Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul..begitulah peritnya
segelintir daripada penduduk Kampung Padang Serai, Pantai Remis hadapi
saban tahun apabila berlaku hujan lebat.
Banjir akan terjadi apabila berlaku hujan lebat kerana limpahan air dari sungai yang berhampiran.
Tengahari tadi Yang DiPertua Majlis Perbandaran Manjung Tuan Shamsul Hazeman Bin Md Salleh dalam kekangan masa dan tugas sempat berkunjung ke Kampung Padang Serai bagi menziarahi, menyantuni dan menyampaikan 14 kotak bantuan ERAT MPM dan Ahli Majlis Perbandaran Manjung Zon Pantai Remis turut menyampaikan kotak bantuan Harapan kepada 14 keluarga mangsa banjir yang dipindahkan di pusat pemindahan mangsa banjir di Sekolah Agama Rakyat Kampung Padang Serai.

Walaupun yang disumbangkan tersebut tidak seberapa tetapi apa yang
lebih bermakna kunjungan tersebut telah menjadi penawar kepada mereka
bahawa komuniti yang di timpa bencana tidak pernah dipinggirkan di dalam
arus pembangunan.
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung