About

Sunday 19 January 2020

PROGRAM GOTONG ROYONG KAMPUNG BARU KPG MERBAU

Hari ini di Kampung Baru Kampung Merbau, Ayer Tawar, Manjung Pengerusi Jawatankuasa Penduduk @ Ahli Majlis Perbandaran Manjung Zon 17, Encik Lau Cheong Loong bersama-sama MPKK Kampung Merbau dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung melaksanakan program gotong royong membersih kawasan persekitaran kawasan lapang perumahan komuniti.

Program gotong royong bersama komuniti setempat diadakan bagi persiapan sempena menyambut kedatangan Tahun Baru Cina 2020 yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Jabatan Kesihatan Persekitaran Dan Perkhidmatan Bandar Zon 3 Majlis Perbandaran Manjung menjalankan aktiviti gotong royong bersama komuniti sebagai memenuhi tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi berkongsi kegembiraan dan keceriaan komuniti menyambut Tahun Baru Cina.

Semoga program yang bermatlamat memupuk perpaduan, hubungan erat akan mengukuh kerjasama Majlis Perbandaran Manjung bersama komuniti dimasa akan datang.

Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung






Saturday 18 January 2020

PROGRAM GOTONG ROYONG SEMPENA TAHUN BARU CINA 2020 - JKP ZON 17

Program Gotong Royong Kebersihan Kawasan Penempatan Komuniti anjuran Jawatankuasa Penduduk (JKP) Zon 17 dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung sempena menyambut kedatangan Tahun Baru Cina 2020 berlangsung di Kampung Baru Kampung Jering, Ayer Tawar, Manjung.

Pelbagai lapisan masyarakat hadir memberi komitmen bagi meningkatkan rasa kekitaan, semangat perpaduan dan inovasi kepada konsep 3K (Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan) di kawasan penempatan komuniti.

Ahli Majlis Perbandaran Manjung Zon 17 Encik Lau Cheong Loong menjalankan aktiviti seumpama ini saban tahun bagi memupuk semangat gotong royong dan perpaduan dikalangan penduduk yang majoriti kaum Tionghua dengan kaedah "..yang berat sama di pikul..yang ringan sama di jinjing.." untuk menjadikan Tahun Baru Cina kali ini yang sihat dan menggembirakan.

Semoga program yang dilaksanakan ini dapat memberi keselesaan, keselamatan dan menceriakan komuniti setempat menjelang Tahun Baru Cina yang akan disambut tidak lama lagi.

Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung





PROGRAM KEMASYARAKATAN KOLEJ MATRIKULASI PERAK - TELUK BATIK (18.1.2020)

" Indah Dimata, Tenang Dihati" itu adalah motto Kolej Matrikulasi Perak pada program pagi ini.

Pantai Peranginan Teluk Batik, Lumut pagi ini menerima kunjungan 40 orang termasuk pensyarah, pelajar Kolej Matrikulasi Perak di dalam melaksanakan Program Kemasyarakatan Membersih Pantai.

Program adalah anjuran Jabatan Pengajian Am Kolej Matrikulasi Perak bertemakan ke arah mencintai keindahan pantai dan alam semula jadi.

Program yang berobjektifkan membersih dan mengindahkan persisiran pantai disamping memupuk semangat kerjasama, menerap nilai-nilai murni dan tanggungjawab masyarakat terhadap menjaga kebersihan tempat awam serta bersama melaksanakan pelan tindakan LA21 Bersih Indah Majlis Perbandaran Manjung.

Semoga usaha dan nilai murni yang disumbangkan pada program pagi ini memberi impak yang baik kepada masyarakat untuk bersama-sama menjaga kebersihan pantai milik awam.

Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung





Monday 6 January 2020

PROGRAM TURUN PADANG BANDAR SELAMAT - TAMAN MUHIBBAH 1, SITIAWAN

Program Turun Padang Majlis Perbandaran Manjung Bersama YB ADUN Astaka, Sitiawan Encik Teoh Yee Shern berlangsung sebentar tadi di bawah Inisiatif Program Bandar Selamat PBT untuk mewujudkan alam persekitaran bandar yang lebih selamat.

Lokasi tumpuan adalah di padang rekreasi Taman Muhibbah 1, Sitiawan. Turut hadir adalah Setiausaha Perbandaran Encik Mohd Helmi Bin Arifin, Ahli Majlis Perbandaran Manjung Zon Sitiawan, Encik Khairil Azhar Bin Khairuddin, Encik Cheong Ngin Koong, Ketua-Ketua Jabatan Majlis Perbandaran Manjung, KRT Sitiawan Bandar dan komuniti setempat.

Program Turun Padang di waktu malam adalah bagi melihat sendiri realiti sebenar keperluan dan masalah komuniti yang memerlukan penyelesaian yang berorientasikan rakyat.

Dalam taklimat sebentar tadi, YB Adun Astaka menyatakan kesungguhan dan kesanggupannya untuk menggunakan dana peruntukannya sebagai ADUN Astaka untuk membiayai kos bagi tujuan pencahayaan gelanggang bola keranjang di lokasi tersebut bagi kegunaan komuniti setempat beriadah.

