About

Sunday, 28 July 2019

PROGRAM GOTONG ROYONG DAN MENANAM POKOK

Pagi ini YB Datuk Wira Dr Mohd Hatta Bin Md Ramli Ahli Parlimen Lumut dan YB Yahaya Bin Mat Nor ADUN Pasir Panjang turun padang ke Taman Nesa dan Kampung Deralik bagi program Gotong Royong membersih kawasan Dan Menanam Pokok. Program gotong royong bagi membersih kawasan pembiakan nyamuk aedes untuk membasmi wabak denggi. Selain daripada itu bagi program menanam pokok, Majlis Perbandaran Manjung turut membekalkan 60 pokok teduhan daripada...

Thursday, 18 July 2019

Sesi TownHall bersama YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Tuan Haji Zainal Azman bin Abu Seman di Bandar Lumut. Sesi Pendengaran Awam atau Town hall berkenaan Pangkor Pulau Bebas Cukai diteruskan lagi ke Bandar Lumut bagi mendapatkan maklumbalas daripada komuniti Lumut yang terdiri daripada kumpulan peniaga, penduduk serta hotelier. Antara perhatian dan luahan warga Lumut adalah berharap agar produk produk pelancongan baru diwujudkan di...

Sunday, 14 July 2019

Berlangsung pagi tadi Program "Manjung Turtle Festival" di Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu, Pasir Panjang, Segari. Program dirasmikan oleh Encik Teong Duong Woon, Ahli Majlis Perbandaran Manjung merangkap Pegawai Khas Cik Wong May Ing, Exco Negeri Perak bagi Pembangunan Sahsiah, Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat yang juga ADUN kawasan Pantai Remis. Pelbagai agensi kerajaan, swasta dan NGO turun padang bersama-sama termasuk Unit...

PROGRAM "SEMARAK KOMUNITI" 2019

"Jadikan daerah kita sebagai tempat yang bersih, selamat, selesa dan menarik..." itulah inti pati yang boleh diambil perhatian oleh jabatan kerajaan, swasta, NGO dan komuniti sepertimana yang disampaikan oleh Yang Berhormat Datuk Wira Dr Hatta Bin Md Ramli, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan yang juga Ahli Parlimen Lumut pada ucapan perasmian Program Semarak Komuniti 2019 anjuran Parlimen Lumut dengan kerjasama WR Event, ZDRM...

Saturday, 13 July 2019

GOTONG ROYONG PENCEGAHAN DENGGI

Telah berlangsung pagi tadi di Pekan Gurney, Sitiawan. Program gotong royong dan pencegahan denggi. Program anjuran Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Zon 12 Encik Ling Jeng Chai dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung, Pejabat Kesihatan Daerah Manjung serta Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), RELA dan komuniti setempat.  Program kebersihan bertumpu di kawasan riadah komuniti dan kawasan kedai perniagaan. Semoga usaha dan...

Friday, 12 July 2019

Anugerah Kecemerlangan dan Keaktifan Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JKP) 2018/2019

Sedang berlangsung pagi ini Majlis Mesyuarat Penuh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung Bersama Ahli-Ahli Majlis Perbandaran Manjung Bil.7/2019. Sebentar tadi, sebelum mesyuarat dijalankan diadakan khas Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan dan Keaktifan Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JKP) merangkap Ahli Majlis Perbandaran Manjung 2018/2019 Dalam Usaha Menjayakan Program Pencegahan Denggi di kawasan komuniti...

Wednesday, 10 July 2019

KURSUS PEMANTAPAN PERUNDANGAN PEMBANGUNAN TANAH

Sedang berlangsung Program Sebaran: Kursus Pemantapan Perundangan Pembangunan Tanah Kepada Pegawai Unit Setempat (OSC) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Malaysia Tahun 2019 di Dewan Anjung Perdana, Majlis Perbandaran Manjung. Program telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) PLANMalysia YBrs. Puan Rohani Binti Md Hashim selepas ucapan aluan daripada wakil Yang DiPertua Majlis Perbandaran Manjung Cik Zuliana Binti Nawawi,...

Sunday, 7 July 2019

PROGRAM "MATEMATIK PADU"

Pagi ini sedang berlangsung Program Matematik Padu (Kuasai Asas). Program siri ke-2 berlangsung di Dewan Alamanda Majlis Perbandaran Manjung. Program yang dianjurkan oleh Akademi Syoknya kelolaan Cikgu Atik. Seramai 26 orang pelajar sekolah rendah berusia 9 hingga 12 tahun hadir pada program kali ini. Peribahasa Melentur buluh biarlah daripada rebungnya mungkin istilah yang sesuai untuk mendidik minat anak-anak kepada matematik iaitu satu...

KEMPEN MENANAM POKOK @ INOVASI HIJAU 2019

PROGRAM MENANAM POKOK @ INOVASI HIJAU..2019.   Hari ini 7 Julai 2019 sedang berlangsung Program Gotong Royong Menanam Pokok 2019 @ Menghijau Kawasan di Taman Lekir Indah, Batu 12 Lekir, Sitiawan. Program anjuran Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Zon 11 Lekir dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung. Pegawai Tadbir, Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial Encik Mohamad Sharil Bin Salihan dan Puan Nik Noorazizah Binti Hamzah Pengerusi...

Thursday, 4 July 2019

SESI PENDENGARAN AWAM @ TOWN HALL MEETING YDP BERSAMA PENJAJA KECIL

Para peniaga merupakan kumpulan yang merancakkan ekonomi setempat. Kini sedang berlangsung Program "Town Hall Meeting" Yang DiPertua Majlis Perbandaran Manjung Bersama Penjaja-Penjaja Kawasan Perbandaran di Dewan Anjung Perdana Majlis Perbandaran Manjung. Kehadiran Yang DiPertua, Setiausaha, Pengarah, Ketua Jabatan dan Unit, Ahli Majlis, Majlis Perbandaran dan Pengerusi Persatuan Penjaja, penjaja "food truck", penjaja statik dan kakitangan...

Monday, 1 July 2019

PROGRAM INTERGRASI SOSIAL SAMBUTAN HARIRAYA MPM BERSAMA KOMUNITI

Sedang berlangsung Majlis Hari Raya Aidil Fitri 1440H di Dewan Komuniti Bistari Batu 10 Lekir dan Dewan Orang Ramai Kampung Tengah, Mukim Beruas. Program anjuran MPKK Batu 10 dan MPKK Kampung Tengah dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung yang bermula jam 11.00 pagi tadi. Kehadiran ramai komuniti setempat yang bersama-sama Ahli Jawatankuasa MPKK bagi melaksanakan dan menjalin hubungan baik yang sedia terjalin diantara mereka. Semoga usaha...