Rakan Taman merupakan satu inisiatif yang diperkenalkan oleh
Jabatan Landskap Negara bagi menggalakkan
masyarakat untuk aktif serta menyumbang tenaga dan buah fikiran dalam melaksanakan program-program berbentuk
kemasyarakatan, rekreasi serta pengindahan kawasan lapang, taman-taman awam dan
juga persekitaran taman perumahan dalam sesebuah taman perumahan.
Program Gerak Kerja Rakan Taman telah dilancarkan pada 13 Ogos 2016 (Sabtu) di kawasan lapang Fasa 2J, Seri Manjung yang dirasmikan oleh Encik Ismail bin Ibrahim, AMP Setiausaha, Majlis Perbandaran Manjung . Melalui
inisiatif ini juga, ia dapat menjalinkan hubungan baik di antara pihak
masyarakat, komuniti dengan Pihak Berkuasa Tempatan.
Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam program ini adalah seperti pembersihan kawasan
lapang dan persekitaran taman, pembersihan longkang, memesin rumput, aktiviti mengecat di Taman Permainan dan memperkenalkan
tanaman berbentuk fertigasi dimana para penduduk taman akan di ajar cara
penanaman dan penjagaan tamanan dalam sistem fertigasi dan pihak majlis berharap
agar program ini dapat meningkatkan fahaman dan minat pendudk dalam pertanian
bandar serta mendorong penduduk untuk menjana pendapatan sendiri melalui hasil
pertanian tersebut.
Aktiviti penanaman pokok kunyit