About

Sunday 21 August 2016

PROGRAM GOTONG ROYONG TAMAN INDAH RIA, AYER TAWAR




Program gotong royong telah diadakan di Taman Indah Ria, Ayer Tawar pada 20 Ogos 2016 jam 3.00 petang (sabtu).  Program gotong royong ini anjuran Jawatankuasa Perwakilan Penduduk Zon 16 dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung. Pihak Majlis Perbandaran Manjung turut membantu dari segi aspek penyediaan lori dan back hoe.  Objektif yang dapat diperolehi daripada aktiviti gotong royong ini bagi mengeratkan hubungan antara penduduk di kawasan tersebut serta dapat memperindahkan kawasan di seluruh Taman Indah Ria, Ayer Tawar.







Saturday 20 August 2016

PROGRAM KONVOI AMAL MERDEKA 1 WILAYAH PERSEKUTUAN: "KEMBARA TRANSFORMASI DIRI"



Program Konvoi Amal Merdeka 1 Wilayah Persekutuan: "Kembara Transformasi Diri telah diadakan di Dataran Kampung Batu 3 Segari pada 20 Ogos 2016 (Sabtu) 8.30 pagi. Program ini merupakan kesinambungan daripada Program Karnival Roda Manis 1.0 yang melakar sejarah dalam Malaysia Book Of Record. Program ini anjuran Kementerian Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Majlis Perbandaran Manjung. Pihak Majlis Perbandaran Manjung telah membantu dalam aspek penyediaan keperluan logistik seperti cangkul, kereta sorong, penyodok longkang dan lori. Melalui program ini boleh melahirkan serta mengeratkan hubungan silaturahim sekali gus dapat membakar semangat patriotik pemuda belia kepada negara.





















Wednesday 17 August 2016

SEMINAR PENGURUSAN PERNIAGAAN DAN KEWANGAN YANG BIJAK


Program Pembasmian Kemiskinan Bandar, Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial, Majlis Perbandaran Manjung telah mengadakan Seminar Pengurusan Perniagaan dan Kewangan Yang Bijak kepada peserta Kiosk E-Kasih pada 17 Ogos 2016 jam 8.30 pagi.

Seminar yang berlangsung di Dewan Alamanda merupakan salah satu inisiatif MPM dalam membantu golongan miskin dan berpendapatan rendah di dalam kawasan bandar dengan memberipendedahan berkaitan pengurusan perniagaan dan pengurusan kewangan dengan bijak.


Sesi Perkongsian Pengalaman dari Peserta






Saturday 13 August 2016

PROGRAM GERAK KERJA RAKAN TAMAN 2016


Rakan Taman merupakan satu inisiatif yang diperkenalkan oleh Jabatan Landskap Negara bagi menggalakkan masyarakat untuk aktif serta menyumbang tenaga dan buah fikiran dalam melaksanakan program-program berbentuk kemasyarakatan, rekreasi serta pengindahan kawasan lapang, taman-taman awam dan juga persekitaran taman perumahan dalam sesebuah taman perumahan.

Program Gerak Kerja Rakan Taman telah dilancarkan pada 13 Ogos 2016 (Sabtu) di kawasan lapang Fasa 2J, Seri Manjung yang dirasmikan oleh Encik Ismail bin Ibrahim, AMP Setiausaha, Majlis Perbandaran Manjung . Melalui inisiatif ini juga, ia dapat menjalinkan hubungan baik di antara pihak masyarakat, komuniti dengan Pihak Berkuasa Tempatan.


Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam program ini adalah seperti   pembersihan kawasan lapang dan persekitaran taman, pembersihan longkang, memesin rumput, aktiviti mengecat di Taman Permainan dan memperkenalkan tanaman berbentuk fertigasi dimana para penduduk taman akan di ajar cara penanaman dan penjagaan tamanan dalam sistem fertigasi dan pihak majlis berharap agar program ini dapat meningkatkan fahaman dan minat pendudk dalam pertanian bandar serta mendorong penduduk untuk menjana pendapatan sendiri melalui hasil pertanian tersebut.



Aktiviti penanaman pokok kunyit




Sunday 7 August 2016

LAWATAN KERJA YAB DATO' SERI DIRAJA MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK, PERDANA MENTERI MALAYSIA KE DAERAH MANJUNG


YAB Dato' Seri DiRaja Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia telah mengadakan lawatan kerja ke Daerah Manjung pada 7 Ogos 2016 jam 2.00 petang. Beliau telah disambut oleh lebih 4000 orang di perkarangan Dewan Merdeka Majlis Perbandaran Manjung. Dalam waktu yang sama, Dato' Seri Diraja Dr. Zambri Bin Abdul Kadir, Menteri Besar Perak turut sama menyambut kehadiran Perdana Menteri ke daerah ini. Usai lawatan ini, Perdana Menteri telah mengumumkan memberi kelulusan untuk pembinaan dewan baru Dewan Merdeka kerana kapasiti dewan tersebut pada masa ini tidak lagi dapat menampung pertambahan jumlah pengguna.








Saturday 6 August 2016

KARNIVAL & JELAJAH FT ROADPEDIA KEMENTERIAN KERJA RAYA 2016



Kementerian Kerja Raya telah melaksanakan satu program Karnival & Jelajah FT Roadpedia KKR 2016 pada Sabtu 6 Ogos 2016 yang bertujuan untuk memberi penerangan lebih jelas mengenai jalan-jalan persekutuan kepada masyarakat umum.

Program tersebut dihadiri dan dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Bin Abdul Kadir, Menteri Besar Perak bersama YB Dato' Sri Haji Fadhillah Haji Yusof.







Wednesday 3 August 2016

SAMBUTAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI ORANG BESAR JAJAHAN MANJUNG




Tarikh 3 Ogos 2016 pada pukul 2.30 petang telah berlangsungnya Majlis Rumah Terbuka Sempena Aidilfitri Orang Besar Jajahan Manjung, YDH Toh Seri Bijaya Lt. Kol.(B) Dato' Shaharudin Bin Haji Nazari, D.P.M.P., P.M.P.,K.A.T., A.M.P., P.J.M.