About

Saturday 18 January 2020

PROGRAM GOTONG ROYONG SEMPENA TAHUN BARU CINA 2020 - JKP ZON 17

Program Gotong Royong Kebersihan Kawasan Penempatan Komuniti anjuran Jawatankuasa Penduduk (JKP) Zon 17 dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung sempena menyambut kedatangan Tahun Baru Cina 2020 berlangsung di Kampung Baru Kampung Jering, Ayer Tawar, Manjung.

Pelbagai lapisan masyarakat hadir memberi komitmen bagi meningkatkan rasa kekitaan, semangat perpaduan dan inovasi kepada konsep 3K (Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan) di kawasan penempatan komuniti.

Ahli Majlis Perbandaran Manjung Zon 17 Encik Lau Cheong Loong menjalankan aktiviti seumpama ini saban tahun bagi memupuk semangat gotong royong dan perpaduan dikalangan penduduk yang majoriti kaum Tionghua dengan kaedah "..yang berat sama di pikul..yang ringan sama di jinjing.." untuk menjadikan Tahun Baru Cina kali ini yang sihat dan menggembirakan.

Semoga program yang dilaksanakan ini dapat memberi keselesaan, keselamatan dan menceriakan komuniti setempat menjelang Tahun Baru Cina yang akan disambut tidak lama lagi.

Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung





0 Comments:

Post a Comment