About

Monday 30 July 2018

PROGRAM GOTONG ROYONG MEGA PERINGKAT KEBANGSAAN SERENTAK SELURUH NEGARA(DUN PASIR PANJANG) TAMAN FASA 2C


28 Julai 2018 Sabtu telah berlangsungnya Gotong- Royong Mega (Peringkat Kebangsaan Serentak Seluruh Negara) DUN PASIR PANJANG Taman Fasa 2C. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Pemotongan rumput, pencucian longkang, pembersihan sampah pukal, pembersihan lorong-lorong belakang dan aktiviti cari dan musnah tempat pembiakan denggi. Turut dihadiri oleh YB Cikgu Yahya (Dun Pasir Panjang), Encik Helmi bin Ariffin (Setiausaha MPM) dan Pejabat Kesihatan Daerah. Kira-kira seramai 150 orang penduduk telah bersama-sama menjayakan program gotong royong tersebut. Semoga usaha murni ini dapat memperindahkan kawasan tempat tinggal seterusnya menghindari masalah pembiakan nyamuk aedes.








0 Comments:

Post a Comment