About

Thursday 28 June 2018

PROGRAM JOM RONDA DAN PENDIDIKAN KESELAMATAN KEJIRANAN PERINGKAT DAERAH MANJUNG 2018




27/6/2018 (Rabu)telah berlangsungnya Program Jom Ronda dan Pendidikan Keselamatan Kejiranan Peringkat Daerah Manjung 2018. Anjuran bersama Pejabat Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Daerah Manjung/Perak Tengah,Jawatankuasa Permuafakatan KRT Daerah Manjung,Majlis Perbandaran Manjung,Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung,AADK,RELA,Pejabat Agama Islam Daerah Manjung dan APAM bertempat di Dataran Kg. Dato' Seri Kamaruddin.



Thursday 14 June 2018

PENYERAHAN PROJEK ERAT KEPADA WARGA KOMUNITI MISKIN BANDAR



3 Jun 2018 (Rabu) pihak Majlis Perbandaran Manjung telah mengadakan penyerahan Projek Erat (Ekspedisi Rakyat Terbela) kepada warga komuniti miskin bandar Perbandaran Manjung. Seramai 17 orang telah menerima bantuan keperluan makanan yang telah disampaikan oleh Encik Mohd Helmi bin Arifin, Setiausaha Majlis Perbandaran Manjung. Semoga bantuan yang telah diberikan dapat meringankan beban serta memberi sinar kebahagian pada syawal yang bakal tiba.



PENYERAHAN BUBUR LAMBUK KEPADA WARGA KOMUNITI PERBANDARAN MANJUNG



13 Jun 2018 (Rabu) pihak Majlis Perbandaran Manjung telah mengadakan Penyerahan Bubur Lambuk kepada warga komuniti Perbandaran Manjung yang hadir ke Bazar Ramadhan belakang Stadium Majlis Perbandaran Manjung. Penyerahan telah dibuat oleh Encik Mohamad Sharil Bin Salihan, Pegawai Tadbir Majlis Perbandaran Manjung. Semoga usaha murni ini dapat mengeratkan lagi jalinan dan hubungan silaturahim antara masyarakat dan warga komuniti Perbandaran Manjung.



Wednesday 13 June 2018

Majlis Berbuka Puasa MPM bersama Komuniti di Surau Al Hamdiah, Taman Bintang, Pantai Remis




12 Jun 2018 (Selasa) telah berlangsungnya Majlis Berbuka Puasa MPM bersama Komuniti di Surau Al Hamdiah, Taman Bintang, Pantai Remis turut Hadir bersama YB Wong May Ing, ADUN Pantai Remis dan Encik Mohd Helmi bin Arifin, Setiausaha MPM serta turut dijayakan Program Projek ERAT kepada 7 orang warga miskin bandar.









Sunday 10 June 2018

PROGRAM BAKTI@KK 3.0



8 Jun 2018, Jumaat - Kolej Komuniti Manjung dan kerjasama Jabatan Pembangunan Komuniti & Sosial Majlis Perbandaran Manjung telah menganjurkan Program Bakti@KK 3.0. Program ini melibatkan 18 orang anak yatim serta mereka telah diberikan kursus pendek iaitu kursus 'Purse Duit Raya' untuk perempuan dan kursus 'Quilling Art' untuk lelaki. Kursus tersebut bermula pada pukul 2.30 petang sehingga 5.30 petang. 


Pada pukul 7.25 malam, majlis berbuka puasa juga telah berlangsung. Majlis dihadiri oleh YDH Toh Seri Bijaya Lt. Kol (B) Dato' Shaharudin Bin Haji Nazari (Orang Besar Jajahan Manjung), turut sekali menyampaikan sumbangan kepada anak yatim. 




Wednesday 6 June 2018

BERBUKA PUASA BERSAMA KOMUNITI DI PAKAR



6 Jun 2018 (Rabu) telah berlangsungnya Majlis Berbuka Puasa bersama Komuniti di Bazaar Ramadan PAKAR, Seri Manjung bersama YB ADUN Pasir Panjang, YB Cikgu Yahaya,Dato' Mohamad Fariz bin Mohamad Hanip YDP MPM,Encik Helmi bin Arifin Setiausaha MPM turut diadakan Sumbangan kepada Anak-Anak Yatim Dari Masjid An-Nasriyyah, Sitiawan dan penyerahan bubur lambuk MPM kepada komuniti yang hadir.




BERBUKA PUASA BERSAMA KOMUNITI DI SURAU NUR AL-HIDAYAH,TAMAN MOHD WAZIR,BATU 10 LEKIR



5 Jun 2018 (Selasa)- Telah berlangsungnya Majlis Berbuka Puasa bersama Komuniti di Surau Nur Al Hidayah, Taman Mohd Wazir, Batu 10, Lekir, Sitiawan.Hadir bersama YB Dr Mohd Hatta bin Md Ramli, Ahli Parlimen Lumut, YB Cikgu Yahya, ADUN Pasir Panjang dan Dato' Mohamad Fariz bin Mohamad Hanip YDP MPM dan turut dijayakan Program Projek ERAT kepada 6 orang warga miskin bandar termasuk OKU.






BERBUKA PUASA MAJLIS PERBADARAN MANJUNG BERSAMA KOMUNITI


4 Jun 2018 - Majlis Berbuka Puasa MPM bersama Komuniti di Masjid Nurul Hidayah (Masjid Daerah Manjung), Hadir bersama YB Cikgu Yahya, ADUN Pasir Panjang dan Encik Mohd Helmi bin Arifin, Setiausaha MPM. Semoga program ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara komuniti dan pemimpin setempat.