About

Thursday 19 November 2020

PROGRAM TURUN PADANG MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG DI TAMAN MURNI JAYA, SITIAWAN

 

Pagi ini sedang berlangsung Program Turun Padang Majlis Perbandaran Manjung bersama Jawatankuasa Penduduk Taman Murni Jaya, Sitiawan.

Program yang berlegar berkenaan isu berbangkit seperti jarak di antara longkang dengan kebun pokok kelapa sawit berhampiran, cover slip konkrit yang pecah akibat pengambilan buah kelapa sawit dan tanah mendap di kawasan padang permainan kanak-kanak serta scupper pipe jalan yang tidak dibersihkan menyebabkan air tidak dapat mengalir dengan lancar.
 
Program telah disertai oleh Encik Hamdan bin Mohamed Ahli Majlis Zon 10, Encik Jeyaraman A/L Sankaran, Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Murni Jaya, Encik Mohd Helmy bin Abd Hadi, Ketua Jabatan Perancang Bandar, Encik Issamudin bin Ibrahim, Ketua Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial, Cik Nadiah binti Mohd Saruan, Pegawai Khas Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung, Penolong Jurutera, Jabatan Kejuruteraan dan Penyelenggaraan dan pihak pemaju Destar Development Sdn Bhd.
 
Objektif program adalah bagi mencari titik persamaan antara komuniti perumahan setempat dan pemaju bagi menyelesaikan isu yang berbangkit dari ketidakpuasaan hati penduduk taman perumahan yang telah siap dan diduduki sejak tahun 2018.
 
Semoga program yang telah diadakan ini memberi jalan penyelesaian bagi kesejahteraan hidup komuniti setempat.
 
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung.





 

0 Comments:

Post a Comment