About

Friday 30 October 2020

PROGRAM GOTONG-ROYONG MENGECAT BANGUNAN DEWAN BERSAMA KOMUNITI TAMAN FASA 2C

 

Pagi ini bertempat di Padang Rekreasi Taman Fasa 2C sedang berlangsung program gotong-royong mengecat semula bangunan tambahan Dewan Kegiatan Masyarakat Fasa 2C.

Pada program yang sama Ahli Majlis Zon 8 (Seri Manjung) Tuan Haji Hamidun bin Ahmad, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Zon 8 telah menyerahkan surat akuan kesediaan penerimaan dan ucapan terima kasih Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung kepada Encik Zaini bin Kahar, Pengerusi NGO Taman Fasa 2C.
 
Menurut Pengerusi NGO Taman Fasa 2C bangunan tambahan tersebut akan dijadikan tempat pembelajaran agama kepada komuniti setempat dan yang berhampiran tanpa dikenakan apa-apa bentuk bayaran apabila telah siap untuk penggunaannya nanti.
 
Kredit kepada Pasukan Penyelenggaraan Bangunan dan Jalan, Jabatan Kejuruteraan dan Penyelenggaraan Majlis Perbandaran Manjung yang sentiasa bersedia untuk komuniti.
 
#Amalan berinfak amalan mulia. Amal jariah di dunia pahala berterusan ke akhirat.
 
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti & Sosial
Majlis Perbandaran Manjung
 





 

Friday 23 October 2020

PROGRAM "HULURKAN TANGAN, RINGANKAN BEBAN" UPSI BERSAMA MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG

 

Pagi tadi bertempat di Sekolah Rendah Intergasi Teras Islam At Taqwa, Seri Manjung telah berlangsung Program Hulurkan Tangan, Ringankan Beban.

Program adalah anjuran Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Manjung, Majlis Perbandaran Manjung dan SRITI At Taqwa.
 
Program yang bertujuan untuk menyatukan dan memperkasakan jati diri golongan ibu tunggal agar segala permasalahan dan kebajikan mereka dapat dibantu di dalam membina kehidupan yang lebih cemerlang dan berkualiti.
 
Tanggungjawab komuniti yang berperanan aktif juga perlu dimainkan bagi membantu kebajikan ibu tunggal dan keluarga bagi memastikan semua ahli keluarga ibu tunggal mendapat pendidikan asas yang sempurna disamping menggalakkan ibu tunggal berdikari dan dapat meningkat sosio ekonomi keluarga.
 
Penyampaian saguhati berbentuk wang tunai dan barangan keperluan harian telah disumbangkan kepada 11 orang ibu tunggal yang terpilih pada program sebentar tadi.
 
#tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang yang menerima.
 
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti & Sosial
Majlis Perbandaran Manjung




 

Saturday 17 October 2020

PROGRAM GOTONG-ROYONG KOMUNITI FASA 3C, SERI MANJUNG BERSAMA MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG

 

"..Bulat air kerana pembetong, bulat manusia kerana muafakat.."

Pagi ini bertempat di padang rekreasi Taman Fasa 3C, Seri Manjung sedang berlangsung program gotong royong menebang, memangkas dan pembersihan kawasan persekitaran.
 
Program anjuran Kawasan Rukun Tertangga (KRT) Fasa 3C dengan kerjasama pasukan penyelenggaraan pokok teduhan Unit Landskap dan Jabatan Kesihatan Persekitaran Dan Perkhidmatan Perbandaran Majlis Perbandaran Manjung.
 
Objektif program pagi ini adalah bagi mewujudkan persekitaran taman rekreasi yang ceria, bersih dan selamat untuk komuniti beriadah.
 
Semangat kerjasama dan muafakat komuniti dalam program seumpama ini perlu diterapkan bagi memupuk hubungan mesra dan silaturahim antara komuniti setempat disamping mewujudkan hubungan dua hala yang mesra antara komuniti bersama Pihak Berkuasa Tempatan.
 
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti & Sosial
Majlis Perbandaran Manjung





 

Friday 16 October 2020

PROGRAM MESYUARAT PENUBUHAN JAWATANKUASA PENDUDUK AHLI MAJLIS, MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG

 

Bertempat di Dewan Orang Ramai Kampung Teluk Penchalang, Sitiawan sedang berlangsung Program Mesyuarat Jawatankuasa Penduduk Ahli Majlis.

