About

Saturday 16 August 2014

MY RUKUN NEGARA

LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAM
MY RUKUN NEGARA
JOM BERSIH PANTAI
PROGRAM KERJAMSAMA BERSAMA MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG &
JAWTANKUASA KECIL PELANCONGAN DAN ALAM SEKITAR LA21 MANJUNG
16 OGOS 2014
PANTAI TELUK BATIK

1.0               TARIKH PELAKSANAAN

Tarikh                    :               16 OGOS 2014
Masa                     :               8.30 pagi
Tempat                                :               PANTAI TELUK BATIK

2.0               GAMBAR PROGRAM














·         Bermula dengan aktiviti senamrobik    
 















·         Aktiviti mengutip sampah di sekitar kawasan pantai dan juga longkang







 














·      Melakukan aktiviti menanam pokok
 















·      Pengumpulan sampah selepas aktiviti penanaman pokok selesai

3.0               PENGLIBATAN DAN AKTIVITI

-          300 peserta terdiri daripada pelajar sekolah, NGO dan rukun tetangga.
-          Mengutip sampah di sekitar kawasan pantai dan juga longkang.
-          Melakukan aktiviti menanam pokok.
-          Pengumpulan sampah selepas aktiviti penanaman pokok selesai.




Disediakan oleh


Unit Pelancongan & Pengurusan Lumut
Majlis Perbandaran Manjung




Friday 28 March 2014

JAWATANKUASA KECIL PRASARANA DAN KEMUDAHAN AWAM LOCAL AGENDA 21 MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG

PENGENALAN

Jawatankuasa Kecil Prasarana dan Kemudahan Awam Local Agenda 21 telah mula digerakkan pada tahun 2010. Jawatankuasa ini bertujuan untuk memberi tumpuan kepada aspek prasarana dan kemudahan awam di kawasan perumahan, lokasi awam dan juga kawasn bandar. Jawatankuasa Local Agenda 21 sebagai salah satu mekanisma yang diberi tumpuan oleh Majlis Perbandaran Manjung dimana ianya boleh melibatkan penglibatan program 'corporate soscial responsibility' pihak swasta. Pendekatan ini dilihat dapat meringankan kos pihak berkuasa tempatan disamping menggalakan hubungan baik pihak swasta terhadap komuniti. Melalui jawatankuasa ini, program-program seperti pemberian kerusi rehat di kawasan taman wama, pembinaan wakaf secara bergotong royong, serta program-prorgam berkaitan diharap dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. Selain itu, jawatankuasa ini diharap berperanan sebagai mata dan telinga serta menambil tindakan dalam usaha mencegah vandalisma seterusnya memastiakn segala prasaran dan kemudahan awam dalam keadaan baik dan sentiasa berfungsi.

PERANAN DAN FUNGSI

Membincangkan isu dan permasalahan yang timbul berkenaan prasarana dan kemudahan awam seterusnya mengenalpasti petunjuk-petunjuk atau indikator yang menyebabkan isu-isu ini wujud.

Bertindak sebagai sebuah jawatankuasa pengkaji dan pembentuk kaedah penyelesaian kepada isu & masalah.

Bersama membantu dalam memperluaskan aktiviti promosi untuk mendapat sambutan masyarakat dan orang ramai melalui penganjuran bersama kempen mencegah vandalisma, gotong royong membaiki kemudahan awam, serta melaksanakan pemantauan terhadap kemudahan awam dan prasarana sedia ada.

Merancang dan melaksanakan Pelan Tindakan LA21 yang telah dicadangkan dan dipersetujui oleh Jawatankuasa Induk.

VISI JAWATANKUASA
“Bersama-sama dalam menjadikan komuniti perbandaran Manjung perihatin dan peka terhadap  prasarana dan kemudahan awam ."

MISI JAWATANKUASA

“Memastikan prasarana dan kemudahan awam di kawasan perbandarn manjung sentiasa dalam keadaan kondusif serta selamat dan menggalakkan penglibatan komuniti dalam menjayakan polisi dan hasrat kerajaan.”



Sunday 2 March 2014

JAWATANKUASA KECIL BERSIH INDAH LOCAL AGENDA 21 MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG

PENGENALAN

Jawatankuasa Kecil Bersih Indah Local Agenda 21 telah mula digerakkan pada tahun 2005 dengan dikenali sebagai Jawatankuasa Kebersihan Alam Sekitar. Pada tahun 2014, jawatankuasa ini disturktur semula dan dikenali sebagai Jawatnkuasa Bersih Indah. Jawatankuasa Bersih dan Indah ini bertujuan untuk meningkatkan mutu dan kualiti hidup kita melalui kebersihan dan pengindahan alam sekitar. Local Agenda 21 sebagai salah satu mekanisma yang diberi tumpuan oleh Majlis Perbandaran manjung selaku  Pihak Berkuasa Tempatan. Memberi fokus kepada kempen-kempen kebersihan seterusnya menjadikan warga perbandaran Manjung yang peka terhadap kebersihan persekitaran. Melalui jawatankuasa ini, program-program seperti kitar semula, pengasingan sampah dan juga kompos diharap dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan..

PERANAN DAN FUNGSI

Membincangkan isu dan permasalahan yang timbul berkenaan kebersihan persekitaran seterusnya mengenalpasti petunjuk-petunjuk atau indikator yang menyebabkan isu-isu ini wujud.

Bertindak sebagai sebuah jawatankuasa pengkaji dan pembentuk kaedah penyelesaian kepada isu & masalah.

Bersama membantu dalam memperluaskan aktiviti promosi untuk mendapat sambutan masyarakat dan orang ramai melalui penganjuran bersama program-program kebersihan, gotong royong, kitar semula, pengasingan sampah dan pengkomposan.

Membuat perancangan dan perlaksanaan program berkonsep rogram-program kebersihan, gotong royong, kitar semula, pengasingan sampah dan pengkomposan seperti karnival sihat, karnival gotong royong mega, program ilmiah dan sebagainya.

Merancang dan melaksanakan Pelan Tindakan LA21 yang telah dicadangkan dan dipersetujui oleh Jawatankuasa Induk.

VISI JAWATANKUASA
“Bersama-sama dalam menjadikan komuniti perbandaran Manjung perihatin dan peka terhadap  kebersihan persekitaran ."

MISI JAWATANKUASA


“Menjadi penggerak kepada usaha menyemai minda persekitaran bersih dan indah dikalangan masyarakat, serta menggalakan penglibatan komuniti dalam menjayakan polisi dan hasrat kerajaan.”