About

Saturday 31 July 2021

 PELANCARAN KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN TAHUN 2021 PERINGKAT DAERAH MANJUNG

 
Pagi ini bertempat di Pusat Penerimaan Vaksin (PPV) Perumahan Penjawat Awam (PPA) Amanjaya Lumut Kiri, Seri Manjung telah diadakan majlis ringkas Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang Negeri Perak Darul Ridzuan Tahun 2021 bagi peringkat Daerah Manjung sebagai menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-64 pada tahun ini.
 
Program bagi menyemai semangat patriotisme cintakan tanah air adalah anjuran daripada Pejabat Penerangan Daerah Manjung yang telah disertai oleh agensi kerajaan persekutuan dan negeri di daerah Manjung yang terdiri daripada Pejabat Daerah dan Tanah Manjung, Majlis Perbandaran Manjung, Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Pejabat Kesihatan Daerah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APAM), Penghulu Mukim Sitiawan Penghulu Mukim Lumut dan Jabatan Penerangan daerah Manjung sendiri.
 
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Shamsul Ridzuan Idris, Pegawai Daerah Dan Tanah Manjung yang berbesar hati memasang bendera pada kenderaan dan membuat pelepasan kenderaan tersebut sebagai simbolik kepada bermulanya kempen memasang dan kibarkan Jalur Gemilang di semua pejabat jabatan kerajaan, swasta, premis-premis perniagaan dan kediaman serta di kenderaan awam dan persendirian.
 
Sebelum pada itu, Tuan Pegawai Daerah dan Tanah Manjung turut memberi penghargaan dan kata-kata semangat kepada petugas barisan hadapan @ frontliners yang berkhidmat di PPV Amanjaya hingga kini.
 
Objektif program adalah bagi memupuk semangat patriotik, menyuburkan nilai intergriti serta jati diri dan menyemarakkan kibaran Jalur Gemilang bagi mewarnai bulan kemerdekaan disamping menghayati sebenar erti kemerdekaan kerana negara ini adalah milik kita.
 
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung





 

Thursday 29 July 2021

HAYATI KONSEP PENGORBANAN - INISIATIF LAGENDA PROPERTIES BERHAD KEPADA KOMUNITI DAERAH MANJUNG

 

HAYATI KONSEP PENGORBANAN - INISIATIF LAGENDA PROPERTIES BERHAD KEPADA KOMUNITI DAERAH MANJUNG

Pada hari ini pihak pengurusan Majlis Perbandaran Manjung dengan berbesar hati telah menerima sebanyak 100 kotak barangan makanan kering yang bakal akan diagihkan kepada 100 orang ketua keluarga yang terkesan kehidupan dan terjejas pendapatan akibat penularan pandemik Covid-19 yang belum berpenghujung.
 
Penghayatan terhadap pergorbanan sempena bulan Zulhijjah dimana.."memberi lebih baik daripada menerima.." diterjemahkan oleh Syarikat Lagenda Properties Berhad hari ini.
 
Susulan itu, Encik Zainal Ahmad, Public Relation Manager, mewakili bagi pihak Pengarah Lagenda Properties Berhad dengan rendah hati telah menyerahkan 100 kotak makanan kepada Encik Issamudin Ibrahim, Ketua Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial sebagai wakil bagi pihak Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Manjung yang berbesar hati menerima sumbangan tersebut. 
 
Sekalung tahniah diucapkan kepada pengurusan Lagenda Properties Berhad dan kakitangannya.
Semoga sumbangan yang amat berharga ini memberikan sinar keceriaan dan dapat mengukir senyuman ketua keluarga yang terkesan apabila menerimanya nanti.
 
Justeru itu adalah diharapkan lebih banyak lagi syarikat, korporat, konglomerat atau individu untuk tampil menyumbang bagi membantu insan yang begitu memerlukan diluar sana.
 
#kredit kepada Lagenda Properties Berhad
 
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung
 
 





Tuesday 27 July 2021

PROGRAM GOTONG-ROYONG BAGI PROGRAM "AGENDA NASIONAL MALAYSIA SIHAT" TAHUN 2021

 

PROGRAM GOTONG-ROYONG "AGENDA NASIONAL MALAYSIA SIHAT" TAHUN 2021

Pagi tadi bertempat di Taman Desa Pangkor, Pulau Pangkor telah berlangsungnya program gotong-royong bagi Program Agenda Malaysia Sihat 2021 (Kempen Banteras Demam Denggi).
 
Perasmian program telah dilakukan oleh Tuan Shamsul Hazeman Md. Salleh, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung.
 
Turut hadir adalah Tuan Haji Asmadi Teh, Ahli Majlis Zon 1 (Pulau Pangkor), Encik Meor Zakaria Meor Hamzah, Ketua Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Perkhidmatan Bandar, Encik Issamudin Ibrahim, Ketua Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial, anggota warga kerja Majlis Perbandaran Manjung dan juga pihak kontraktor pembersihan zon Pulau Pangkor.
 
Objektif program adalah bagi memberi kesedaran kepada komuniti terhadap tanggungjawab untuk membanteras tempat pembiakan nyamuk dan cara mencegah nyamuk aedes di kawasan penempatan di samping menyemai sikap tanggungjawab dan membentuk komuniti yang prihatin terhadap kebersihan persekitaran dengan amalan keharmonian antara manusia dengan alam sekitar.
 
#Pencegahan tempat pembiakan nyamuk adalah tanggungjawab bersama.
 
#negara bersih rakyat sihat
 
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung
 








 

Sunday 18 July 2021

Penyampaian Bantuan Kotak Makanan dan Barang Basah Projek ERAT MPM Sempena AidilAdha 1442 Hijrah

 

Penyampaian Bantuan Kotak Makanan dan Barang Basah Projek ERAT MPM Sempena AidilAdha 1442 Hijrah / 19 Julai 2021 (Isnin).
 
Hari ini pihak Majlis Perbandaran Manjung telah melaksanakan penyampaian bantuan kotak makanan dan barang basah Projek ERAT MPM sempena AidilAdha kepada yang memerlukan di beberapa kawasan perbandaran Manjung.
 
Program santuni komuniti terkesan tersebut di pimpin sendiri oleh Tuan Shamsul Hazeman Md.Salleh, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung. Turut mengiringi adalah Encik Mohd Helmi Ariffin, Setiausaha Perbandaran dan Tuan Haji Mohd Rafiq Haji Mohd, Ahli Majlis Zon 8 (Seri Manjung) dan  Tuan Haji Rosli Abd Rahman, Ahli Majlis Zon 9 (Seri Manjung) dan Encik Issamudin bin Ibrahim, Ketua Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial, Majlis Perbandaran Manjung.
 
Pihak Majlis Perbandaran Manjung mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha 1442 Hijrah kepada seluruh warga perbandaran Manjung yang beragama Islam semoga hubungan ukhwah yang sedia ada terjalin terus subur di antara pihak komuniti dan Pihak Berkuasa Tempatan.

#seperti aur dengan tebing

Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung 







 

Thursday 8 July 2021

PENYERAHAN KOTAK MAKANAN PROJEK ERAT MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG KEPADA KOMUNITI YANG TERKESAN PANDEMIK COVID-19

 

PENYERAHAN KOTAK MAKANAN PROJEK ERAT MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG KEPADA KOMUNITI YANG TERKESAN PANDEMIK COVID-19
 
Sebentar tadi bertempat di Dewan Orang Ramai Kampung Serdang, Sitiawan telah diadakan majlis ringkas penyerahan kotak makanan daripada Projek ERAT Majlis Perbandaran Manjung kepada 25 orang ketua keluarga yang terkesan dan terjejas punca pendapatan akibat penularan pandemik Covid-19 dan PKP 3.0.
 
Seramai 25 orang ketua keluarga yang mendapat bantuan kotak makanan adalah terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dari kalangan orang miskin, orang kurang upaya dan juga ibu tunggal.
Majlis penyampaian telah disempurnakan sendiri oleh Tuan Syamsul Hazeman Md Salleh, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung dengan diiringi oleh Encik Hamdan Mohamed, Ahli Majlis Zon 10 (Sitiawan), Encik Issamudin Ibrahim, Ketua Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial, Ketua Kampung, Kampung Serdang dan juga Ahli Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Serdang, Sitiawan.
 
Majlis tersebut adalah inisiatif dan semangat proaktif Majlis Perbandaran Manjung bagi meringankan bebanan dan juga menolong komuniti yang terkesan dan terjejas pendapatan bagi meneruskan kelansungan hidup.
 
Semoga naluri merasai kepayahan hidup komuniti terus mendapat perhatian masyarakat diluar sana untuk bersama-sama berganding bahu bagi membantu golongan yang terkesan melalui program tanggungjawab korporat sosial (CSR) oleh pelbagai pihak.
 
