Program Semarak Komuniti Car Free Day atau lebih dikenali sebagai Pagi Tanpa Kenderaan telah diadakan pada 23 September 2017 (Sabtu), jam 8.00 pagi di perkarangan Majlis Perbandaran Manjung. Program ini telah mendapat sambutan lebih 200 peserta yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat. Antara aktiviti yang diadakan ialah senamrobik, kayuhan santai, 3 on 3 Bola sepak (Street Soccer Kids) dan cabutan bertuah .
Objektif program ini diadakan adalah mewujudkan
persefahaman dan semangat kesukanan di antara semua pihak ke arah
kecemerlangan aktiviti sukan dan amalan gaya hidup sihat bagi semua golongan khususnya
golongan belia di kawasan perbandaran Manjung.