Program Community Policing Mega Tahun 2016 Peringkat Daerah Manjung telah diadakan pada 5 Disember 2016 Isnin jam 8.00 malam bertempat di Stadium Mini Majlis Perbandaran Manjung.
Program anjuran Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung ini telah disertai kira-kira 100 peserta kawad yang terdiri daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung, Majlis Perbandaran Manjug, Tentera Laut Diraja Malaysia Lumut, Pejabat Daerah dan Tanah Manjung, AMANITA dan JKKK Manjung. Program ini telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Seri Diraja Dr. Zambry bin Abdul Kadir Menteri Besar Perak.