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung
 



 

Friday 2 July 2021

INISIATIF PIHAK BERKUASA TEMPATAN BERSAMA SYARIKAT KORPORAT SANTUNI KOMUNITI

 BANTU SELAGI MAMPU, MENYANTUNI MEREKA YANG PERLU

Pandemik COVID-19 yang melanda negara masih belum berkesudahan. Semakin ramai yang tersepit dan hilang punca pencarian. Inisiatif yang diambil oleh kakitangan dari TNB Janamanjung Berhad yang diketuai oleh YBhg. Datuk Shamsul Ahmad, Pengarah Urusan TNB Janamanjung dan Majlis Perbandaran Manjung yang diketuai oleh Tuan Syamsul Hazeman Md Salleh, Yang Dipertua harus dipuji apabila kakitangan TNBJ telah bersama-sama menyumbang dalam bentuk wang tunai dan pelbagai barangan untuk keperluan asnaf kepada Persatuan Gerobok Kasih Manjung yang akan diagihkan kepada golongan asnaf sekitar Manjung. 
 
Manakala Majlis Perbandaran Manjung yang turut sama dalam program ini turut menyerahkan wang modal perniagaan kepada dua penerima dalam kategori asnaf bagi memulakan perniagaan mereka. Wang modal perniagaan ini adalah sumbangan daripada kakitangan-kakitangan Majlis Perbandaran Manjung sebagai salah satu inisiatif sosial untuk membantu golongan asnaf yang hilang punca pencarian untuk memulakan kehidupan baru bagi mencari rezeki pada tempoh sukar ini. MPM akan turut membantu bagi urusan pelesenan kedua-dua penerima ini. Kiosk yang bernilai hampir RM3000 ini adalah sumbangan ikhlas daripada DNE Custom and Ironworks Enterprise dan telah diwakafkan kepada Pertubuhan Gerobok Kasih Manjung. Semoga para penginfaq beroleh pahala dan rezeki yang berterusan dari Allah SWT.
 
Tahniah dan syabas juga diucapkan kepada penduduk daerah Manjung yang begitu prihatin dalam membantu mereka yang memerlukan dan sanggup berkongsi rezeki dengan mereka yang terjejas akibat pandemik ini. 
 
Marilah kita bersama-sama berganding bahu membantu mereka yang memerlukan pada tempoh sukar ini. Semoga dengan lebih banyak tangan yang membantu, lebih banyak insan yang dapat dibantu. 
 
 
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung 
 







Thursday 1 July 2021

KUNJUNGAN PRIHATIN KETUA AGENSI DAERAH MANJUNG KE KEDIAMAN MANGSA MUSIBAH KEBAKARAN

KUNJUNGAN PRIHATIN KETUA AGENSI DAERAH MANJUNG KE KEDIAMAN MANGSA MUSIBAH KEBAKARAN DI TAMAN FASA 2F, SERI MANJUNG

Sebentar tadi telah diadakan program kunjungan prihatin ketua agensi daerah Manjung ke premis kediaman warga komuniti yang ditimpa musibah kebakaran di Taman Fasa 2F, Seri Manjung.
 
YDH Toh Seri Bijaya Lt. Kol. (B) Dato' Shaharuddin Haji Nazari, Orang Besar Jajahan Manjung, Dato' Rashidi Ibrahim, mantan YB ADUN Pasir Panjang, Tuan Shamsul Ridzuan Idris, Pegawai Daerah Manjung dan Tuan Syamsul Hazeman Md Salleh, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung berbesar hati mengunjungi dan menyantuni pemilik premis kediaman mangsa iaitu Encik Amran Ujang, pesara Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM) yang ditimpa musibah kebakaran keseluruhan kediaman pada hari Khamis (1Julai 2021).
 
Turut hadir adalah Cik Nurul Nabilah Ramli, Pegawai Kebajikan Masyarakat, Jabatan Kebajikan daerah Manjung, Tuan Haji Mohd Rafiq Haji Mohd, Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Manjung Zon 7 (Seri Manjung), Ketua-ketua jabatan dari Majlis Perbandaran Manjung, Pengerusi Masjid dan Pengerusi KRT setempat.
 
Di program yang sama juga turut diadakan majlis ringkas penyerahan sumbangan prihatin daripada ketua-ketua agensi tersebut kepada mangsa kebakaran bagi meringankan bebanan yang ditanggung olehnya.
 
Semoga kunjungan sebagai luahan rasa simpati tersebut menguatkan lagi hubungan antara agensi kearah membentuk komuniti daerah Manjung yang prihatin dan bersemangat muafakat dalam masyarakat.
 
"Berat sama dipikul, Ringan sama dijinjing"
 
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung