26 November 2022 (Sabtu), Pantai Peranginan Teluk Senangin, Lumut menerima kunjungan 60 orang pegawai dan anggota KWSP Cawangan Teluk Intan dalam program Tanggungjawab Sosial Korporat bagi memupuk kesedaran awam terhadap kelestarian alam sekitar.
Objektif program bagi memberi kesedaran kepada masyarakat awam terhadap kepentingan menjaga kebersihan pantai dan alam sekitar yang mampu memberi impak positif kepada komuniti tempatan dan pelancong untuk bersama-sama mengekalkan keindahan semulajadi pantainya sebagai satu daya tarikan pelancongan yang berkekalan.
Alang-alang melaksanakan program "family day" pihak KWSP Cawangan Teluk Intan telah memperuntukkan masa selama 2 jam dengan membantu menyemai semangat kerjasama dikalangan anggota secara bergotong-royong, memupuk kualiti hidup sihat dan meningkat kesejahteraan serta mengkomersialkan keindahan pantai Teluk Senangin melalui kempen pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar.
Sekalung penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti KWSP Cawangan Teluk Intan yang memupuk kelestarian alam sekitar di daerah Manjung.