Majlis Perbandaran Manjung juga akan turut memainkan peranannya untuk memastikan aduan komuniti berkaitan nyamuk bagi banteras wabak denggi, aduan kacau ganggu anjing dan sebagainya yang dianggap menjadi acaman kepada komuniti dan tahap infrastuktur yang sebaiknya dimana Setiausaha Perbandaran menyatakan akan meneruskan amalan atau pendekatan Turun Padang bagi mengenal pasti masalah komuniti menjurus kepada penyelesaian masalah.

Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung





Saturday 4 January 2020

PROGRAM GERAK KERJA RAKAN TAMAN 2019

Hari ini Program Gerak Kerja Rakan Taman Majlis Perbandaran Manjung di laksanakan serentak di 4 lokasi Rakan Taman iaitu Rakan Taman, Taman Kiara, Lekir, Rakan Taman Fasa 2 Gabungan (Fasa 2D, 2E, 2F dan 2G), Seri Manjung, Rakan Taman 2J, Seri Manjung dan Rakan Taman Sungai Wang, Ayer Tawar.

Program yang di laksana pada hari ini adalah kesinambungan sempena Majlis Pelancaran Rakan Taman Majlis Perbandaran Manjung yang telah dirasmikan oleh Setiausaha Majlis Perbandaran Manjung, Encik Mohd Helmi Bin Arifin pada 28 Disember 2019 yang lalu di Rakan Taman, Taman Manjung Point 1, Seri Manjung.

Program pada hari ini adalah tertumpu kepada acara menanam 8 jenis pokok buah-buahan yang telah dibekalkan oleh Unit Landskap Majlis Perbandaran Manjung melalui peruntukan yang disalurkan oleh Jabatan Landskap Negara (JLN) terdiri daripada pokok Jambu Madu, Belimbing Madu, Ciku, Belimbing Buluh, Durian Belanda, Kedondong, Limau Kasturi dan Limau Purut.

Semoga usaha Gerakan Rakan Taman yang diadakan ini dapat memupuk semangat kesukarelawanan dan dijadikan amalan memelihara, memulihara dan menyelenggara taman di kawasan kejiranan.

Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung





         GERAK KERJA RAKAN TAMAN - SITIAWAN BARAT




         GERAK KERJA RAKAN TAMAN - FASA 2 GABUNGAN





            GERAK KERJA RAKAN TAMAN - TAMAN KIARA




         GERAK KERJA RAKAN TAMAN - TAMAN SG WANG

KHIDMAT KEMASYARAKATAN UNiKL RCMP DI TELUK SENANGIN

Terima kasih diucapkan kepada Universiti Kuala Lumpur Royal College Of Medicine Perak, Ipoh (UniKL RCMP) yang membawa seramai 39 orang Mahasiswa dan Mahasiswi dan 1 orang Pensyarah bagi melaksanakan Program Kemasyarakatan Mengutip Sampah Sarap di Pantai Peranginan Teluk Senangin, Lumut.

Program adalah anjuran Kelab Pembina UniKL RCMP dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung adalah didalam konteks menjalinkan hubungan pelan Tindakan Local Agenda (LA21) Bersih Indah Majlis Perbandaran Manjung disamping menggalakkan hubungan strategik antara agensi.

Objektif program adalah bagi mewujudkan kesedaran dan sikap bertanggungjawab di kalangan pengunjung pantai peranginan ini untuk bersama aktif di dalam menjaga kebersihan, keceriaan dan keindahan pantai awam.

Hasil daripada kutipan sampah sarap pada program pagi ini menunjukkan betapa banyak sampah yang dibuang tanpa rasa tanggungjawab oleh pengunjung sedangkan ia sepatutnya tidak berlaku.

Semoga inisiatif murni yang telah dilaksanakan ini memberi kesedaran awam bahawa menjaga kebersihan pantai adalah tanggungjawab semua.

Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung


Thursday 2 January 2020

KUNJUNGAN PRIHATIN YANG DIPERTUA MAJLIS TERHADAP KOMUNITI

Sebentar tadi dalam kekangan masa dan kesibukan tugas Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung Tuan Syamsul Hazeman Bin Md Salleh berkesempatan membuat kunjungan prihatin sebagai luahan rasa simpati ke lokasi kediaman Encik Arsad Bin Riffin di Taman Mas, Kampung Koh, Sitiawan.

Setiausaha Kelab I Love Manjung (KILM) ini lebih mesra dikenali sebagai "Long PakChat" oleh netizen telah diberi ujian oleh Allah SWT pada awal tahun baru 2020 ini dengan ditimpa musibah kebakaran yang telah memusnahkan teruk keseluruhan rumah kediamannya.


Di kesempatan kunjungan tersebut beliau turut berkenan menyampaikan 2 kotak makanan keperluan Projek ERAT Majlis Perbandaran Manjung dan juga sumbangan ikhlas peribadi beliau sendiri kepada "Long pak Chat" sebagai meringankan bebanan kewangan yang terpaksa ditanggungnya.

Turut serta adalah Pengarah Jabatan Perbendaharaan Encik Razali Bin Haji Mat Nayan dan Encik Issamudin Bin Ibrahim, Ketua Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Sosial Majlis Perbandaran Manjung.

Semoga kunjungan tanda prihatin Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung ini menyemarakan lagi perpaduan dan membentuk komuniti yang prihatin kepada kesusahan orang lain.

Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung