About

Thursday 2 January 2020

KUNJUNGAN PRIHATIN YANG DIPERTUA MAJLIS TERHADAP KOMUNITI

Sebentar tadi dalam kekangan masa dan kesibukan tugas Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung Tuan Syamsul Hazeman Bin Md Salleh berkesempatan membuat kunjungan prihatin sebagai luahan rasa simpati ke lokasi kediaman Encik Arsad Bin Riffin di Taman Mas, Kampung Koh, Sitiawan.

Setiausaha Kelab I Love Manjung (KILM) ini lebih mesra dikenali sebagai "Long PakChat" oleh netizen telah diberi ujian oleh Allah SWT pada awal tahun baru 2020 ini dengan ditimpa musibah kebakaran yang telah memusnahkan teruk keseluruhan rumah kediamannya.


Di kesempatan kunjungan tersebut beliau turut berkenan menyampaikan 2 kotak makanan keperluan Projek ERAT Majlis Perbandaran Manjung dan juga sumbangan ikhlas peribadi beliau sendiri kepada "Long pak Chat" sebagai meringankan bebanan kewangan yang terpaksa ditanggungnya.

Turut serta adalah Pengarah Jabatan Perbendaharaan Encik Razali Bin Haji Mat Nayan dan Encik Issamudin Bin Ibrahim, Ketua Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Sosial Majlis Perbandaran Manjung.

Semoga kunjungan tanda prihatin Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung ini menyemarakan lagi perpaduan dan membentuk komuniti yang prihatin kepada kesusahan orang lain.

Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung









0 Comments:

Post a Comment