About

Monday 25 September 2017

PROGRAM SEMARAK KOMUNITI: FIT MANJUNG BERSEMPENA PROGRAM CAR FREE DAY MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG



Program Semarak Komuniti Car Free Day atau lebih dikenali sebagai Pagi Tanpa Kenderaan telah diadakan pada 23 September 2017 (Sabtu), jam 8.00 pagi di perkarangan Majlis Perbandaran Manjung.  Program ini telah mendapat sambutan lebih 200 peserta yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat. Antara aktiviti yang diadakan ialah senamrobik, kayuhan santai, 3 on 3 Bola sepak (Street Soccer Kids) dan cabutan bertuah .

Objektif program ini diadakan adalah mewujudkan persefahaman dan semangat kesukanan di antara semua pihak ke arah kecemerlangan aktiviti sukan dan amalan gaya hidup sihat bagi semua golongan khususnya golongan belia di kawasan perbandaran Manjung.














Sunday 24 September 2017

PROGRAM MERDEKA @ KOMUNITI DAERAH MANJUNG @ TAMAN SAMUDERA


Program Merdeka @ Komuniti Daerah Manjung @ Taman Samudera telah diadakan pada 24 September 2017 bertempat di Arena Samudera, Seri Manjung. Program ini anjuran Jabatan Penerangan Daerah Manjung dengan kerjasama Kawasan Rukun Tetangga, Majlis Perbandaran Manjung, Jabatan Kemas Daerah Manjung, Jabatan Kesihatan Daerah Manjung dan Jabatan Pengangkutan Jalan Daerah Manjung.Terdapat pelbagai jenis aktiviti diadakan seperti aktiviti memasak, kaunter bergerak, aktiviti mewarna bagi golongan kanak-kanak dan juga terdapat persembahan daripada clasicco buskers. Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara komuniti setempat serta menerapkan semangat kemerdekaan dalam kalangan komuniti setempat.




Tuesday 19 September 2017

KURSUS PENGKOMPOSAN MENGGUNAKAN SISA MAKANAN(TAKAKURA METHOD)



Bahagian Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Awam dan Perkhidmatan Perbandaran Majlis Perbandaran Manjung telah mengambil inisiatif mengadakan Kursus Pengkomposan Menggunakan Sisa Makanan (Takura Method) pada 19/9/2017 bermula pada 8.00 pagi hingga 5.00 petang bertempat di Dewan Alamanda & Stor Kompos Majlis Perbandaran Manjung yang melibatkan sesi teori dan praktikal. Mengapa Perlu Kompos? manfaat alam sekitar dengan kitar semula sumber organik berharga, menjimatkan wang pada baja untuk tumbuh-tumbuhan, bertindak sebagai perapi tanah yang baik dan menambah jumlah nutrisi tanah, dan menjimatkan air dengan mengekalkan kelembapan dalam tanah. Peserta yang terlibat terdiri daripada wakil Taman Fasa 1D1, Seri Manjung dan Taman Fasa 2J.





Monday 18 September 2017

PROGRAM PERTANDINGAN PERSAHABATAN SEPAK TAKRAW REMAJA MUKIM LEKIR DAN PERSEMBAHAN SILAT SEMPENA HARI MALAYSIA 2017






Program Pertandingan Persahabatan Sepak takraw Remaja Mukim Lekir Dan Persembahan Silat anjuran Pertubuhan Bekas Ahli 4B Malaysia dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung telah berlangsung pada 16 September 2017 (Sabtu), bermula jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang bertempat di Dataran Aman Jaya Batu 11 Lekir. Program ini merupakan salah satu inisiatif kepada warga belia bersempena Hari Malaysia 2017.  




Dengan adanya program ini ianya dapat mewujudkan persefahaman dan semangat kesukanan di antara semua pihak ke arah kecemerlangan aktiviti sukan dan amalan gaya hidup sihat khususnya bagi golongan belia 





Sunday 17 September 2017

KONVOI KIBAR JALUR GEMILANG DAN SAMBUTAN HARI MALAYSIA 2017


Program Konvoi Kibar Jalur Gemilang dan Sambutan Hari Malaysia 2017 telah diadakan pada 16 September 2017 (Sabtu) Bermula dari Taiping dan Berakhir di Teluk Batik di Dataran Hadhari Teluk Batik. Program ini telah disertai kira-kira 1000 orang peserta yang terdiri daripada berbagai kaum dan peringkat umur. Tujuan untuk memperkukuhkan perpaduan sedia da antara kaum dan meningkatkan semangat cintai Malaysia melalui pengibaran Jalur Gemilang dan Sempena Sambutan Hari Malaysia bulan September 2017. Pelepasan peserta disempurnakan oleh Y.Bhg Dato' Haji Abdul Rahim bin Md. Arif Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping.




SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE 54 TAHUN PERINGKAT SAMUDERA 2017


Sambutan Hari Malaysia pada tahun 2017 adalah bertemakan Negaraku Sehati Sejiwa. Penetapan daripada tema tersebut Kawasan Samudera 1 telah mengambil inisiatif  membuat Sambutan Hari Malaysia ke 54 Tahun Peringkat Samudera 2017 yang telah diadakan pada 16 September 2017 (Sabtu) jam 8.00 malam bertempat di Padang Awam Samudera, Taman Samudera yang telah dirasmikan oleh Encik Mohamad Sharil bin Salihan Pegawai Tadbir Majlis Perbandaran Manjung. Program ini anjuran Kawasan Rukun Tetangga Samudera I, Taman Samudera dengan kerjasama pihak Majlis Perbandaran Manjung dan Polis Daerah Manjung. Program ini diadakan untuk menunjukkan akan kepentingan kepada rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama agar saling memahami dan hormat menghormati serta bersatu padu untuk menentukan masa depan negara agar lebih gemilang, stabil dan aman damai.








PROGRAM KONVOI KEMBARA MERDEKA JELAJAH MANJUNG SEMPENA SAMBUTAN MINGGU PERPADUAN PERINGKAT DAERAH


Program Konvoi Kembara Merdeka Jelajah Manjung Sempena Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Daerah telah diadakan pada 17  September 2017 ahad di Perkarangan Dewan KDSK. Lauluan peserta konvoi bermula di Fasa 2D-Pekan Lumut-Pantai Remis-Beruas-Pekan Gurney-Felcra Simpang Dua-Kg. Pasir Panjang Laut-Kg. Dato' Seri Kamaruddin. Program ini diadakan bertepatan dengan tema hari malaysia pada tahun ini iaitu Negaraku Sehati Sejiwa. Dalam Masa yang sama, dapat meningkatkan semangat patriotisme dan rasa cinta kepada tanah air dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa. Selain itu, program berkonsepkan konvoi ini juga dapat memeriahkan suasana sambutan bulan kemerdekaan di seluruh negara dan dapat menanam semangat cinta dan sayang pada jalur gemilang yang menjadikan kebanggaan rakyat Malaysia. 






Monday 11 September 2017

JOM KAYUH KOMUNITI MANJUNG






Program Jom Kayuhan Komuniti Manjung anjuran Kelab Sukan Berbasikal Manjung Perak bersama Pusat Khidmat Masyarakat Dun Pasir Panjang, Majlis Perbandaran Manjung, Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung dan Pejabat Belia dan Sukan Manjung telah berlangsung pada 10 September 2017 (Ahad), jam 7.00 pagi di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung. Program ini telah mendapat sambutan lebih 200 peserta dari orang ramai.  

Tujuan program ini  adalah sebagai satu aktiviti untuk mengalakkan golongan belia sentiasa aktif dan menyemarakkan semangat kesukanan di antara semua pihak ke arah kecermelangan aktiviti sukan khususnya sukan berbasikal.



BERSIH INDAH @ KOMUNITI PAMERAN DENGGI JABATAN KESIHATAN MANJUNG



Menyedari kecenderungan tentang bahaya wabak denggi yang semakin menular dalam kalangan masyarakat setempat. Jabatan Kesihatan Daerah Manjung telah mengambil pendekatan awal dalam menyebarkan maklumat berkenaan wabak denggi kepada masyarakat melalui Pameran yang telah diadakan pada 10/9/2017 ahad bertempat di Padang Astaka Sitiawan. Dalam masa yang sama, usaha untuk mencegah demam denggi tidak harus diletakkan pada bahu pihak berkuasa sahaja. Semua anggota Masyarakat hendaklah bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk menangani masalah ini daripada terus menular. 



Sunday 10 September 2017

GOTONG ROYONG BERSIH INDAH JKP ZON 10 PADANG TAMAN SITIAWAN


Program Gotong Royong Bersih Indah JKP Zon 10 Padang Taman Sitiawan telah diadakan pada 10/9/2017 Ahad bertempat di Padang Taman Sitiawan. Program gotong royong ini bertujuan untuk memperindahkan, menceriakan dan membersihkan kawasan taman tersebut. Selain itu, dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara kaum dan penduduk setempat.




AKTIVITI GEGAR 10 000 LANGKAH 2017 MERDEKA PERINGKAT DAERAH MANJUNG


Program 10 000 langkah Merdeka KKM serentak seluruh Malaysia dan Kempen Nak Sihat peringkat daerah Manjung 2017 anjuran Pejabat Kesihatan Daerah Manjung dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung telah diadakan pada 10 September 2017 (Ahad) jam 8.00 pagi di Padang Astaka, Sitiawan. Program ini telah mendapat sambutan lebih 1,000 penyertaan dari agensi kerajaan,swasta dan orang awam.




Tujuan aktiviti ini diadakan ialah untuk menggerakkan masyarakat agar mengamalkan hidup aktif melalui peningkatan aktiviti seperti berjalan 10 000 langkah, senamrobik, aktiviti sukaneka tadika dan sukaneka dewasa. Selain itu, pelbagai aktiti lain turut diadakan pada hari tersebut seperti pemeriksaan kesihatan, derma darah, pertandingan memasak dan lain-lain lagi.