About

Monday 20 August 2018

PROGRAM GOTONG ROYONG DI KAMPUNG NELAYAN:PROGRAM JALINAN KASIH KD SERI MANJUNG BERSAMA LKIM DAN MASYARAKAT NELAYAN BATU 1 LUMUT


18 Ogos 2018 (sabtu) telah berlangsungnya Program Gotong Royong di Kampung Nelayan: Program Jalinan Kasih KD Seri Manjung bersama LKIM Perak dan Masyarakat Nelayan di Pengkalan Nelayan Batu 1, Lumut dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung.Program ini melibatkan seramai 150 orang terdiri dari anggota PSSSTLDM, kakitangan LKIM dan nelayan yang menjalankan aktiviti gotong royong di tempat berkenaan. Semoga usaha murni ini dapat memperindahkan kawasan persekitaran tempat tinggal dan dapat dihindari daripada pembiakan nyamuk aedes.








Sunday 19 August 2018

PROGRAM MERDEKA @ KOMUNITI DAN SAMBUTAN KONVOI KEMBARA MERDEKA JALUR GEMILANG



17 Ogos 2018 Jumaat telah berlangsungnya Program Merdeka@Komuniti dan Sambutan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang Peringkat Daerah Manjung bertempat di Dataran Maritim, Lumut. Program ini telah dirasmikan oleh YB Dr. Mohd Hatta Bin Md Ramli Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan Merangkap Ahli Parlimen Lumut. Kira-kira 50 peserta konvoi telah menyertai program tersebut.Tujuan konvoi ini adalah untuk memupuk semangat patriotisme dalam diri terhadap negara.




Friday 17 August 2018

FIT MANJUNG



FIT MANJUNG @ SENAMROBIK BERSAMA KOMUNITI



Program Fit Manjung adalah salah satu aktiviti kecergasan dan kesihatan di samping mengeratkan hubungan kemasyarakatan antara pihak Majlis Perbandaran Manjung bersama Komuniti Perbandaran Manjung, Beliawanis, Pihak NGO serta pemimpin tempatan di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Manjung. Program yang diadakan setiap hari sabtu ini bermula pada 7.30 pagi hingga 9.00 pagi bertempat di perkarangan Majlis Perbandaran Manjung. Marilah beramai-ramai menyertai Progam Fit Manjung ini kerana dapat mencergaskan minda dan menyihatkan tubuh badan.









Sunday 12 August 2018

GOTONG ROYONG MEMBANTERAS DENGGI DI TAMAN SERI WANGI AYER TAWAR



12 Ogos 2018 (Ahad) telah berlangsungnya aktiviti Gotong royong membanteras denggi di taman seri wangi ayer tawar.Turut Dihadiri Yb Yahaya ADUN Pasir Panjang, En Razak Pegawai Khas Parlimen
Lumut dan juga Ahli Majlis MPM.Semoga usaha murni ini dapat memperindahkan kawasan persekitaran dan mengurangkan madar pembiakan nyamuk aedes.





PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI WANGI, AYER TAWAR



11 Ogos 2018 (Sabtu) telah berlangsungnya Program Gotong Royong Perdana Sekolah Kebangsaan Sungai Wangi, Ayer Tawar dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung pada hari ini. Semoga usaha murni ini dapat memperindahkan kawasan sekolah. Antara aktiviti yang dijalankan ialah mengecat bangunan dan membersihkan kawasan sekolah.





Sunday 5 August 2018

PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA SEKOLAH KEBANGSAAN PANCHOR



4 Ogos 2018 (Sabtu) telah berlangsungnya Program Gotong Royong Perdana Sekolah Kebangsaan Panchor, Pantai Remis dianjurkan oleh SK Panchor, Pantai Remis dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung. Semoga usaha murni ini dapat memperindahkan kawasan sekolah dan seterusnya menjadi Sekolah Hijau di daerah Manjung. Antara aktiviti yang dijalankan ialah pendidikan kitar semula, tanam pokok bunga, mengecat bangunan sekolah dan taman kitar semula.