Sunday, 15 July 2018

PROGRAM KEMPEN CINTAI SEKOLAH



14 Julai 2018 (Sabtu) telah berlangsungnya Program Kempen Cintai Sekolah bersama warga SJK (C) khuen hean, changkat keruing dengan kerjasama pihak MPM di sekolah tersebut jam 8.00 pagi.Kira-kira 100 orang yang terlibat dalam menjayakan program tersebut. Dalam masa yang sama, program sebegini diadakan bagi mewujudkan kesedaran menjaga kawasan persekitaran daripada pembiakan nyamuk aedes agar kes demam denggi tidak menular terutama di kawasan persekitaran sekolah.  Semoga melalui inisiatif ini dapat memperindahkan persekitaran sekolah tersebut.







Read More

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT MEMBERSIHKAN KAWASAN PANTAI



14 Julai 2018 (Sabtu) telah berlangungnya Program Khidmat Masyarakat Pantai Bersih Komuniti Sejahtera di Pantai Peranginan Teluk Batik bersama-sama warga Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist ACS) dengan kerjasama pihak MPM.Kira-kira seramai 80 orang yang telah terlibat dalam menjayakan program tersebut. Semoga usaha murni ini dapat memperindahkan kawasan Peranginan Teluk Batik.




.
Read More

'BATU YASSIN' yang terletak di selatan Pulau Pangkor


Salam sejahtera.

Read More

Wednesday, 11 July 2018

"LAKSAMEE PANGKOR"



PULAU PANGKOR telah menempah nama di persada dunia. Rata-rata pelancong sama ada daripada dalam ataupun luar negara sudah tahu tentang kecantikan dan keindahan pulau ketiga terbesar di Malaysia ini.

Disebalik persisir pantai yang bersih serta tempat-tempat bersejarah yang masih tidak terjejas keasliannya, terdapat beberapa makanan tradisi yang menjadi warisan penduduk disini. Dalam entri kali ini, kita akan meninjau keistimewaan salah satu makanan tradisi yang boleh didapati jika melancong ke Pulau Pangkor iaitu “LAKSAMEE PANGKOR”.


“Laksamee Pangkor” ini dihasilkan dengan beberapa bahan yang digabungkan di dalam satu pinggan seterusnya menjadi satu hidangan. Antara bahan-bahan yang penting ialah mee putih, kacang panjang , sambal dan sup ikan.



Kadangkala sup ikan juga boleh digantikan dengan sup ketam ataupun sup udang mengikut citarasa masing-masing. Oh yaa.. sambal pun boleh digantikan dengan sambal udang. Fuhh.. pasti memikat hati. Memang terangkat beb !
Memang tidak dinafikan, keenakan “Laksamee Pangkor” ini memang dapat dikagumi. Tambahan pula, Laksamee Pangkor ini amat sesuai jika dinikmati semasa berkelah di tepi pantai. Kena betul dengan citarasa si penggemar ‘seafood’.
Oleh itu, memang tidak lengkap jikalau tidak merasai keenakan menu warisan ini apabila melawat ke Pulau Pangkor. Seiring dengan popularitinya, Laksamee mudah didapati di gerai-gerai makanan yang ada disekitar Pulau Pangkor. Jika anda melawat ke sini, mintalah pemandu pelacong anda tunjukkan lokasi-lokasi ‘famous’ yang menyediakan “Laksamee Pangkor” ini.
Insha allah akan di senarai pendekkan lokasi-lokasi famous’ yang menyediakan “Laksamee Pangkor” dan juga resepi di entri seterusnya..
Sekian.
“Manjung Bandar Perlancongan & Maritim”
“Maju, Progresif, Makmur”

Read More

Monday, 9 July 2018

Kempen Kesedaran Cegah Denggi Dan Penubuhan COMBI Changkat Keruing (gotong royong perdana negeri Perak) Perasmian oleh YB Ngeh Koo Ham Ahli Parlimen Beruas Di Dewan Persatuan Murid Tua Khuen Hean



8 Julai 2018 telah berlangsungnya Kempen Kesedaran Cegah Denggi Dan Penubuhan COMBI Changkat Keruing (gotong royong perdana negeri Perak) dan kira-kira 300 masyarakat menyertai program tersebut Perasmian oleh YB Ngeh Koo Ham Ahli Parlimen Beruas Di Dewan Persatuan Murid Tua Khuen Hean. Terdapat aktiviti yang diadakan seperti Pameran berkenaan nyamuk Aedes dan Demam Denggi dan Pemeriksaan Kesihatan daripada Pejabat Kesihatan. Semoga usaha murni ini dapat meningkatkan kesedaran akan kepentingan menjaga kebersihan supaya pembiakan nyamuk aedes dapat dikurangkan.






Read More

MAJLIS MESRA PERPADUAN PERINGKAT DAERAH MANJUNG 2018



7 Julai 2018- Telah diadakan Majlis Mesra Perpaduan Peringkat Daerah Manjung 2018 bermula pada jam 9.00 pagi di Dataran Surau An - Nur Fasa 1D1, 1D2, 1D3 yang dianjurkan KRT Seri Manjung VII & Surau An-Nur. Semoga usaha murni ni dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara masyarakat.



Read More

Monday, 2 July 2018

PROGRAM THINK BLUE & GO GREEN




PULAU PANGKOR, 30 Jun 2018. Progam Think Blue & Go Green anjuran Team E-CORAL dari SMK Pangkor dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung (MPM), Jabatan Pelajaran Negeri Perak,  Toyota Eco Youth, E-idaman, Jabatan Pertanian Dan Go Green Online Pangkor. Program ini diadakan bersempena Pertandingan Toyota Eco Youth 2018.


Program ini diadakan di PPRT Kg. Hujung Kelawai pada 30 Jun 2018 pada jam 8.00 pagi hingga 12.00 tgh hari. Dirasmikan oleh YBhg. YDP Majlis Perbandaran Manjung, Dato' Mohamad Fariz bin Mohamad Hanip. 







Tema untuk program ini ialah "Waste Management" yang bermaksud Pengurusan Sisa Pepejal.



Aktiviti yang dijalankan :-
  1. Program Gotong-royong Fasa 1 dan Fasa 2
  2. Program Think Blue & Go Green
  3. Program School Campaign Outreach
  4. Program Eco Green Village
  5. Program Gotong-royong Fasa 3 dan MOU Bersama JKK Penduduk PPRT Kg. Hujung Kelawai










Program ini bertujuan untuk memupuk kepentingan memulihara alam sekitar di kalangan generasi muda dan masyarakat tempatan supaya mereka bertindak bertanggungjawab secara konsisten terhadap alam sekitar untuk memastikan masa depan yang mampan.


Sekian.



"We Love Pangkor, We Keep Pangkor Clean"
"Manjung Bandar Pelancongan & Maritim"
"Maju, Progresif, Makmur"
Read More

Thursday, 28 June 2018

PROGRAM JOM RONDA DAN PENDIDIKAN KESELAMATAN KEJIRANAN PERINGKAT DAERAH MANJUNG 2018




27/6/2018 (Rabu)telah berlangsungnya Program Jom Ronda dan Pendidikan Keselamatan Kejiranan Peringkat Daerah Manjung 2018. Anjuran bersama Pejabat Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Daerah Manjung/Perak Tengah,Jawatankuasa Permuafakatan KRT Daerah Manjung,Majlis Perbandaran Manjung,Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung,AADK,RELA,Pejabat Agama Islam Daerah Manjung dan APAM bertempat di Dataran Kg. Dato' Seri Kamaruddin.



Read More

Thursday, 14 June 2018

PENYERAHAN PROJEK ERAT KEPADA WARGA KOMUNITI MISKIN BANDAR



3 Jun 2018 (Rabu) pihak Majlis Perbandaran Manjung telah mengadakan penyerahan Projek Erat (Ekspedisi Rakyat Terbela) kepada warga komuniti miskin bandar Perbandaran Manjung. Seramai 17 orang telah menerima bantuan keperluan makanan yang telah disampaikan oleh Encik Mohd Helmi bin Arifin, Setiausaha Majlis Perbandaran Manjung. Semoga bantuan yang telah diberikan dapat meringankan beban serta memberi sinar kebahagian pada syawal yang bakal tiba.



Read More