About

Wednesday 27 April 2016

KEJOHANAN SUKAN KHAS OKU PERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 2016


Kejohanan Sukan Khas OKU Peringkat Negeri Perak Tahun 2016 dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung telah diadakan pada 26 April 2016 bertempat di Mini Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Manjung.


Kejohanan ini diadakan bertujuan untuk pemilihan peserta OKU mewakili Negeri Perak ke Kejohanan Sukan Khas OKU Peringkat Kebangsaan pada 16 hingga 20 Mei 2016 di Kompleks Sukan MSN Kuala Lumpur.  Seramai 250 orang yang terdiri daripada Orang Kurang Upaya kategori Masalah Pembelajaran dari Pusat Pemulihan dalam komuniti (PDK) seluruh Negeri Perak bagi acara Olahraga(Balapan dan Padang), Badminton, Bocce dan Futsal.

Kejohanan Sukan Khas OKU Peringkat Negeri perak Tahun 2016 ini telah dirasmikan oleh Encik Syed Nazzarol Shah bin Syed Chear Setiausaha Kelab Sukan Majlis Perbandaran Manjung .

Thursday 21 April 2016

PROGRAM "JOM KOMPOS"


Program siri bengkel JOM KOMPOS telah diadakan di Pusat Informasi Pelancongan (TIC), Pulau Pangkor pada 20 April 2016 yang lalu dimana program tersebut adalah usahasama di antara Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) dengan Majlis Perbandaran Manjung. 


Tuesday 19 April 2016

PANGKOR INTERNATIONAL RUN 2016






PENANGGUHAN PROGRAM 'JOM BRO' YANG DIJADUALKAN PADA 23 DAN 24 APRIL 2016

PEMBERITAHUAN

PROGRAM 'JOM BRO' YANG DIJADUALKAN PADA 23 DAN 24 APRIL 2016 DI TANGGUHKAN PADA TARIKH YANG AKAN DIMAKLUMKAN KEMUDIAN

HARAP MAAF

TERIMA KASIH

JABATAN PEMBANGUNAN KOMUNITI DAN SOSIAL
MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG

Monday 4 April 2016

SEMINAR PERCAMBAHAN MINDA 7 APRIL 2016 (KHAMIS)


Seluruh warga belia komuniti perbandaran Manjung dijemput menyertai Seminar Percambahan Minda anjuran Stradford College dan Majlis Perbandaran Manjung bertempat di dewan Anjung Perdana Majlis Perbandaran Manjung pada seperti butiran berikut :

Tarikh : 7 April 2016
Masa : 8.00 - 9.00 pagi pendaftaran
Lokasi ; Dewan Anjung Perdana, Majlis Perbandaran Manjung

Belia lepasa SPM amat digalakkan menyertai seminar ini.

"Memperkasa minda belia berwawasan"

Inisiatif bersama Jawatankuasa Penduduk & Masyarakat Sivil Majlis Perbandaran Manjung

Friday 1 April 2016

PROGRAM PELANCONGAN, SUKAN DAN KEMASYARAKATAN BULAN APRIL 2016