About

Tuesday, 28 June 2016

MAJLIS BERBUKA PUASA MASJID AT-TAQWA TAMAN DINDING, AYER TAWAR



Masjid At-Taqwa Taman Dinding, Ayer Tawar merupakan lokasi terakhir bagi siri-siri majlis berbuka puasa Majlis Perbandaran Manjung bersama komuniti sempena bulan Ramadhan yang mulia ini. Majlis pada 28 Jun 2016 ini merupakan anjuran bersama JPP, KRT dan Majlis Perbandaran Manjung dan disertai oleh lebih 100 qariah masjid dan 20 warga kerja MPM.

Tuan Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Manjung, Tuan Mohd Fariz Bin Mohd Hanip bersama Setiausaha Majlis Perbandaran Manjung, En. Ismail Bin Ibrahim dan ketua-ketua jabatan turut hadir memeriahkan majlis di samping mengeratkan silaturahim bersama penduduk setempat.










Friday, 24 June 2016

MAJLIS BERBUKA PUASA SURAU AN-NUR TAMAN FASA 1D


Pada 23 Jun 2016 pukul 7.00 petang, telah berlangsungnya Majlis Berbuka Puasa di Surau An-Nur Taman Fasa 1D anjuran JPP, KRT Taman Fasa 1D dan Majlis Perbandaran Manjung. Majlis tersebut merupakan kesinambungan program-program berbuka bersama komuniti yang dilakukan Majlis Perbandaran Manjung untuk merapatkan ukhwah dan silaturahim sesama seluruh penduduk Perbandaran Manjung.

Majlis berbuka puasa ini dihadiri lebih 100 qariah jemaah dan 20 warga kerja Perbandaran Manjung. Pegawai Jabatan Pembangunan Komuniti & Sosial Majlis Perbandaran Manjung, En. Mohd Sharil Salihan yang turut hadir ke majlis tersebut berharap agar usaha yang murni ini dapat diteruskan pada masa akan datang ke arah mewujudkan perbandaran yang harmoni.






Tuesday, 21 June 2016

MAJLIS BERBUKA PUASA TAMAN FASA 2J


Jawatankuasa Perwakilan Penduduk(JPP) taman Fasa 2 J, KRT Taman Fasa 2 J, bersama-sama Majlis Perbandaran Manjung telah menganjurkan satu majlis berbuka puasa di Padang Taman Fasa 2 J pada 21 Jun 2016. Majlis tersebut dihadiri Setiausaha Majlis Perbandaran Manjung, En. Ismail Bin Ibrahim serta ketua-ketua jabatan dan warga kerja MPM. 

Majlis bermula dengan bacaan doa selamat, tahlil dan seterusnya berbuka puasa dan solat berjemaah maghrib, isyak dan terawikh. Majlis tersebut dihadiri oleh hampir 300 jemaah qariah dan 20 warga Perbandaran Manjung.








Wednesday, 15 June 2016

MAJLIS BERBUKA PUASA SURAU AT-TAQWA MANJUNG POINT SEKSYEN 1



Tarikh 15 Jun 2016 pukul 7.00 malam telah berlangsungnya Majlis Berbuka Puasa Surau At-Taqwa Manjung Point Seksyen 1 bersama dengan warga Majlis Perbandaran Manjung(MPM). Majlis tersebut dihadiri oleh Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Manjung, Tuan Mohd Fariz Bin Mohd Hanip, Setiausaha Majlis Perbandaran Manjung, En. Ismail Bin Ibrahim serta ketua-ketua jabatan dan warga kerja MPM. 

Majlis bermula dengan bacaan doa selamat seterusnya berbuka puasa dan solat berjemaah maghrib, isyak dan terawikh. Selesai beribadah, satu sesi beramah mesra dilakukan dimana qariah surau telah berbincang mengenai jadual kutipan sampah dan membuat permohonan untuk menurap jalan masuk ke padang Taman Manjung Point Seksyen 1.Kedua -dua perkara yang dibangkitkan itu telah pun diusaha dan diselesaikan. Majlis yang disertai lebih 243 jemaah qariah dan 20 orang warga kerja MPM itu tamat pada pukul 11.00 malam.  













Tuesday, 14 June 2016

PROGRAM LAWATAN TURUN PADANG MPM KE TAMAN BERPADU, SITIAWAN


Majlis Perbandaran Manjung (MPM) telah mengadakan Program Lawatan Turun Padang ke Taman Berpadu, Sitiawan pada 15 Jun 2016 (Rabu), jam 10.30 pagi bagi melihat di tapak aduan dan permohonan penduduk setempat.  Antaranya ialah berkaitan masalah longkang tersumbat, semak-samun dan permohonan bonggol jalan.
Lawatan ini disertai oleh Ketua-ketua Jabatan dan Unit MPM, Encik Pananthaman Kuppan, Ahli Majlis MPM, Encik Ramas Sinnakkanoo, Ahli Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) Zon 8 dan Dr. Yusoff Al-Bakri Mohd Ismail, Pengerusi KRT Taman Berpadu/Sejati, Sitiawan. 





Tuesday, 7 June 2016

PROGRAM TURUN PADANG



Tarikh 8 Jun 2016 pukul 8.30 pagi, Setiausaha Majlis Perbandaran Manjung, En. Ismail Bin Ibrahim bersama beberapa pegawai-pegawai jabatan di Majlis Perbandaran Manjung telah melakukan program turun padang ke Taman Manjung Point. Program ini turut disertai oleh Ahli Majlis Perbandaran dan wakil-wakil penduduk .

Antara isu-isu yang diketengahkan adalah cadangan pembinaan bumbung di astaka padang Manjung Point, isu longkang rosak, cadangan pembinaan bonggol dan lain-lain. Segala permasalahan dan cadangan yang dikemukakan telah pun diterima dan akan disusuli dengan tindakan lanjut. Program turun padang seumpama ini adalah satu inisiatif Majlis Perbandaran Manjung dalam usaha mensejahterakan komuniti Perbandaran Manjung.







Sunday, 5 June 2016

MAJLIS RUQYAH HILAL 2016, BAITUL HILAL, SEGARI




Majlis Ruqyah Hilal 2016 telah berlangsung pada 5 Jun 2016 bertempat di Baitul Hilal, Pantai Pasir Panjang Segari, Perak. Majlis tersebut bertujuan untuk melihat hilal ataupun anak bulan Ramadhan bagi permulaan hari berpuasa bagi seluruh umat Islam di negeri ini. Selain dari mengira ataupun menghisab awal bulan kalendar hijrah, melihat hilal juga adalah salah satu cara penentuan 1 Ramadhan yang telah digunakan oleh umat Islam negara ini sejak dulu lagi.

Majlis tersebut bermula pada pukul 4.00 petang dan diisi dengan pameran alatan-alatan ruqyah hilal, solat asar berjemaah, ceramah fadhilat berpuasa, seterusnya melihat hilal, solat maghrib dan isyak berjemaah dan akhirnya solat tarawikh. Dianggarkan lebih dua ratus pengunjung yang hadir sama memeriahkan majlis tersebut. Mufti Perak, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria turut hadir bersama beberapa kenamaan orang besar jajahan, Setiausaha Majlis Perbandaran Manjung, En Ismail Bin Ibrahim dan agensi-agensi kerajaan lain yang berkaitan.