Monday, 30 July 2018

PROGRAM GOTONG ROYONG MEGA PERINGKAT KEBANGSAAN SERENTAK SELURUH NEGARA(DUN PASIR PANJANG) TAMAN FASA 2C


28 Julai 2018 Sabtu telah berlangsungnya Gotong- Royong Mega (Peringkat Kebangsaan Serentak Seluruh Negara) DUN PASIR PANJANG Taman Fasa 2C. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Pemotongan rumput, pencucian longkang, pembersihan sampah pukal, pembersihan lorong-lorong belakang dan aktiviti cari dan musnah tempat pembiakan denggi. Turut dihadiri oleh YB Cikgu Yahya (Dun Pasir Panjang), Encik Helmi bin Ariffin (Setiausaha MPM) dan Pejabat Kesihatan Daerah. Kira-kira seramai 150 orang penduduk telah bersama-sama menjayakan program gotong royong tersebut. Semoga usaha murni ini dapat memperindahkan kawasan tempat tinggal seterusnya menghindari masalah pembiakan nyamuk aedes.








0 comments:

PROGRAM GOTONG ROYONG MEGA PERINGKAT KEBANGSAAN SERENTAK SELURUH NEGARA DI KAMPUNG BARU LUMUT,AYER TAWAR


28 Julai 2018 (Sabtu) telah berlangsungnya Program Gotong Royong Mega Peringkat Kebangsaan Serentak Seluruh Negara di Kampung Baru Lumut, Ayer Tawar. Antara aktiviti yang diadakan ialah pembersihan kawasan semak samun,pencucian longkang,sapuan Jalan,pembersihan sampah haram dan aktiviti cari dan musnah tempat pembiakan denggi. Turut dihadiri oleh Tuan Yang Dipertua MPM, Ahli-ahli Majlis MPM, dan Pegawai khas Parlimen Lumut dan penduduk kampung tersebut. Semoga usaha murni ini dapat memperindahkan kawasan persekitaran tempat tinggal dan dihindari oleh pembiakan nyamuk aedes.








0 comments:

Sunday, 29 July 2018

GOTONG ROYONG MEGA MALAYSIA JOM BERSIHKAN TAMAN KITA BERSIH ITU INDAH


28 Julai 2018 Sabtu telah berlangsungnya Gotong- Royong Mega (Peringkat Kebangsaan Serentak Seluruh Negara) DUN ASTAKA di Taman Berpadu Sitiawan. Antara aktiviti yang diadakan ialah Pemotongan rumput,Pencucian longkang,Pembersihan sampah pukal,Pemotongan pokok

dan Aktiviti cari dan musnah tempat pembiakan denggi. Marilah kita bersama-sama menjaga kebersihan agar kawasan persekitaran tempat tinggal menjadi kondusif dan dihindari oleh pembiakan nyamuk aedes.








0 comments:

PELANCARAN TAMAN ANGKAT AMANITA KONTIGEN PERAK 2018


28 julai 2018 (Sabtu) telah berlangsungnya Pelancaran Taman Angkat Amanita Kontigen Perak 2018 di Dataran Taman Fasa 1D1, Seri Manjung yang telah dirasmikan oleh ACP Muhammad Hanif Bin Othman, Ketua Polis Daerah Manjung.Program ini anjuran bersama Taman Fasa 1D1,1D2,1D3 Seri Manjung dengan pihak Majlis Perbandaran Manjung.






0 comments:

Friday, 27 July 2018

PROGRAM GOTONG ROYONG MEMBERSIH PANTAI INDAH DI MATA TENANG DI HATI



27Julai 2018 telah berlangungnya Program Khidmat Masyarakat : Membersihkan Pantai Teluk Batik bersama-sama pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Murni, Sungai Dua, Butterworth, Pulau Pinang dengan kerjasama pihak MPM. Semoga usaha murni ini dapat memperindahkan kawasan Peranginan Teluk Batik.















0 comments:

Tuesday, 24 July 2018

GOTONG ROYONG PEMOTONGAN POKOK DI KUATERS JABATAN PERTANIAN


21 Julai 2018 (Sabtu) telah berlangsungnya Program Gotong Royong Prmotongan Pokok di Kuaters Jabatan Pertanian. Kira-kira 50 orang penduduk dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung bersama-sama menyertai aktiviti gotong royong tersebut. Semoga usaha murni ini dapat memperindahkan kawasan persekitaran tempat tinggal








0 comments:

Monday, 23 July 2018

PROGRAM CINTAI ALAM SEKITAR


21 Julai 2017 (Sabtu) di Arena Samudera, Taman Samudera telah berlangsungnya Program Cintai Alam sekitar anjuran bersama Tadika Cahayaku Bestari,Tadika Mindaku berstari 2018 dengan Majlis Perbandaran Manjung.Semoga usaha murni ini dapar menerapkan sifat cintai alam sekitar terutama dalam kalangan kanak-kanak.





0 comments:

Sunday, 15 July 2018

PROGRAM KEMPEN CINTAI SEKOLAH



14 Julai 2018 (Sabtu) telah berlangsungnya Program Kempen Cintai Sekolah bersama warga SJK (C) khuen hean, changkat keruing dengan kerjasama pihak MPM di sekolah tersebut jam 8.00 pagi.Kira-kira 100 orang yang terlibat dalam menjayakan program tersebut. Dalam masa yang sama, program sebegini diadakan bagi mewujudkan kesedaran menjaga kawasan persekitaran daripada pembiakan nyamuk aedes agar kes demam denggi tidak menular terutama di kawasan persekitaran sekolah.  Semoga melalui inisiatif ini dapat memperindahkan persekitaran sekolah tersebut.







0 comments:

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT MEMBERSIHKAN KAWASAN PANTAI



14 Julai 2018 (Sabtu) telah berlangungnya Program Khidmat Masyarakat Pantai Bersih Komuniti Sejahtera di Pantai Peranginan Teluk Batik bersama-sama warga Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist ACS) dengan kerjasama pihak MPM.Kira-kira seramai 80 orang yang telah terlibat dalam menjayakan program tersebut. Semoga usaha murni ini dapat memperindahkan kawasan Peranginan Teluk Batik.




.

0 comments: