About

Wednesday, 26 October 2016

PROGRAM "RICKSHAW TOUR KE PULAU PANGKOR"


Program Kayuhan "Rickshaw Tour ke Pulau Pangkor" telah berkunjung ke Majlis Perbandaran Manjung pada 25 Oktober 2016 ( Selasa) jam 5.00 petang. Kayuhan yang bermula dari Kinta Riverwalk, Ipoh menuju ke Pulau Pangkor telah disertai seramai 14 orang dengan 7 unit"rickshaw".





Tujuan program ini adalah bagi mempromosikan destinasi tempat pelancongan negeri perak smpna Sambutan Tahun Melawat Negeri Perak 2017 dan secara tidak langsung mempromosikan dan memperkenalkan perkhidmatan "Rickshaw Tour" kepada orang di luar Bandar Ipoh. 




Tuesday, 25 October 2016

KARNIVAL JOM BRO (JALAN ORANG MUDA, BUSINESS, REALIZE,OPPORTUNITY) MAJLIS MASYARAKAT SIVIL SEKTOR: (PEMBANGUNAN KAPASITI,NGO, BELIA DAN WANITA)


Program Jom Bro ( Jalan Orang Muda, Business, Realize, Opportnity)  telah diadakan pada 22 (Sabtu).  Program ini diadakan di Dataran Putra Bandar Lumut, Perak bermula 9.00 Pagi hingga 11.00 Malam. Program ini merupakan anjuran Majlis Perbandaran Manjung dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya, Jabatan Penerangan, FAMA, Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung, P.O.R.T dan Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia. Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Rashidi bin Ibrahim. Program berbentuk majlis ilmu terutama dalam menggalakkan para peniaga terutama dalam kalangan golongan orang muda untuk menceburi bidang perniagaan serta dapat mengeratkan hubungan antara penduduk setempat.

Wednesday, 19 October 2016

MURAL PAINT @ LUMUT ASAH BAKAT SENI PELAJAR



Pada 13 Oktober 2016 (Khamis) hingga 14 Oktober (Jumaat) 2016 seramai 40 orang pelajar dari Kolej Komuniti Tapah dan Kolej Komuniti Teluk Intan telah menjayakan program Mural Paint @ Lumut.  Program anjuran Puspanita Kementerian Pendidikan Tinggi dengan kerjasama Kolej Komuniti Wilayah Perak, Majlis Perbandaran Manjung dan IM4U telah mendapat sambutan yang baik.  Objektif program ini diadakan untuk menerapkan sikap mencintai serta menjaga alam sekitar dengan sebaik mungkin.  Selain itu, dapat mengasah bakat seni terutama dalam kalangan remaja seterusnya dapat mengeratkan hubungan silaturahim serta semangat setia kawan yang tinggi apabila mereka bersama-sama berganding bahu berkongsi idea untuk menjayakan program ini.

Monday, 10 October 2016

PROGRAM 'GO GREEN' PULAU PANGKOR


Program Go Green Pulau Pangkor telah diadakan pada 8 Oktober 2016, jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari bertempat di Pantai Teluk Nipah, Pulau Pangkor. Program ini anjuran Lions Club Manjung Permai dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung. Program ini turut melibatkan penduduk tempatan, hotel-hotel dan murid-murid sekolah di sekitar Pulau Pangkor.


Tujuan program Go Green adalah untuk membersihkan kawasan pantai Pulau Pangkor.  Antara aktiviti lain yang turut diadakan adalah bantuan kepada sekolah seperti perabot dan bantuan kacamata kepada murid sekolah dan warga emas. 


Tuesday, 4 October 2016

PROJEK ERAT : SUMBANGAN UNTUK MASYARAKAT MISKIN INDIA DI DAERAH MANJUNG



PROJEK ERAT : Sumbangan Untuk Masyarakat Miskin India di Daerah Manjung.
Sumbangan anda boleh diserahkan kepada Jabatan Pembangunan Komuniti & Sosial Majlis Perbandaran Manjung 
sehingga 24 Oktober 2016