Kali ini Ahli Majlis Zon 5 (Sitiawan) Encik Azmi Bin Murid menubuhkan barisan jawatankuasa penduduk yang akan mewujudkan hubungan dua hala meliputi kawasan bermula daripada TNB Janamanjung hingga ke SK Muhamad Saman, Pasir Panjang Laut, Sitiawan.
 
Program perasmian dan sesi taklimat telah disampaikan oleh Ketua Jabatan, Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Sosial Majlis Perbandaran Manjung, Encik Issamudin Bin Ibrahim.
 
Objektif program ini adalah bagi mewujudkan dan menggalakkan penglibatan dan penyertaan komuniti di dalam aktiviti outreach peringkat perbandaran. Penyampaian maklumat dan penerimaan aduan komuniti dan permasalahan yang boleh diselesaikan di peringkat PBT. 
 
Penyaluran maklumat yang telus, penerangan yang tepat serta aktiviti dan program, dasar serta perkembangan semasa MPM kepada komuniti juga adalah salah satu objektif penubuhan Jawatankuasa Penduduk Ahli Majlis.
 
Secara kebetulan Encik Soffi Bin Jikan @ "kasi sengat" pelakon filem terkenal tanahair turut hadir bagi memeriahkan mesyuarat kali pertama tersebut untuk mempromosikan produk IKS untuk komuniti.
 
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti & Sosial
Majlis Perbandaran Manjung






 

PROGRAM GOTONG-ROYONG MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG BERSAMA KLINIK KESIHATAN AYER TAWAR

 

Pagi ini bertempat di Klinik Kesihatan Ayer Tawar sedang berlangsung program gotong royong anti aedes, menebang pokok dan membersih kawasan persekitaran kelinik dan kuarters kakitangan.

Program anjuran Klinik Kesihatan telah disokongi dengan kerjasama dari Unit Landskap, team Penyelenggaraan Pokok Teduhan dan Jabatan Kesihatan Dan Perkhidmatan Perbandaran Majlis Perbandaran Manjung.
 
Program gotong royong melibatkan usaha padu oleh seluruh kakitangan Klinik Kesihatan untuk meningkat kebersihan dan keceriaan kawasan klinik, menyemai nilai-nilai murni dan semangat kerjasama di kalangan warga kakitangan klinik dan warga Pihak Berkuasa Tempatan.
 
Objektif program adalah bagi membersih kawasan persekitaran kelinik daripada menjadi kawasan pembiakan nyamuk aedes, mengindahkan kawasan dan meningkatkan keakraban hubungan strategik antara agensi.
 
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti & Sosial
Majlis Perbandaran Manjung







 
 

Thursday 15 October 2020

PROGRAM MESYUARAT PENUBUHAN JAWATANKUASA PENDUDUK AHLI MAJLIS ZON 22

 

Bertempat di Dewan Orang Ramai Kampung Panchor, Pantai Remis sedang berlangsung Program Mesyuarat Jawatankuasa Penduduk Ahli Majlis Perbandaran Manjung Zon 22 (Pantai Remis) Tuan Haji Zakaria Bin Hashim bagi kali yang Pertama.

Mesyuarat Jawatankuasa Penduduk adalah salah satu elemen yang perlu diadakan oleh setiap Ahli Majlis dan perlu diadakan sebanyak 4 kali setahun. Setiap Ahli Majlis Zon seumpama ADUN yang bertanggungjawab kepada DUN dibawah kawasan zonnya.
 
Program Mesyuarat Jawatankuasa Penduduk kali yang Pertama telah dirasmikan oleh Encik Muhamad Shukri Bin Ismail, Penolong Pegawai Tadbir Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Sosial, Majlis Perbandaran Manjung.
 
Objektif penubuhan Jawatankuasa Penduduk Majlis Perbandaran Manjung yang dipimpin oleh setiap Ahli Majlis MPM adalah sebagai platform bagi mewujudkan kerjasama diantara MPM bersama warga perbandaran dan pada masa yang sama menggalakkan penyertaan warga perbandaran dalam menjaga hubungan kemasyarakatan yang harmoni dan membantu menangani isu-isu perbandaran.
 
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti & Sosial
Majlis Perbandaran Manjung
 




 

Saturday 10 October 2020

PROGRAM GOTONG-ROYONG AHLI MAJLIS ZON 10 BERSAMA KOMUNITI KAMPUNG SITIAWAN, SITIAWAN

 

Program aktiviti sihat yang mudah untuk kesihatan diri terus mendapat tempat di kalangan komuniti Daerah Manjung.

Pagi ini bertempat di sepanjang jalan Taman Desa Sitiawan 2, Kg. Sitiawan Sitiawan di bawah pimpinan Ahli Majlis Perbandaran Manjung Zon 10 (Sitiawan) Encik Hamdan Bin Mohamed telah melaksanakan program gotong royong membersih sepanjang bahu jalan.
 
Program adalah anjuran Jawatankuasa Penduduk Komuniti Kampung (JPKK) Kg. Sitiawan bersama Jawatankuasa Masjid Al-Khairiah, Kg. Sitiawan telah memberi dimensi baru kepada bentuk program gotong royong.
 
Gotong royong membersih sepanjang jalan adalah bagi membuang sampah sarap, botol plastik, dan semak-samun lalang yang mencacatkan pemandangan. 
 
Panorama yang cantik akan tercalar jika pemandangan menarik sepanjang jalan dipenuhi oleh sampah sarap, kebersihan tidak terjaga dan rumput rampai tidak terurus dengan baik.
 
#Kredit kepada JPKK & JK Masjid Kg Sitiawan.
 
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti & Sosial
Majlis Perbandaran Manjung




 

PROGRAM GOTONG-ROYONG MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG BERSAMA JAWATANKUASA MASJID SULTAN IDRIS SHAH 1 CHANGKAT KERUING

Pagi ini bertempat di Masjid Sultan Idris Shah 1, Kampung Baharu Changkat Keruing sedang berlangsung program gotong royong menebang pokok teduhan yang telah menghalang laluan kariah masjid dan penanaman pokok bunga untuk keceriaan persekitaran masjid tersebut.

Program anjuran Jawatankuasa Masjid bersama Ahli Majlis Perbandaran Manjung Zon 18 (Ayer Tawar) Encik Ahmad Azmi Bin Ismail dengan kerjasama anggota Jabatan Kesihatan Dan Perkhidmatan Bandar Zon 3 dan Unit Penyelenggaraan Pokok Teduhan Landskap Majlis Perbandaran Manjung.
 
Objektif program adalah bagi memupuk semangat bergotong royong dikalangan masyarakat yang kian luntur dek zaman disamping meneruskan tradisi nenek moyang kita dahulu yang mengeratkan hubungan ukhwah sesama masyarakat melalui program seperti ini. 
 
"Masyarakat sepakat membawa berkat"
 
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti & Sosial
Majlis Perbandaran Manjung





 

Friday 2 October 2020

PROGRAM GOTONG-ROYONG MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG BERSAMA KOMUNITI FASA 2C, SERI MANJUNG

Pagi ini bertempat di Padang Taman Fasa 2C, Seri Manjung sedang berlangsung program gotong royong perdana komuniti Fasa 2C bersama Jawatankuasa Persatuan Penduduk Fasa 2C dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Dan Perkhidmatan Bandar dan Unit Landskap Majlis Perbandaran Manjung.

Perasmian program sebentar tadi telah disempurnakan oleh Ahli Majlis Perbandaran Manjung Zon 8, Tuan Haji Hamidun Bin Ahmad.
 
Program adalah meliputi pembersihan sampah sarap di sekitar kawasan padang permainan kanak-kanak, mengemas peralatan dewan dan memangkas dahan pokok pelindung dan buah-buahan sekitar padang rekreasi Taman Fasa 2C.
 
Objektif program adalah bagi meningkat, keindahan dan mewujudkan persekitaran taman perumahan komuniti yang bersih, kondusif, ceria serta selamat disamping memupuk semangat kejiranan yang bersatu hati dan menanam semangat gotong royong dikalangan komuniti.
 
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti & Sosial
Majlis Perbandaran Manjung