Telok Kecil, Pulau Pangkor.

2.     Perasmian Oleh YAB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abdul Kadir, Menteri Besar Perak

3.     Program ini anjuran badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Yayasan Restu dan Majlis Perbandaran Manjung.

4.     Program ini memberi pendedahan dan tunjuk ajar kepada masyarakat setempat mengenai manuskrip salinan tangan yang mengaplikasikan seni visual setiap negeri berdasarkan motif bangunan dan kraf.

5.     Berbagai aktiviti meliputi pameran seni mushaf, jualan produk, outdoor/indoor games, cabutan bertuah, pameran kraf dan DIY, bengkel serta program mentadaburkan Al-Quran.


1000 peserta merangkumi :-
a.     Yayasan Restu
b.    Pengusaha Labu Sayung
c.     Pengusaha tekat benang emas
d.    Pengusaha perahu
e.     Pengusaha-pengusaha kraf
f.     Klinik kesihatan- Derma darah
g.    KEMAS
h.     Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah
i.      RELA
j.      Penglibatan Ketua kampung
k.     Agensi anti dadah kebangsaan (AADK)
l.      Ahli Majlis






Saturday, 28 November 2015

KLINIK PING PONG BERSAMA PEMAIN PING PONG NO. 1 MALAYSIA



PELAPORAN PROGRAM KHIDMAT TANGGUNGJAWAB SOSIAL

PROGRAM                   :  KLINIK PING PONG BERSAMA PEMAIN PING PONG NO. 1 MALAYSIA 

MAKLUMAT AKTIVITI : 28 November 2015 

Tarikh
Aktiviti Dilakukan
Penglibatan Agensi

28 November 2015 (Sabtu)

2.00 petang hingga 6.00 petang









1.     Program Klinik Ping Pong Bersama Pemain Ping Pong No. 1 Malaysia Muhd Shakirin bin Ibrahim diadakan di Dewan Tertutup Majlis Perbandaran Manjung 

2.     Perasmian Oleh Tuan Azizan bin Hj. Abd. Muin Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung

3.     Program ini merupakan anjuran Majlis Perbandaran Manjung dan Kelab Ping Pong Arrow Ace

4.     Objektif program klinik ping ping ini memberi pendedahan kepada para peserta mengenai teknik bermain ping pong.





a.     Majlis Perbandaran Manjung
  1. Kelab Ping Pong Arrow Ace









Saturday, 14 November 2015

KARNIVAL KESEDARAN PENYAKIT DIABETES

PELAPORAN PROGRAM

PROGRAM                   :  KARNIVAL KESEDARAN PENYAKIT DIABETES  

MAKLUMAT AKTIVITI : 14 November 2015

Tarikh
Aktiviti Dilakukan
Penglibatan Agensi

14 November 2015 (Sabtu)

7.30 pagi – 3.00 petang









1.     Karnival Kesedaran Penyakit Diabetes  diadakan di Gelanggang Sukan Serbaguna Taman Serbaguna Taman Samudera 1, Seri Manjung

2.     Perasmian Oleh Tuan Azizan bin Hj. Abd. Muin Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung

3.     Program ini merupakan anjuran Kelab Lions Manjung Permai, Majlis Perbandaran Manjung.

4.     Program ini diadakan sempena Hari Diabetes Sedunia 2015. Program ini sebuah program komuniti untuk manfaat masyarakat di daerah manjung secara percuma. Membantu orang kurang upaya dalam mempromosikan jualan barang yang dihasilkan dan memberi sokongan kepada orang kurang upaya dalam usaha-usaha meningkatkan kesejahteraan hidup mereka.

5.     Pelbagai aktiviti dijalankan antaranya senamrobik zumba, pertandingan mewarna, ceramah diabetes dan penjualan produk kesihatan. Terdapat pameran kesihatan dan pemeriksaan kesihatan kepada orang ramai secara percuma.

a.     Kelab Lions Manjung Permai
b.    Majlis Perbandaran Manjung
c.     Kelab Rukun Tetangga Taman Samudera 1
d.    Jabatan Kebajikan Masyarakat
e.     Pejabat Kesihatan Manjung
f.     Agensi Anti Dadah Kebangsaan daerah Manjung
g.    PDRM daerah Manjung
h.     Ahli Majlis
i.      Jawatankuasa Perwakilan Penduduk
j.      Persatuan Kebajikan Orang Cacat Manjung









Saturday, 7 November 2015

HARI SAMBUTAN PENJAJA DAN PENIAGA KECIL PERINGKAT KEBANGSAAN 2015

PELAPORAN PROGRAM

PROGRAM                   :  HARI SAMBUTAN PENJAJA DAN PENIAGA KECIL PERINGKAT              KEBANGSAAN 2015

MAKLUMAT AKTIVITI : 

Tarikh
Aktiviti Dilakukan
Penglibatan Agensi

4 hingga 6 Disember 2015

8.00 pagi – 10.00 malam









1.     Program Hari Sambutan Penjaja Dan Peniaga Kecil Peringkat Kebangsaan 2015 diadakan di Dataran Lumut, Perak

2.     Perasmian Oleh YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Turut hadir YB Dato’ Seri Hamzah Zainudin Menteri Perdagangan dalam negeri, Koperasi dan kepenggunaan. Menteri Besar Perak.

3.     Program ini anjuran Kementerian Perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan.

4.     Objektif program ini memberi penghargaan kepada penjaja dan peniaga kecil atas sumbangan peningkatan ekonomi negara. Menarik perhatian masyarakat mengenai pencapaian semasa penjaja, peniaga kecil dan orang kurang upaya (OKU).

5.     Tema kali ni “Peniaga berilmu Negara maju”. Terdapat pelbagai gerai-gerai jualan antaranya gerai makanan, minuman, produk kesihatan, pakaian dan banyak lagi.



a.     Kementerian Perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan
b.    Majlis Perbandaran Manjung
c.     Ahli majlis
d.    Bank rakyat
e.     Suruhanjaya syarikat Malaysia (SSM)
f.     Kementerian belia dan sukan
g.    Amanah ikhtiar malaysia
h.     TEKUN
i.      Pertubuhan peladang Malaysia





Friday, 23 October 2015

HARI KOMUNITI PLUS 2015

    PELAPORAN PROGRAM

PROGRAM                   :  HARI KOMUNITI PLUS 2015 

MAKLUMAT AKTIVITI : 

Tarikh
Aktiviti Dilakukan
Penglibatan Agensi

30 Oktober 2015 (Jumaat)

9.00 pagi hingga 12.00 tengahari









1.     Program Hari Komuniti Plus 2015 diadakan di dataran Hadhari, Teluk Batik, Lumut.

2.     Perasmian program ini telah disempurnakan oleh Encik Ismail Ibrahim, Setiausaha MPM yang turut bersama-sama dalam aktiviti gotong-royong membersihkan persekitaran pantai Teluk Batik yang diadakan.

3.     Program yang diketuai oleh Ir. Zubir Basir, Pengurus PLUS Seksyen N5 (Lebuhraya Ipoh – Changkat Jering) ini disertai oleh semua peringkat kakitangan PLUS Seksyen N5 seramai 50 orang bersama kakitangan MPM, ahli-ahli Rakan Taman dan JPP. 

4.     Semasa program ini, PLUS telah menyumbangkan 30 buah kerusi rehat batu dan 15 buah tong sampah beroda kepada MPM untuk kegunaan awam di persekitaran kawasan pantai di daerah Manjung.



a.     Syarikat Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS)
b.    Rakan Taman Dan Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) Daerah Manjung
c.     Majlis Perbandaran Manjung













Thursday, 8 October 2015

PELANCARAN KEBUN KEJIRANAN KOMUNITI FASA 1D


PELAPORAN PROGRAM

PROGRAM                   :  PELANCARAN KEBUN KEJIRANAN KOMUNITI FASA 1D

MAKLUMAT AKTIVITI :
Tarikh
Aktiviti Dilakukan
Penglibatan Agensi

08 Oktober 2015 (Khamis)

10.00 pagi hingga 12.00 tengahari









1.     Program Pelancaran Kebun Kejiranan Komuniti ini diadakan di Tapak Kebun Kejiranan Komuniti Fasa 1D bersebelahan di Tapak Surau An-Nur.

2.     Perasmian program  ini telah disempurnakan oleh YDP Majlis Perbandaran Manjung Tuan Azizan bin Abdul Haji Muin dan perjumpaan bersama peserta dan wakil penduduk Kawasan Rukun Tetangga 7.

3.     Pada 5 & 6 Oktober telah melaksanakan pembersihan tapak di tapak Surau An-Nur dan pengagihan 50 anak pokok cili di kawasan tersebut.

4.     Elemen Kejiranan Hijau yang dilaksanakan oleh Majlis Perbandaran Manjung:

a.     Persekitaran Hijau (Greenery Environment)
b.    Reka bentuk kejiranan dan pengangkutan
c.     Air tenaga dan sisa pepejal



a.     Penduduk Fasa 1D
b.    Majlis perbandaran Manjung
c.     Jabatan Pertanian
d.    Majlis Masyarakat Sivil Majlis Perbandaran Manjung
e.     Jawatankuasa Perwakilan Penduduk






Sunday, 4 October 2015

MANJUNGKU PERBANDARAN MAKMUR

PELAPORAN PROGRAM RAKAN TAMAN

PROGRAM       :  MANJUNGKU PERBANDARAN MAKMUR      

MAKLUMAT AKTIVITI :

Tarikh
Aktiviti Dilakukan
Bilangan Rakan Taman Terlibat
Penglibatan Agensi

4 Oktober 2015

8.30 pagi - 11.30 pagi









1.     Pelancaran program Rakan Taman Majlis Perbandaran Manjung.
2.     Perasmian Oleh Tuan Azizan bin Hj. Abd. Muin,Yang Dipertua,Majlis Perbandaran Manjung
3.     Gotong royong pembersihan kawasan taman melalui kaedah sapuan, cari dan kutip serta pengasingan bahan kitar semula
4.     Pelaksanaan praktikal/latihan teknik menanam pokok kepada ahli jawatankuasa Rakan Taman.
5.     Pelaksanaan praktikal/latihan teknik pemangkasan kepada ahli jawatankuasa Rakan Taman.
6.     gotong-royong pembersihan kawasan dan aktiviti cegah aedes
7.     Karnival Manjungku Perbandaran Makmur yang meliputi pameran bergerak MPM, Car Boot Sale dan Auto Show.
8.     Lukisan Mural


450 anggota

450 peserta merangkumi :-
a.     200 anggota TLDM
b.    40 Anggota MPM
c.     40 pelajar Universiti Kuala Lumpur
d.    170 pengerusi/setiausaha/
biro Jawatankuasa Perwakilan Penduduk

3.00 Petang


5.00 Petang

1.  Santai bersama Manjung Buskers.
2.  Semarak Cintai Bahasa : Sajak Terbuka.
3.   Sambutan ketibaan Konvoi Wings
4.    Santai bersama wings







Wednesday, 9 September 2015

PERTANDINGAN KARATE-DO OKINAWA GOJU RYU SHOREIKAN PERINGKAT NEGERI PERAK

PERTANDINGAN KARATE-DO OKINAWA GOJU RYU SHOREIKAN PERINGKAT NEGERI PERAK          

Program ini telah berlangsung pada 9 September 2015 (Sabtu) bermula jam 8.00 pagi hingga 12.00 malam di Dewan Tertutup Majlis Perbandaran Manjung. Majlis Perasmian  Penutup telah disempurnakan oleh Menteri Besar Perak Y.A.B Dato Seri Di Raja Dr. Zamry Bin Abdul Kadir. 

Program anjuran Persatuan Karate Do Daerah Manjung bersama JK Local Agenda 21 Intergrasi Sosial Majlis Perbandaran Manjung serta Polis Diraja Malaysia Daerah Manjung telah disertai 6 buah kelab utama di Negeri Perak.