Wednesday, 30 May 2018

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA KOMUNITI DI SURAU NURUL IMAN FASA TAMAN FASA 3A


29 Mei 2018-Selasa telah berlangsungnya Majlis Berbuka puasa MPM bersama Komuniti di Surau Nur Iman, Fasa 3A, Seri Manjung hadir bersama Dato' Mohamad Fariz bin Mohamad Hanip, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung dan En Mohd Helmi bin Arifin, Setiausaha Majlis Perbandaran Manjung. Turut diadakan Solat Sunat Terawih berjemaah bersama Komuniti di Surau Nur Iman Fasa 3A,Seri Manjung dan hadir bersama YB Dr Mohd Hatta bin Md Ramli, Ahli Parlimen Lumut, YB Cikgu Yahya, ADUN Pasir Panjang, Dato' Mohamad Fariz bin Mohamad Hanip YDP MPM dan Encik Mohd Helmi bin Arifin, Setiausaha MPM turut dijayakan Program Projek ERAT kepada 5 orang warga miskin bandar. Semoga program sebegini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain di samping dapat membantu golongan miskin bandar dalam memberikan bantuan keperluan harian seperti beras, gula, minyak dan lain-lain.










0 comments:

Sunday, 27 May 2018

PROGRAM BERBUKA PUASA TAMAN FASA 2A


26 Mei 2018- Telah berlangsungnya Program Berbuka Puasa di Taman Fasa 2A, Seri Manjung. Kira-kira 100 orang penduduk taman telah bersama-sama mengimarahkan program berbuka puasa tersebut. Program ini turut dihadiri oleh Encik Mohd Helmi Bin Arifin, Setiausaha Majlis Perbandaran Manjung. Program ini diadakan untuk merapatkan lagi hubungan dan jalinan kerjasama antara semua pihak khususnya warga Perbandaran Manjung di samping menyemai semangat usahasama. Dalam masa yang sama, dapat melahirkan rasa syukur dengan nikmat kehidupan bermasyarakat, berkeluarga dan kasih sayang antara komuniti setempat yang allh berikan serta memberi manfaat untuk warga komuniti Manjung.




0 comments:

Friday, 25 May 2018

Hari ini telah berlangsungnya Gotong Royong Cegah Denggi

Hari ini telah berlangsungnya Gotong Royong Cegah Denggi
Tarikh : 08/04/2018
Masa : 8.00-11.30 pagi
Tempat : Taman Serdang Jaya, Taman Acheh Jaya dan Kg. Serdang Sitiawan.l



0 comments:

Sunday, 6 May 2018

PROGRAM JOM SIHAT KOMUNITI



6 April 2018 telah berlangsungnya Program Jom Sihat Komuniti anjuran KRT Seri Manjung 4 Fasa 3C bersama Majlis Perbandaran Manjung di gelanggang futsal Fasa 3C Seri Manjung, Perak. Program ini telah dirasmikan oleh Datuk Seri Dr.Zambry bin Abdul Kadir dan Datuk Rashidi bin Ibrahim. Pelbagai aktiviti diadakan antaranya pertandingan mewarna dan pemeriksaan kesihatan percuma. Semoga program sebegini dapat merapatkan ukhwah antara penduduk setempat.










0 comments:

Thursday, 3 May 2018

Program Mimbar Madani Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Perak 2018 di Masjid Al-Falah,Ayer Tawar.


3 Mei 2018- Program Mimbar Madani Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Perak 2018 di Masjid Al-Falah,Ayer Tawar. Kira-kira seramai 200 orang telah bersama-sama mengimarahkan program tersebut. Program ni anjuran bersama Kementerian Pendidikan Malaysia, Pejabat Daerah dan Tanah Manjung, RELA, Jabatan Kerja Raya,serta Biro Masjid Al-Falah dan Majlis Perbandaran Manjung. Semoga melalui program sebegini dapat meningkatkan hubungan kerjasama serta kemesraan dalam kalangan komuniti setempat dengan Warga Majlis Perbandaran Manjung serta dapat menambah ilmu pengetahuan dari sudut ukhrawi.






0 comments:

Tuesday, 1 May 2018

AKTIVITI GOTONG ROYONG DI LOGI JANAKUASA ELEKTRIK LUMUT 2018


30 APRIL 2018- Malakof dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung telah mengadakan aktiviti gotong royong pembersihan di kawasan logi. Pihak Majlis Perbandaran Manjung telah memberikan bantuan plastik sampah dan road sweeper. Semoga usaha murni ini dapat menjadikan persekitaran tempat kerja bersih dan indah.








0 comments: